Amerika Syarikat kekal pelabur utama ke Malaysia

 

Amerika Syarikat kekal pelabur utama ke Malaysia



Amerika Syarikat akan kekal menjadi pelabur utama ke negara ini biarpun Malaysia menikmati peningkatan pelaburan dan perdagangan yang signifikan dari China


Hal itu menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana hubungan baik AS - Malaysia yang amat baik sejak era perang dingin dan seterusnya pada ketika ini.


PM berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama "Regaining Malaysia's Lead in Asia" di acara Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia di New York pada Khamis.


Malah perkara itu, katanya, turut disentuh dalam satu pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Camila Harris, di Jakarta baru-baru ini.

"China telah menjadi pemain utama dalam pelaburan tetapi seperti yang anda tahu, biarpun terdapat peningkatan dari segi pelaburan dan perdagangan dengan China, Amerika Syarikat (tetap) merupakan rakan tradisi.


"Jumlah pelaburan dari Amerika Syarikat ke Malaysia masih kekal nombor satu.


"Bukan hanya itu, kami memperolehi keuntungan dengan penglibatan syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat yang melabur di Malaysia," katanya dipetik.