KEH..KEH..KEH -KALAU GUNA PAPAGOMO, PARPU KARI BAGAI NI- TAK MENANG-NAJIB DAH GUNA DEPA LAMA DAH.AKHIRNYA APA TERJADI PADA NAJIB? TUMBANG.ORANG KENAI MUKA NI SEMUA

 

TUN MAHATHIR TERLOMPAT JUA AKHIRNYA….



Akhirnya setelah anaknya Mirzan Mahathir disiasat SPRM dan diarah mengisytiharkan kekayaan dimilikinya dalam tempoh 30 hari, sebagai bapa yang penyayang, Tun Mahathir Mohamad nampaknya tidak dapat menahan sabar dalam dirinya lagi.

Kali ini, tanpa mengambil masa yang lama, beliau terlihatnya begitu cepat melompat untuk mempertahankan anaknya yang dalam kesusahan itu.

Tidak sebagaimana ketika rakan akrabnya Tun Daim Zainuddin disiasat dan Menara Ilham milik keluarga bekas Menteri Kewangan itu disita SPRM sebelum ini, beliau waktu itu hanya menyindir kerajaan agar “semua Tun” juga perlu disiasat kekayaan mereka.

Begitu juga dengan beberapa yang lain yang diambil tindakan oleh SPRM, beliau sekadar mengecam dan mengeluarkan kenyataan media saja.





Tetapi, bila anaknya sendiri disiasat dan diarah mengisytiharkan kekayaan dimilikinya, bekas Perdana Menteri itu nyata tidak dapat menahan diri untuk segera melompat.

Sebelum ini iaitu hanya semalam, beliau menempelak SPRM yang menyiasat anaknya sambil mendakwa badan pencegah rasuah itu turut mengugut mahu memenjarakan anak lelaki sulungnya itu selama lima lima tahun.

Dengan itu, beliau mendakwa, SPRM telah dipergunakan untuk melakukan kezaliman kepada musuh politik mereka yang sedang berkuasa di Putrajaya.

Nampaknya mengeluarkan kenyataan media saja masih dianggap tidak memadai dalam mendepani anaknya yang disiasat SPRM itu.

Untuk itu, kali ini Tun Mahathir akan mengadakan sidang media khas pada Isnin depan (22 Januari 2024).

Sidang media khas yang akan diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dilaporkan khusus berkenaan siasatan SPRM terhadap Mirzan.

Apakah intipati sidang media khas Tun Mahathir itu nanti?

Apakah ada sesuatu yang mengejutkan bakal didedahkannya sebagai serangan terhadap kerajaan, khususnya Anwar Ibrahim?

Yang pasti, dengan mengadakan sidang media khas Isnin nanti, Tun Mahathir kini benar-benar dalam “mode perang” terhadap Anwar di sebaliknya usianya yang makin menua dan tenaga pun tidak lagi secergas dahulu.

Tidak mustahil, beliau juga pastinya akan mula mengumpul semua musuh-musuh politik Anwar, tidak terkecuali blok pembangkang PN, untuk memantapkan lagi keberkesanan perang terhadap Anwar itu.

Seorang rakan yang rajin memerhati gerak politik Tun Mahathir berkata, jangan terkejut jika selepas ini bekas Perdana Menteri dua kali itu tiba-tiba mengunjungi Najib Razak di mahkamah sebagaimana dilakukannya kepada Anwar pada 2016 dahulu.

Kata beliau, untuk mencapai hasratnya, Tun Mahathir sanggup melakukan apa saja dan beliau sentiasa ada dalil untuk mewajarkan tindakannya. – ShahbudinHusin 20/01/2024.