Suara Sunnah
EDISI HADIS PALSU #6
ان الصلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة
“Sesungguhnya solat dengan berserban menyamai dengan dua puluh lima solat tanpa memakai serban.”
Di dalam lafaz yang lain
الصلاة في العمامة بعشرة الاف حسنة
“Solat dengan berserban mendapat sepuluh ribu kebaikan.”
Berkata Ibn Arraq al-Kannani: “Sanad hadith ini dhaif (lemah). Di dalam sanadnya terdapat rawi bernama Abban bin Abi 'Iyash dan beliau merupakan seorang yang terkenal sebagai kazzab (pendusta) dalam kalangan muhaddith.” (Tanzih al-Syariah)
Berkata Ibn Hajar al-Asqalani: “Hadith ini adalah mungkar bahkan ianya maudhu' (palsu) dan di dalam sanadnya terdapat rawi yang majhul (tidak dikenali).” (Lisan al-Mizan)
Ibn Hajar turut menukilkan hadith maudhu' berkenaan pemakaian serban ketika solat dengan lafaz yang lain:
الصلاة في العمامة بعشرة الاف حسنة
“Solat dengan berserban mendapat sepuluh ribu kebaikan.”
Berkata al-Sakhawi berkaitan hadith ini “Hadith ini mungkar dan maudhu' (palsu).” (al-Maqasid al-Hasanah)
Tidak ada hadith yang sahih yang menyatakan kelebihan dan galakan memakai serban ketika solat mahupun di luar solat.
Serban juga bukanlah sesuatu yang dituntut oleh sunnah Rasulullah SAW namun memakainya bukanlah pula sesuatu yang tercela atau dilarang. Ia adalah diharuskan disisi syara'.
Serban merupakan pakaian uruf (adat) bagi kaum arab. Namun begitu memakai serban dan jubah diharuskan dan mendapat pahala jika dasarnya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW dan bukan kerana menganggap ia sunnah yang thabit dari Rasulullah SAW sebagaimana hadith yang telah dijelaskan di atas.
#SuaraSunnah
#EdisiHadisPalsu
#Ashujaa