Tuntutan royalti petroleum oleh
kerajaan Pas Terengganu ke atas Kerajaan Persekutuan telah dijawab dalam
kenyataan Kementerian kewangan baru baru ini bersabit undang undang semasa
royalti, bahawa kerajaan Terengganu atau Kelantan hanya layak mendapat
sumbangan 5% tersebut dalam carigali 3 batu nautika dari pantai negeri masing
masing.
Namun Kerajaan Madani tetap
berlaku adil dengan meneruskan pemberian Wang Ehsan kepada kedua dua negeri
sebanyak RM786 juta untuk kerajaan Terengganu dan RM200 juta kepada Kelantan
pada 2023 biar pun petroleum dicarigali di luar 3 batu nautika.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN
Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, kemurahan Kerajaan Madani itu sepatutnya menjawab
tuduhan ahli politik Pas Terengganu kononnya kerajaan pusat zalim menyekat
royalti.
Sebaliknya, beliau mengingatkan
Pas yang tidak meminda undang undang berkaitan royalti semasa memerintah pada
2020 - 2022 kerana itu pembayaran masih kekal sebagai Wang Ehsan berdasarkan
pertimbangan Kerajaan Persekutuan memenuhi permintaan negeri.
"Penyaluran Wang Ehsan
khusus kepada negeri Terengganu dan Kelantan bukti Kerajaan Persekutuan
bersifat adil
"Merujuk kepada kenyataan
media Kementerian Kewangan berkenaan penyaluran Wang Ehsan petroleum khusus
kepada Terengganu dan Kelantan, bagi manfaat rakyat di dua negeri tersebut,
membuktikan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim
bersikap adil dan tidak menzalimi kerajaan Terengganu atau Kelantan di bawah
pimpinan Pas seperti mana tuduhan yang dilemparkan sebelum ini," katanya
dalam satu kenyataan.
Menurut Ahmad Nadhir, penyokong
Pas Terengganu juga perlu menyedari pada 2024 Kerajaan Madani telah pun
meluluskan bayaran Wang Ehsan khusus petroleum sebanyak RM172.3 ke negeri itu
dan RM58.6 kepada kerajaan Kelantan, serta tambahan sebanyak RM103.1 juta
kepada Terengganu bagi obligasi Kerajaan Negeri kepada kontraktor mereka.
"Hal ini membuktikan
Kerajaan Persekutuan sangat mengambil berat terhadap kebajikan serta tidak
mengabaikan nasib penjawat awam dan juga kontraktor yang mengambil tender
dengan Kerajaan Negeri.
"Justeru itu, KEADILAN
Kemaman menggesa supaya polemik dan juga tuduhan liar pihak pembangkang
terhadap Kerajaan Persekutuan dihentikan serta merta," katanya.
Selain itu KEADILAN Kemaman
juga, kata Ahmad, berharap agar wang yang diterima oleh Kerajaan Negeri
digunakan secara telus dan mengikut tatakelola yang telah ditetapkan oleh
undang-undang di samping menggesa pihak Jabatan Audit Negara berperanan
memastikan bahawa wang yang disalurkan ini tidak disalahgunakan
Beliau turut menyarankan agar
Pas di kedua dua negeri menghentikan budaya fitnah Kerajaan Madani zalim
terutama pada hari Hari Raya Aidilfitri dan pada bulan bulan seterusnya
berhubung isu royalti.