-
3 Apr 2024
Follow us on
our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.
Aku terpegun sepi
Mengapa negara ku hanyut begini
dijajahi keangkuhan kaum
dan agama;
rasuah dan fitnah berlipat
ganda;
memuja nafsu dan
tagihkan kuasa
Setia menyebar berita
palsu yang porak peranda
negara
Lalu wira-wira media
sosial (keyboard
warriors) menyambut
seruan jelek
Mencanangnya setiap
pelosok negara
Pemimpin oportunis
melamar diri sebagai
pendamai di samping
meniupkan bara api
ammarah (nafsu
kebinatangan)
Amat sedih sekali
Bila sebilangan insan daif
dilambung ke sana sini
supaya mengutuk kaum
dan agama lain
Sudah lupa sejarah
Masih tidak sedar dan tidak
malu menghina keturunan
datuk moyang sendiri
Masih tidak sedar bahawa
di tanah air ini sebilangan
besar kaum Melayu dari
keturunan pelbagai kaum
Maka membenci dan
mengutuk kaum lain
ibarat meludah ke langit
tinggi dan kembali
menepek ke muka
sendiri
Allah sengaja mewujudkan
pelbagai kaum dan agama
supaya kita mengenali,
menghormati dan
bertolerensi
Bukan membenci,
menghukum dan
berkonfrantasi
Maka jangan khianati Allah
dan keturunan sendiri
Sebaliknya
Manusia lelan dan tidak
sangka penghinaan ini
benar-benar lekeh diri
dan kaum sendiri
Kerana sudah dibalut
penyakit rendah diri
(inferiority complex), liar
mencari mangsa
kambing hitam (blame
game) dan cuba
menonjol diri sebagai
perwira jati (bigotry)
Mungkin mereka yang
melatah dalam media
sosial sedang dilanda
kekecewaan
Menghadapi tekanan di
tempat kerja dan
ketegangan dalam
keluarga
Lantas melepaskan geram
memangsakan yang tidak
berdosa
Maka porak perandalah
negara tercinta dan
tercicirlah wawasan
pembangunan dalam
semak sejarah purba
Tetap terkilan
Kerana pemerintah makin
berpatah arah
tagih menegak benang
basah
Meremehkan kepincangan
sekeliling pinggang
Sibuk memperkasakan
darjat, melipatganda
kuasa dan harta
Asyik mengumpan rakyat
dengan budaya pautan/
kebergantungan/minda
subsidi (culture of
dependency)
Mengakibatkan rakyat
tercicir jauh dan
ketandusan ilmu
Maka runtuh kuasa
dayasaing kerana sudah
lama disogok drama
politik pautan yang
melumpuhkan inisiatif
dan jatidiri
Bahkan
Kepincangan ini
menguntungkan para
oportunis yang selama ini
melalikan minda rakyat
agar setia kepada
tangan yang memberi
pada pilihan raya nanti
Maka cerminlah diri
Pihak mana harus ditunding
jari
Mampukah tangan-tangan
durjana memulihkan
kerapuhan rumah sendiri
Bukan pemimpin tidak
pernah bersama
menegakkan hak asasi
rakyat
Namun bila menjadi
pemerintah sikap sudah
berubah dan makin
berpaling tadah
Kian memusuhi mereka
yang memperjuangkan
hak rakyat yang tertindas
Justeru itu
Tugas pucuk kepimpinan
tidak lagi menyusun
kembali keadaan dan
kaedah yang capek
(not fine-tuning)
Bahkan merombak semula
(but overhaul) minda
dan hala tuju
pembangunan negara
Bertindak tegas demi
menyelamatkan negara
tercinta
– Nasir Hashim
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign
up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a
regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
The
views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have
endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other
pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
1. Tegakkan
maruah serta kualiti kehidupan rakyat
2. Galakkan
pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
3. Raikan
kerencaman dan keterangkuman
4. Selamatkan
demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
5.
Lawan rasuah dan kronisme
Support
Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your
mobile phone e-wallet or banking app: