SAMAN JA WALAUNTIT NI....SAMAN FITNAH TERHADAP SITI MASTURA USTAZAH PAS!! PERKEMBANGAN TERKINI!!



Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan dua lagi pemimpin kanan parti itu serta ahli parlimen PAS Siti Mastura Muhammad dijadualkan menghadiri proses mediasi yang dinasihatkan oleh mahkamah hari ini. Ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyelesaikan saman fitnah ketiga-tiga mereka terhadap wakil rakyat PAS itu.
Peguam Sankara Nair, yang mewakili Guan Eng dan veteran DAP, Lim Kit Siang serta ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Georgetown telah menasihatkan mereka supaya berunding mencari penyelesaian. Pada Nov tahun lalu ketiga-tiga mereka memfailkan tindakan sivil terhadap Siti Mastura selepas pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat itu mendakwa mereka mempunyai pertalian dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng. Tidak sekadar itu, Siti Mastura turut mengaitkan ketiga-tiga mereka dengan bekas perdana menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew. Sankara berkata bahawa Pusat Mediasi Mahkamah Negeri Pulau Pinang telah menjadualkan perjumpaan bagi ketiga-tiga plaintif dan defendan melalui tiga sesi berasingan hari ini. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/705573 2. https://www.malaysiakini.com/news/705566




No comments:

Post a Comment