KEDUDUKAN TUJUH WAKIL RAKYAT BERSATU TAK AKAN TERJEJAS



Bersatu akan menyerahkan notis kekosongan enam kerusi parlimen dan satu kerusi DUN kepada speaker Dewan Rakyat dan spekaer negeri Selangor dalam masa terdekat. Demikian menurut kata presiden Bersatu, Udin anak Yassin selepas mesyuarat tertinggi PN semalam.


Bagaimana pun katanya sebelum notis itu dihantar Bersatu akan memaklumkan terlebih dahulu perkara itu kepada kesemua wakil rakyat berkenaan. Maksudnya masih ada lagi pujukan dan rayuan. 


Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang Abdul Rashid Asari.


Apabila Mahiaddin masih lagi memberi peluang kepada wakil rakyat berkenaan ini menunjukkan Bersatu seperti tidak yakin akan berlaku kekosongan ke atas kerusi-kerusi yang diduduki wakil rakyat itu walaupun diberikan notis kekosongan. 


Speaker akan memutuskan kedudukan mereka nanti.

Beradasarkan kepada kuasa mutlak yang ada kepada speaker, saya yakin kedudukan mereka itu tidak akan terjejas, atas alasan mereka memenangi kerusi itu atas tikit parti yang memberikan kebenaran kepada mereka sebelum pindaan parti diadakan. 


Atau pun kalau speaker ingin bertimbang rasa, dia akan membiarkan ketujuh wakil rakyat itu membawa kes mereka ke mahkamah menentukan kedudukan mereka. Berdasarkan kepada percedent (kes terdahulu) yang berlaku sebelum ini perlembagaan persekutuan dan negeri menjamin keadilan buat mereka, maka kerusi itu tidak menjadi kosong secara automatik. Perlembagaan parti tidak akan dapat mengatasi perlembagaan persekutuan dan negeri. 


Tidak percaya tunggulah apabila isu ini sampai ke kemuncak. Dan saya nak sebutkan kepada ketujuh-tujuh wakil rakyat yang berani bertindak menyokong perdana menteri itu tidak akan mengalami apa-apa masalah dengan kedudukan mereka. Malahan selepas mereka diistyharkan selamat, ada beberapa orang lagi wakil rakyat PN dari Bersatu dan dua daripada PAS akan ikut menyokong kerajaan Madani. Trims.



No comments:

Post a Comment