ISUNYA BUKAN HARGA TAPI TERPENGARUH

 Kenapa dulu tidak bising skg bising?

ISUNYA BUKAN HARGA TAPI TERPENGARUH 



Norman Radzuan.


Saya ada terbaca beberapa penulisan rakan2 yg berang kenaikan harga beras. Mereka tidak faham isu… harga beras ini bukan masalah kita tetapi masalah global. Bacalah media luar negara apa krisis yg berlaku di India.


Krisis beras sebenarnya sudah berlaku sejak 1971, maka diwujudkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), satu badan yg lebih fokus menjaga padi dan beras negara pada ketika itu.


Saya nak tanya kawan2 yg bising itu… peristiwa ini bukan berlaku 30-40 tahun dahulu tetapi hanya 2-3 tahun dahulu. Saya peniaga kedai makan… jadi saya tahu ketika itu bagaimana harga barang naik melambung.


Ketika itu harga minyak masak 5kg dari RM 27-30 naik ke RM 42. Harga ayam dari RM 9 di Sabah naik hingga RM 12.50. Cili merah naik 4-5 kali ganda dari RM 12-15 hingga mencecah RM 50 - RM 100 dan begitulah harga bawang.


Ada mereka ini bising? Masih ingat ketika itu ramai yg kibarkan bendera putih dan ramai yg bunuh diri. Sebenarnya kawan2 saya juga… mereka sebenarnya terpengaruh dgn permainan politik. Org lain bising mereka pun turut bising sekadar content.


Kawan2 saya ini tahu dulu lagi susah… barang lagi mahal. Bukan setakat harga minyak masak naik tetapi nak beli minyak masak pun tiada. Sebenarnya dia terpengaruh sahaja dan tidak berlandaskan kpd fakta.


Jgn jadi perangai mcm kawan saya. Di group Whatsapp hari2 maki kerajaan pasal beras. Tapi ssya tgk sebulan 2-3 kali makan dkt Menate. Dia marah sebenarnya tak dpt projek sb kartel sudah terputus. Personal tapi dihasut geng di group.


Pesanan saya jgn terpengaruh dgn Ahli Parlimen seperti Langkawi and team. Nak buat MRT dari Alor Star sampai Langkawi. Nanti kalian akn terjerumus ke lembah yg hina.



PERANG PERSEPSI



 *Sudut Pandang tok abah.*

Melihat gelagat2 Ahli Parlimen, khasnya dari block Pembangkang baru2 ini di sidang Parlimen amat melukakan proses demokrasi dlm sistem kenegaraan kita. Bagi tok abah, tindakan yg memperlihatkan perihal rendahnya akhlak Ahli2 Parlimen yg berkenaan, melanggar adab dn rukun dlm Parlimen yg sentiasa dimulai dgn ucapan sakral "Dewan yg mulia ini....", mengaibkan, sngt jahat, memalukan dn tidak bertanggungjawab.


 Pengamatan tok abah, scenario yg sdng berlaku skrng baik di Parlimen atau di luar Parlimen, ialah suatu gerakan secara terancang menyerang peribadi PM X, "character assination", dgn pendekatan "forces of the ignorants", yakni mengnormalisasi *(normalisation)* rakyat with manipulated facts, fake news, fitnah, and conspiracy theories thru' the media, especially with social media platforms. *Its all about "war on perception".* It's so traumatic for everyone becoz' smuanya berlaku dgn pantas, with speed, scale, scope and simultaneity, becoming very chaotic, contradictory with complexity, sehingga menimbulkan uncertainties, kecelaruan di kalangan rakyat.


 Sincerely, ia bukan hanya menjadi ancaman kpd kestabilan politik yg sedang diusahakan oleh PM X dan Kerajaan Perpaduan, "as the government of the day", tetapi juga mengugat proses pembinaan Negara bangsa Malaysia yg berbilang kaum, ethnics dn wilayah. 


Ringkas citer, we are at "war with perception". 


Saranan tok abah, *sudah tiba masanya PM X dn Kerajaan Perpaduan mengambil langkah dn tindakan strategik dgn mengistiharkan perang, "war on perception".* Dan perlu diingatkan, PM X dn Kerajaan Perpaduan, kita hanya ada masa lebih kurang 51 bulan dari skrng aje lagi, to put things right back on track to save the nation.

*"Our timeline, is yesterday."* 

Wallahu'alam.

BERTEMU PELABUR TERNAMA. ANTARANYA GOOGLE ,BOEING, MEDTRONIC, SIEMES ..

 








Usaha untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan pertemuan bersama empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers. 


Perbincangan ini turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Diraja Zambry Kadir serta wakil agensi dari MIDA dan Matrade. 


Kesemua syarikat ini turut menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia. 


Kerajaan Perpaduan juga akan memudahcara serta menggalak pelaburan dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara. 


Saya juga telah mengadakan perjumpaan bersama ahli ekonomi terkenal yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi, Profesor Joseph Stiglitz daripada Universiti Columbia. 


Kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk kami bertukar-tukar pandangan terkait keperluan ekonomi negara membangun diberi peluang yang lebih saksama, khususnya di dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.


Kami turut berbincang mengenai langkah dan strategi yang boleh dilaksana untuk meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan dan dalam masa yang sama memastikan kemapanan. Pendidikan yang lebih menyeluruh juga perlu diberi tumpuan, demi bina jati diri  dan sahsiah generasi masa hadapan.


Idea perbincangan akan dimanfaat dan dicambah untuk mempertingkatkan potensi ekonomi negara.


#MalaysiaMADANI 

#EkonomiMADANI

#UNGA78


JAM 9.30 PM AKAN BERUCAP DI MAJLIS PBB.

 



Insya-Allah, jam 9.30 malam ini waktu Malaysia (9.30 pagi waktu di New York), Perdana Menteri akan menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.


Perdana Menteri akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030, pelan hala tuju negara di bawah rangka kerja Malaysia MADANI serta beberapa lagi isu global.


Rakyat Malaysia boleh menyaksikan Kenyataan Negara ini secara langsung melalui saluran media tempatan dan facebook live.


Doakan agar semuanya berjalan lancar. 




#MalaysiaMADANI 

#UNGA78



SULTAN JOHOR AKAN JADI YDPA




 Sebenarnya aku agak terkejut dengan berita ini. Aku kira Sultan Ibrahim akan tolak dulu.


Orang Johor tahu Sultan kita bukannya suka sangat nak tinggalkan negeri dan rakyat baginda. Tapi bila Sultan Ibrahim setuju, aku sangat teruja.


Standby la manusia-manusia yang suka main isu 3R. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BERSAMA LEBIH 200 DELIGASI DALAM INVEST MALAYSIA

 












Usai bertemu dengan syarikat Fortune 500, saya kemudiannya bertemu dengan kira-kira lebih 200 delegasi di Invest Malaysia New York yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia bersama Bank of America, CIMB, HSBC, Maybank dan Standard Chartered. 


Turut bersama dalam sesi ini adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Gabenor Bank Negara, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dato' Seri Dr Awang Adek Hussin.


Forum ini telah menarik minat para pelabur pasaran modal ekuiti dan bon – dengan nilai aset di bawah pengurusan mencecah USD 40 trilion.


Invest Malaysia New York mengetengahkan halatuju negara yang dibina melalui Kerangka Ekonomi MADANI, disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12. 


Kerangka ini menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. Ucaptama saya disusuli dengan sesi interaksi dengan para pelabur.


Saya yakin forum ini dapat menarik minat dan mengutuhkan keyakinan pelabur untuk ke Malaysia.


#MalaysiaMADANI

#InvestMalaysia

#UNGA78



TU LA..KEDAH HILANG DAH DARI PETA. HANGPA BODOWWW....KAH KAH..KAH....

 

Depa pecat Kedah dari Malaysia dah ka?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (duduk, tengah) mengadakan sidang media selepas mesyuarat di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. - Foto NSTP/Syaharim Abidin
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (duduk, tengah) mengadakan sidang media selepas mesyuarat di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini. - Foto NSTP/Syaharim Abidin

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa EXCO sukan di empat kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) tidak lagi akan mempengerusikan Hari Sukan Negara peringkat negeri seperti sebelum ini.

Katanya, urusan di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah itu akan diserahkan kepada Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri."

Tapi depa mereka nak pakai DO (pegawai daerah) di peringkat daerah, EXCO sukan depa tak mau pakai, DO depa nak, nampak tak..?

"Saya rasa tak sihat politik macam tu, awat (kenapa) depa pecat Kedah dari Malaysia dah ka?

"Kalau rasa kita (Kedah) part of (sebahagian daripada) Malaysia tak patut buat macam tu, politik (macam) tu tahun 70, 80-an boleh la. Politik 2023 orang tak boleh buat macam tu noh, habaq (beritahu) depa tak payah main politik lagu tu, "katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat bersama Lembaga Pengarah Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KPTC) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Turut hadir ialah EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Haim Hilman Abdullah.

Sebelum ini media melaporkan Haim kesal apabila mendakwa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri itu tidak dibenarkan menghadiri program yang dianjurkan kerajaan negeri.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal, menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang arahan melarang mana-mana IPTA terbabit dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri pembangkang.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah, berkata bidang sukan dan pendidikan tidak sepatutnya menjadi 'mangsa' politik.

Katanya, beliau sudah bertanyakan mengenai perkara itu kepada pihak berkaitan namun tiada arahan bertulis dikeluarkan melainkan secara lisan.

"Ada wakil rakyat seorang di Kedah pi (pergi) tengok anak dia sukan di sekolah, pengetua sekolah itu kena panggil kerana membenarkan ahli politik masuk sekolah.

"Menteri Pelajaran kata boleh mohon tapi 30 hari (sebelum). Tak kan nak tengok anak sukan kena mohon 30 hari, tak masuk akal. Cakap lain buat lain, rasa ini politik 80-an tapi depa kata MADANI... tak sesuai," katanya.



