Tak mampu serang dasar Kerajaan Perpaduan, tak mampu cari
kelemahan pentadbiran DS Anwar, jadi yang ada hanya satu pilihan, tanamkan rasa
benci orang Melayu kepada DAP. Caranya? Dengan main sentimen agama dan kaum.
Hakikatnya, negara ini memang negara sekular dari semenjak
merdeka lagi. Kita guna perlembagaan buatan orang putih, bukan undang-undang
Islam. Sebab itu jugalah kita ada dua set undang-undang, sivil dan syariah.
Isu perlembagaan orang putih inilah yang jadi asas amanat Hadi
tahun 1981 dahulu. Malah MP Jasin sendiri akui yang perlembagaan ini adalah
sekular. Tapi masa angkat sumpah sebagai MP, dia pun bersumpah juga akan
pertahan perlembagaan ini.
Namun begitu, Islam adalah agama rasmi kerajaan persekutuan. Itu
tertulis dalam perlembagaan dan tak boleh ditukar sewenangnya. Perlukan
majoriti ⅔ parlimen dan diluluskan juga oleh Majlis Raja-Raja. Kelulusan Dewan
saja tak memadai.
Jadi cerita apa yang Mahathir reka ini?
Buat apa DAP nak jadikan Malaysia sekular sedang Malaysia memang
sudah sekular. Dan Malaysia memang negara berbilang kaum. Pemimpin kita dulu
setuju terima orang Cina dan India sebagai rakyat negara ini sewaktu menuntut
kemerdekaan.
Sekular atau tidak, apa yang penting adalah Islam bebas
diamalkan di negara ini. Lihat di Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka jelas
negara sekular tapi Islam berkembang pesat di sana. Kerana dakwah berjalan
dengan baik.
Dan DS Anwar sendiri, semenjak jadi PM, banyak program agama
yang diaturkan. Hingga kediaman rasmi PM pun jadi pusat dakwah. Ada dengar DAP
larang? Tak ada. Tak seperti respon Gerakan waktu PAS nak pinda RUU355 dulu.
Masa Mahathir berkuasa, tjada pun dia buat begitu. Malah ada
beberapa kenyataan Mahathir yang hina Islam seperti kalau buat hudud orang
Melayu ramai jadi kudung, nak makan sup tangan pergi Kelantan, zaman Nabi saw
tak ada pisau gilette sebab itu Nabi saw bela janggut dan sebagainya.
Tapi ketika DS Anwar jadi PM, Islam betul diangkat sebagaimana
sepatutnya. DAP sendiri pun sebegai pemerintah di Pualau Pinang, berikan begitu
besar peruntukan untuk pembangunan Islam. Tak beraku sewaktu Mahathir jadi PM.
Dalam DAP ada orang Islam. Ada antara mereka yang berkelulusan
agama. Malah ada ahli DAP yang kehidupan hariannya lebih kemelayuan dan muslim
dari Mahathir sendiri. Masuk rumah masih tanggal selipar dan makan masih guna
tangan.
Sebenarnya Mahathir dah cukup terdesak. Mungkin ada rahsianya
yang sikit lagi akan terbongkar dan hanya boleh diselamatkan jika kerajaan ini
jatuh. Maka sebab itu di sanggup gadai maruah diri untuk bercakap seperti ini
hanya untuk tubuhkan kerajaan ini.
Sudahlah Mahathir. Cukuplah tu. Negara ini mesti terus bergerak
ke hadapan. Kita tak akan maju jika hasutan kaum terus berleluasa. Awak tu dah
cukup kaya dah. Tapi rakyat masih ramai yang susah. Jadi usahlah ganggu progress
negara ini hanya untuk kepentingan peribadi.
Berehatlah. Biarlah negara ini maju tanpa gangguan dan hasutan
kebencian kaum dan agama seperti ini lagi. Biarlah negara ini penuhi potensinya
yang ada tanpa gangguan. Berehatlah Mahathir. Usah bangkit lagi. Guane boh?