Abdulaah Jalil
Lucu dan sadis melihat golongan Wahhabi memainkan isu khilafiyyah Qunut Subuh dan pembayaran zakat menggunakan wang apabila ditanya mengenai apa itu Wahhabi 🤦🏻♂️
Kasihan masyarakat awam kene “game” dengan kelicikan mereka. Itu bukan isunya. Itu hanya teknik diversion untuk mengalihkan kefahaman dan fokus dari isu sebenar.
Mohon dapatkan maklumat dari sumber fatwa rasmi dan kajian penyelidikan ilmiah.
[Link fatwa2 rasmi di Malaysia berkenaan Wahhabi akan dishare nanti insya Allah]
Isu-isu utama sebenarnya ialah:
- Tabdi’ (membid’ahkan amalan muktabar dan khilafiyyah)
- Takfir (mudah mengkafirkan umat Islam)
- Tajsim (menyifatkan Allah dengan sifat2 jisim dan makhluk seperti bertempat, mempunyai arah, berpindah dan mempunyai anggota seperti muka, mata, tangan, kaki, betis dan jari jemari)
- Tahqir (bersikap biadap terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم)
- Irhab (Kaitannya dengan terorism dan ekstrimism di kalangan umat Islam)
Mohon masyarakat awam lebih waspada. 🙏 Fitnah ahli bid’ah itu sangat halus dan licik.
Afwan
PENUNTUT ILMU