✍️ Saiful Nizam
Perikatan Nasional (PN) sedang menghadapi krisis dalaman yang semakin kritikal. PAS dan Bersatu, dua parti utama dalam gabungan ini, kini berada di ambang perpecahan yang semakin besar.
Situasi ini tercetus apabila para pemimpin mereka kelihatan lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara. Cuba fikirkan, apakah wajar PAS mahu merebut kerusi Bersatu?
Krisis ini memperlihatkan warna sebenar kedua-dua parti tersebut. Rakyat kini menyedari bahawa PAS tidak mempunyai nilai kesetiaan yang kukuh. Sikap mereka yang sering berpaling tadah dan tidak konsisten dalam pendirian politik jelas memperlihatkan kelemahan mereka.
Di pihak Bersatu pula, parti ini dipenuhi oleh pengkhianat yang hanya mengejar kuasa dan kepentingan peribadi. Mereka tidak teragak-agak untuk mengkhianati rakan sekutu demi mencapai cita-cita politik masing-masing seperti yang pernah mereka lakukan sewaktu Langkah Sheraton.
Di tengah-tengah krisis ini, Gerakan, parti yang merupakan sebahagian daripada gabungan PN, berada dalam dilema. Mereka kini terpaksa mencari jalan untuk bertahan dalam suasana yang semakin tidak menentu ini. Gerakan perlu membuat keputusan; sama ada terus berpegang kepada PN atau mencari gabungan baru yang lebih stabil dan berprinsip. Tapi Gerakan seumpama bakal berkubur lebih awal dari yang lain.
Dengan keadaan Perikatan Nasional yang semakin rapuh, rakyat Malaysia sedang memerhati setiap gerak-geri. Mereka tidak akan teragak-agak untuk menghukum PN jika terdapat Pilihan Raya Kecil (PRK) yang seterusnya.
Kesabaran rakyat semakin menipis dan masa depan Perikatan Nasional kini bagaikan telur di hujung tanduk, apakah mereka akan terus terjebak dalam krisis dan lebih mementingkan laba politik daripada kepentingan rakyat?
#RakyatBijak #KekalPerpaduan