ELOK AAAA.. MASA DAPAT... MASA TAK DAPAT.. MAKI BEJABU... HATI PALESU.

 



Nasrul Hishcamp


Kelantan akan memanfaatkan wang ihsan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas untuk membayar emolumen sektor awam negeri seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kewangan.


Menteri Besar Datuk Nassuruddin Daud berkata sekalipun kerajaan negeri ada peruntukan untuk tujuan itu, pemberian wang ihsan tersebut membantu meringankan beban yang ditanggung.


“Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri (kerana) sentiasa bantu Kelantan, bukan sahaja (dari segi pemberian) wang ihsan tetapi dalam perkara lain juga,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kelantan, di Maahad Tahfiz Kampung Meranti, di sini hari ini.


"Hubungan kita (kerajaan negeri) dan persekutuan baik sejak dari dulu lagi.