Masa tak jadi kerajaan, mudah sangat bertemu dan bertegur dengan senator, Yb malah pecacai YB sekali pun. Bila dah berjaya , bukan saja masih mengharapkan probono , malahan call pun tak angkat. Sibuk sungguh gayanya madani. Iayalah kan, mana ada masa, Nanti nak pilihanraya mungkin perlu juga probono ni. Dulu tengah kayuh basikal, brake putuih, sanggup tahan dengan kaki untuk dapatkan statement ...al maklum masa tu berita penting....sekarang 10 kali call 10 kali tak angkat. Kah..kah..kah
HATI-HATI TERIMA AHLI BARU, PKR BUKAN TONG SAMPAH – HASSAN KARIM
Bekas pemimpin parti lain yang mahu menyertai
PKR perlu ditapis dan disemak terlebih dahulu latar belakang mereka, kata ahli
parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.
Hassan berkata PKR juga tidak seharusnya
menerima mana-mana pimpinan yang mempunyai rekod jenayah, bankrap dan rasuah.
“Saya menyambut baik dan mengalu-alukan jika
ramai orang termasuk daripada parti lain, sama ada anggota biasa atau pemimpin
besar untuk menyertai PKR dengan syarat minimum iaitu mereka dengan jujur
menerima dasar dan cita-cita Parti Keadilan seperti yang termaktub di dalam
Perlembagaan parti.
“Bagaimanapun, adalah wajar serta munasabah
serta bertanggungjawab untuk semak ke atas pemimpin-pemimpin besar parti lain
yang ingin menyertai PKR. Parti ini bukan tong sampah,” katanya kepada Malaysiakini.
Hassan berkata demikian mengulas kenyataan
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menjangkakan lebih ramai bekas
pemimpin berstatus profil tinggi daripada Perikatan Nasional (PN) akan
meninggalkan parti masing-masing dan menyertai PKR dalam masa terdekat.
Saifuddin semalam mendakwa, pihaknya ada
menerima permohonan daripada pemimpin-pemimpin pembangkang yang mempunyai nama
besar dalam arena politik negara dan berminat menyertai PKR.
Pada Selasa lalu, bekas ahli Majlis Pimpinan
Tertinggi Parti (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman mengumumkan penyertaannya
dalam PKR.
Dia turut mendedahkan lebih ramai pemimpin dan
ahli perintis Bersatu di semua peringkat akan menyertai parti itu.
Selain Faiz, bekas Adun Dengkil dari Bersatu,
Adhif Syan Abdullah turut diterima menyertai PKR.
Mengulas lanjut, Hassan berkata PKR perlu
mengekalkan imejnya yang bersih sebagai sebuah parti yang ingin membawa perubahan
dan reformasi.
“Elemen-elemen bersifat parasit, dedalu,
oportunis atau penyangak dan penyakau serta korup perlu ditolak awal-awal,”
tegasnya.
Justeru dia turut mengingatkan PKR agar
mengambil sikap terbuka namun cermat dalam menguruskan hal terbabit.
“Seruan saya kepada pemimpin PKR dalam soal
menerima kemasukan ramai anggota baru terutama dari parti lain atau orang awam
biasa termasuk yang sebelum ini memusuhi PKR ialah dengan mengambil contoh
dalam sirah Nabi Muhamad S.A.W.
“Bagaimana baginda rasullulah dengan sikap
terbuka tetapi cermat dan berhemah menerima ramai orang, banyak pihak dan
banyak kabilah untuk menyertai perjuangan rasullulah sehingga Islam berkembang
pesat,” tambahnya.
Sumber –
https://m.malaysiakini.com/news/699369