DIA PUN DNAA JUGA.

 

Group RAFIZi


Shahidan Kasim pembohong yang sentiasa berbohong konon2 perasan dia cerdik...

Mana pun Shahidan Kasim nii pergi bau bangkai munafik pada dirinya tetap ada...

😎😎😎😎




Amerika Syarikat kekal pelabur utama ke Malaysia

 

Amerika Syarikat kekal pelabur utama ke Malaysia



Amerika Syarikat akan kekal menjadi pelabur utama ke negara ini biarpun Malaysia menikmati peningkatan pelaburan dan perdagangan yang signifikan dari China


Hal itu menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana hubungan baik AS - Malaysia yang amat baik sejak era perang dingin dan seterusnya pada ketika ini.


PM berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama "Regaining Malaysia's Lead in Asia" di acara Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia di New York pada Khamis.


Malah perkara itu, katanya, turut disentuh dalam satu pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Camila Harris, di Jakarta baru-baru ini.

"China telah menjadi pemain utama dalam pelaburan tetapi seperti yang anda tahu, biarpun terdapat peningkatan dari segi pelaburan dan perdagangan dengan China, Amerika Syarikat (tetap) merupakan rakan tradisi.


"Jumlah pelaburan dari Amerika Syarikat ke Malaysia masih kekal nombor satu.


"Bukan hanya itu, kami memperolehi keuntungan dengan penglibatan syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat yang melabur di Malaysia," katanya dipetik.


Beras tempatan mencukupi, kerajaan Selangor akan jual beras 5kg RM13


Kerajaan Negeri Selangor akan melakukan intervensi harga dan bekalan dalam menghadapi isu kekurangan Beras Putih Tempatan (BPT).


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, intervensi tersebut dilakukan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) yang akan melakukan jualan BPT di outlet perbadanan itu serta lokasi terpilih.


"Tambahan kepada langkah kawalan harga siling penjualan BPT oleh pihak Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan penjualan beras 5kg/bag dengan harga RM13 bagi manfaat rakyat negeri Selangor.


"Jualan ini akan dilaksanakan melalui PKPS di 4 outlet PKPS serta 3 lokasi jualan bergerak pada setiap hari sehingga bulan Disember 2023," kata Amirudin dalam kenyataan hari ini.


Menteri Besar juga memberi jaminan krisis BPT akan berakhir pada bulan hadapan apabila musim tuaian padi di Malaysia akan berlaku pada Oktober melibatkan sawah di Utara Semenanjung dan juga di Selangor sendiri.


Di Negeri Selangor, katanya, kapasiti pengeluaran beras adalah 138,903.13 tan metrik setahun di atas tanah tanaman padi sebanyak 18,061.53 hektar, melibatkan seramai 6,871 orang pesawah.


"Ini bersamaan dengan pengeluaran 4.19 tan metrik bagi setiap hektar.


"Keperluan BPT di negeri Selangor pula sebanyak 45,500 tan metrik sebulan.


"Mengikut keperluan bulanan ini, stok BPT di negeri Selangor adalah mencukupi sehingga penghujung September 2023," katanya.


Dalam pada itu, Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu mengingatkan rakyat khususnya di Selangor agar memahami situasi sebenar krisis beras global dan tidak terikut ikut propaganda Perikatan Nasional yang memfitnah kononnya kelemahan kerajaan dalam pengedaran BPT adalah satu satunya punca masalah.


Realitinya, kata Amirudin, tahap sara diri beras negara adalah 62.6% manakala bakinya diimport dari negara seperti Vietnam, Thailand, Pakistan, dan India.


Negara India mengambil keputusan melarang pengesportan beras varian bukan basmathi pada bulan Julai kerana pengeluaran padi merudum akibat cuaca dan penyakit.


"Pada tahun 2021, Malaysia mengimport sebanyak 338,863 tan metrik, iaitu 13.13% daripada keperluan beras tahunan sebanyak 2,580,000 tan metrik untuk menampung penggunaan seluruh rakyat Malaysia.


"Ini menyebabkan peningkatan harga beras import yang mendorong rakyat Malaysia untuk beralih membeli beras putih tempatan," katanya.


Tambah Amirudin untuk mengatasi masalah berkenaan, Kerajaan Persekutuan akan menambah kawasan penanaman padi dan menggunakan kaedah terbaik yang dilakukan di Selangor di sawah



Selangor di sawah Sekinchan yang mempunyai pengeluaran lebih tinggi ke negeri-negeri lain.


Namun bagi negeri Selangor, kata beliau, untuk untuk mengatasi masalah jangka pendek Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor (KSPDS) bagi menangani kekurangan stok di kedai dan pasaran.


Justeru, rakyat Selangor yang menghadapi sebarang masalah bekalan boleh menghubungi KSPDS di talian 03-32898419 ataupun 017-2230771 untuk bercakap secara terus ataupun melalui aplikasi WhatsApp.


Kerajaan Negeri melalui KSPDS komited untuk mengambil tindakan dalam tempoh masa 24 jam bagi mengatasi aduan bekalan beras putih tempatan.