Mohd Fairul Al Qasas
Ada orang kaya fikir, aku bayar cukai banyak, aku patut layak dapat semua subsidi dan kemudahan kerajaan.
Ada pula fikir, aku kaya, aku tak perlukan subsidi dan semua kemudahan kerajaan.
Yang pertama pun betul, cuma kerajaan sekarang tak mampu nak bagi semua.
Yang kedua pun ok, syukurlah kan sebab Allah bagi kaya.
Kaya tak dapat subsidi lebih baik rasanya dari miskin mengharap subsidi.
Ada golongan T20 dengan komitmen yang tinggi, hanya cukup-cukup sahaja kehidupannya.
Tapi cukup-cukup T20 tak sama cukup-cukup B40.
Cukup-cukup T20 dapat selalu pergi Mall, hampir setiap hari posmen hantar barang belian online, setiap bulan jalan tidur hotel, kereta elok rumah selesa, makan tak putus.
Cukup-cukup B40, makan bercatu, kereta rosak, rumahnya sempit, bajunya lusuh. Jalan ke Mall seperti bercuti ke Cameron..fuh dapat ambil aircond.
Jadi yang Allah cukupkan...yang Allah kayakan..syukurlah ya...
Allah izinkan.
Malah T20 ni biasanya peluang tambah duit dan pendapatan itu lebih cerah kerana pengalaman dan ilmunya banding dengan B40, walaupun usaha dan tenaga yang dikeluarkan mungkin lebih lagi B40.
T20 mungkin dalam 10 minit tekan-tekan handphone dan buat jualan RM100.
Tapi B40 potong rumput satu jam, berpeluh satu badan, busuk satu badan, baru dapat RM100.
Kehidupan kita tak akan sama. Peranan kerajaan lah untuk sasarkan bantuan kepada yang layak. Supaya setiap rakyat tidak terpinggir. Supaya keadilan itu berlaku dan jurang dapat dikurangkan.
Moga kita dapat sedikit kefahaman.
Jika setuju, like dan share ya.