Sebuka Mata.


MSO


Teguran berupa peringatan oleh Sultan Selangor kepada presiden Pas Abdul Hadi Awang perlu dilihat dalam konteks lebih luas. Walaupun ia spesifik kepada Tok Dor tetapi nasihat terkena kepada semua khasnya orang Melayu agar lebih berhati hati dalam membuat amal kebajikan seperti menegur mana mana pihak agar selari dengan ajaran Islam. 


Islam itu indah jika kita memahami keindahannya.


Pepatah ada mengatakan kalau hendak menjolok jangan sampai terkena saran tebua, bahaya. Jolok boleh tetapi harus bijaksana.


Agar sesuatu niat baik kita tidak menjadi mudarat maka kita harus berhati hati. 


Jangan mudah merosakkan santan dengan pulut, sebab masih ada cara lain untuk merosakkan santan tanpa membabitkan pulut.


Dalam hal ini saya melihat apa yang berlaku itu membuktikan bahawa Tok Dor Hadi sudah tidak relevan bagi Pas. 


Tindak tanduk beliau merugikan Pas dan juga umat Islam sendiri. Abdul Hadi tidak fatanah mengguanakan kekuatan pengaruh dan sokongan yang beliau terima dari orang tamai demi kepentingan bangsa dan agama.


Dia terus terbawa dengan kehendak peribadinya. Malang pula kepada parti gemulah Chek itu ia tidak mendapat manfaat seoptimanya dari kekuatan dan sokongan yang ada kini. Masa ini  kekuatan Pas ditahap puncak dengan memiliki 43 kerusi. Pencapaian ini sepatutnya dihayati bukan untuk dimegahi dan disia siakan.


Pas jangan terus terdodoi yang mereka akan kekal dengan jumlah itu dan perlu mengingati akan sejarah naik turun parti itu. Setiap dua dekad Pas akan mengalami kemerosotan dan perlu untuk dua dekad pula untuk naik.


Justeru usah terlalu ghairah sangat sehingga berlaku apa dikatakan orang yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran. Dinasihat kepada pemimpin Pas janganlah menghormati Tok Dor sehingga merugikan masa depan parti dan sehingga menyebabkan Tok Dor jadi seperti Mahathir. Trims.