𝗧𝗔𝗞𝗜𝗬𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗣𝗔𝗦 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 '𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧'
✍️ Ahmad Mursi
1. Bila SU Agong PAS memainkan isu Liwat dalam kempen PRK Kuala Kubu Bharu, itu gambarkan betapa bankruptnya akhlak puak yang panggil diri mereka 'Parti Islam' dan dipimpin pula oleh kononnya 'ulama'.
2. Tentulah gaya ceramah Takiyuddin mempersoal "kenapa PMX tak ambil tindakan undang2?" kepada portal berita picisan yang tak diketahui asal usulnya itu.
3. Kerana dia peguam dan tau cara tuduhan jahat boleh dibuat dengan cara yang selamat dari disaman di dunia.
4. Bila PAS bangkitkan isu peribadi ketika kempen, maksudnya PN-PAS sangat terdesak mencari modal kempen selain meniup api Perkauman dan Agama yang tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan.
5. Pada waktu yang sama, PMX menunjukkan sikap yang baik kepada Menteri Besar negeri2 PAS. Diberi susu, dibalas tuba.
6. Haji Hadi dan pimpinan utama PAS dari awal tertubuhnya kerajaan Perpaduan mula bermain dengan kalimah 'luar tabi'ie' untuk mengajar ahlinya berkempen.
7. Walaupun Ustaz2 PAS gunakannya untuk konteks yang lain, sebenarnya mereka menghantar mesej kepada pengikutnya: Kempen tuduhan liwat halal untuk dimainkan.
8. Hal ini tidak akan berlaku jika Nik Aziz masih Mursyidul Am PAS. Inilah contoh bagaimana pemimpin mampu menyesatkan pengikutnya.
9. Pada hari akhirat apabila dibalik-balikkan muka pengikut2 dalam neraka, barulah mereka menyesal dan mengeluh 'alangkah baik jika di dunia mereka taati Allah dan Rasul'. Lalu mereka memohon kepada Allah agar pemimpin mereka diazab dua kali ganda dan dilaknat dengan laknat sebesar-besarnya kerana di dunia dulu mereka taat kepada pemimpin2 ini yang menyesatkan mereka. Mafhum dari surah Al-Ahzab (66-68) yang Hj Hadi dulu selalu ulangi.
10. Qazaf yang jadi satu jenayah dalam Hudud kini menjadi modal politik PAS. Perjuangan Hudud hanya retorik PAS untuk scam pengundi. Mereka benci liwat dengan mereka sendiri melakukan Qazaf.