BODO JUGA KERAJAAN MADANI NI- SELAIN SUKA BAGI BOLA TANGGUNG, IANYA MENIMBULKAN KEGELISAHAN RAKYAT- HAPUS DULU PENCEN MENTERI, WAKIL RAKYAT SEBELUM NAK MANSUH PENCEN PENJAWAT AWAM – NETIZEN

 

Seiring cadangan pelaksanaan skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu, pengguna media sosial hari ini menuntut langkah itu dikuatkuasakan terlebih dulu kepada semua lantikan politik.

Selain membabitkan menteri dan timbalan menteri, reaksi pengguna media sosial menerusi komen di Facebook Berita Harian Online mahukan langkah sama turut diambil terhadap wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Terdahulu, rancangan melaksanakan skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada sidang medianya sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kajang, petang tadi.

Seorang pengguna media sosial, Ae Zal menyifatkan bayaran pencen kepada wakil rakyat sebagai satu pembaziran.

“Bekas MP (Ahli Parlimen) & ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) patut tidak berpencen… membazir,” komennya di ruangan Facebook Berita Harian Online hari ini.

Berikut antara komen pengguna di lama media sosial sama:

Muhammad Firdaus Selamat Ali – “Mansuhkan juga pencen para barisan menteri dan semua wakil rakyat yang ada dalam negara ini…. adalah sangat merugikan duit kerajaan bayar pencen kepada mereka ini semua.. tukar sajalah kepada skim KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). 

Hadi Ghazali – “Sepatutnya pencen Ahli Parlimen dan ADUN serta bekas-bekas menteri dihapuskan.

Singh Singh – “Sama-sama (mansuh) dengan semua menteri-menteri, bekas MP (Ahli Parlimen) dan lain-lain.

Shahrulnizam Aberd – “Kalau menteri yang servis tak sampai lima tahun tu tak ada pencen tu memang patut la kan? Pencen ni pun untuk orang yang servis sekurang-kurangnya 30 tahun jer kan? Kalau nak samakan dengan private (swasta), bonus pun kena sama dengan private (swasta) juga la.

Shukur Shukri – “Menteri pun sama tiada pencen… bagi adil.

Dean Nadzri – “Buat sekali pada YB, menteri dan seangkatannya…. Baru adil… Ni jadi sepenggal (berkhidmat) dah boleh dapat full (penuh) pencen…,”. 

Muhammad Zuhairie – “Pencen menteri, ADUN dan Ahli Parlimen patut sangat dimansuhkan,” katanya. 

Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang menganggap wajar jika pemansuhan skim bayaran pencen hanya membabitkan wakil rakyat saja, bukannya semua penjawat awam. 

Sebagai contoh Rashid Hamat melalui komennya berkata, “Pemansuhan pencen khusus untuk barisan menteri dan wakil rakyat sahaja. Pencen penjawat awam dikekalkan dan perlu ditambah amaunnya,” katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam. 

Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di KWSP. 

Minggu lalu, Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah pun diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1204337/mansuh-dulu-skim-pencen-wakil-rakyat-menteri-netizen