PMX KE REPUBLIC KYRGYZ

 













Usai tugasan di Qatar, saya terus ke Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari seraya diapit delegasi kerajaan Malaysia termasuk Jemaah Menteri dalam usaha mengukuhkan hubungan selain mengintai peluang kerjasama baharu antara kedua negara.


Sayugia, Republik Kyrgyz ini adalah negara pertama dikunjungi dalam kerangka lawatan ke Asia Tengah yang turut meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan.


Beberapa program rasmi dan tinjauan mesra telah diatur sepanjang lawatan ini sebelum saya dan delegasi berlepas ke destinasi berikutnya iaitu Kazakhstan.


#MalaysiaMADANI



No comments:

Post a Comment