LEBAI NI KOYAK NI.TAK ADA HINA AIHHH...HANGPA DOK CACI MAKI BAGAI TAK APA PUN..
Koyak. Tak ada unsur hina Kaabah pun. Tapi yang terhina adalah Mahiaddin.
Malah lebih menghina Kaabah kalau orang yang terkait dengan beberapa pertuduhan seleweng disucikan dengan perbuatan memasuki Kaabah.
Paling menghina, bukan setakat Kaabah, bahkan kesucian Islam keluruhannya, adalah dengan menunggang agama demi meraih laba politik. Guane boh?
Raja Gelap
.
SEMAKAN DITOLAK, PELUANG TERAKHIR NAJIB KINI HANYA PENGAMPUNAN AGONG
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Susulan itu, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, adalah kekal.
Ini bermakna bekas Perdana Menteri itu kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.
Najib dilaporkan sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan tersebut pada 2 Sept 2022.
Prosiding hari ini didengar lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.
Keputusan dibuat dengan majoriti 4-1 iaitu Vernon Ong, Rhodzariah, Nordin dan Abu Bakar menyokong untuk menolak rayuan Najib kerana tidak bermerit.
Vernon Ong ketika membacakan keputusan itu memberitahu, hak bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil tidak dinafikan ketika pendengaran rayuan.
Sebaliknya, katanya, peguam beliau, Datuk Hisyam Teh Po Teik enggan mengemukakan penghujahan lisan walaupun dibenarkan berbuat demikian oleh Tengku Maimun.
Justeru, katanya, Tengku Maimun akhirnya terpaksa menolak rayuan tersebut.
“Sehubungan itu, tiada kesilapan mahkamah ketika pendengaran rayuan Najib dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta oleh panel hakim pada tahun lalu,” katanya di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.
Panel hakim membuat keputusan tersebut selepas mendapati permohonan kebenaran semakan itu adalah lebih menjurus kepada permohonan untuk menyemak merit keputusan panel dalam rayuan akhirnya pada Ogos 2022 itu.
Turut hadir hari ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, diiringi beberapa peguam, yang tiba di Istana Kehakiman kira-kira pukul 8.50 pagi.
Ratusan penyokong yang dilihat menunggu kemunculan Najib sejak pukul 7 pagi, di kedua-dua laluan utama menuju bangunan mahkamah tersebut, sesekali kedengaran melaungkan ‘Bossku’ dan ‘Allahu Akbar’.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.
Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 dan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu.
Sumber – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib
MAJORITI TERKUMPUL 13-1 TERHADAP NAJIB, DI MANA LAGI TIADA KEADILAN?
Ramai penyokong Najib Razak terlihat begitu kecewa serta marah-marah terhadap keputusan semakan kehakiman yang mengekalkan sabitan bersalah yang dijatuhi kepada bekas Perdana Menteri itu.
Semakan kehakiman semalam ditolak dengan keputusan majoriti 4-1 dan ini bermakna Najib akan terus berada di Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun yang diterimanya.
Satu-satunya peluang terakhir yang tinggal untuk Najib dibebaskan awal hanyalah melalui pengampunan oleh Yang Dipertuan Agong.
Tetapi, itu pun tentulah ada prosesnya dan tidak mungkin berlaku dalam waktu yang terdekat ini.
Pelbagai kata dan ungkapan diluahkan untuk menggambarkan kekecewaan itu, termasuk oleh mereka yang bergelar pemimpin dalam UMNO.
Selain menjurus kepada dakwaan Najib tidak diberi perbicaraan yang adil, khususnya dalam isu pertukaran peguam dan permohonan menangguhkan perbicaraan yang ditolak di Mahkamah Persekutuan sebelum ini, terdapat kecenderungan untuk mengaitkan penolakan semakin kehakiman semalam dengan keberadaan UMNO dalam kerajaan, khususnya Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sendiri sekarang sudah berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang.
Mudah kata, secara kesimpulannya mereka mengharapkan Najib sepatutnya dibebaskan atau semakan kehakiman itu memihak kepadanya berikutan UMNO, Zahid Hamidi dan Azalina kini sudah sama-sama berada di anjung kuasa di Putrajaya.
Lantaran itu, bukan saja ucapan Azalina di Majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di WTCKL sebaik Najib dipenjarakan tahun lalu disebarkan semula, turut dipersalahkan kerana Ketua Hakim Negara tidak ditukar dalam keadaan parti itu merupakan komponen penting dalam kerajaan ketika ini.
Maka itu, terpacullah antaranya ungkapan – Kita Suruh Tukar Ketua Hakim Negara, Bukan Tukar Ketua Menteri Melaka.
Nampak jelas di sini bahawa sebahagian ahli UMNO dan penyokong Najib mahu bekas Perdana Menteri itu dibebaskan melalui kuasa politik.
Ini adalah suatu pemikiran yang buruk sebenarnya kerana kalau kuasa politik atau pengaruh politik boleh digunakan bagi tujuan tersebut, ia dengan sendirinya akan merosakkan keadilan itu sendiri.
Bukankah kita sepatutnya sedar bahawa tiga cabang utama negara – Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman – adalah terpisah dalam doktrin pengasingan kuasa sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Dalam kes Najib, gagal dalam semakan kehakiman atau kekal dipenjarakan bukan bermakna keadilan terhadap beliau telah dinafikan.
Hakim yang membuat keputusan dalam perbicaraan atau mendengar perbicaraan hanya bersandarkan kepada bukti, fakta dan keterangan yang dibentangkan di mahkamah.
Mereka tidak dipengaruhi oleh sebarang unsur luar dan sebab itu hakim mempunyai pergaulan yang terhad serta tidak boleh bersidai di merata tempat untuk bersembang dan bergelak ketawa seperti orang lain.
Sandaran mereka dalam membuat keputusan hanya semata-mata kepada bukti dan keterangan yang ditampilkan.
Atas kesalahan beliau yang telah dibuktikan di mahkamah melalui perbicaraan yang bertahun-tahun lamanya, hukuman yang dijatuhkan adalah semata-mata untuk menegakkan keadilan.
Lagi pula, jika kita teliti dan imbas semula perbicaraan kes SRC International itu sejak di peringkat Mahkamah Tinggi lagi, ruang untuk menegakkan keadilan sudah diberi dengan cukup luas kepada pasukan peguam Najib.
Dan akhirnya daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan semakan kehakiman juga di Mahkamah Persekutuan semalam, keputusan terkumpulnya ialah 13-1.
Keputusan itu pula dibuat oleh hakim-hakim yang tergolong dalam kategori manusia yang pandai dan berwibawa belaka sehingga mereka diberi gelaran “Yang Arif”, bukan melalui undian di media sosial.
Kalau dalam bolasepak pun keputusan 13-1 melalui empat perlawanan di padang yang berbeza akan membuatkan orang malu untuk mempertikaikannya, inikan pula keputusan yang sama yang diputuskan oleh mereka “Yang Arif” semuanya. – ShahbudinHusin 01/04/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/04/01.
ANWAR USAH TERGANGGU DENGAN
Di sebalik lawatan ke Arab Saudi yang bermasalah di saat-saat akhir baru-baru ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dipesankan agar tidak terganggu dengan perkara itu.
Seorang ahli UMNO yang juga bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, Anwar sebaliknya mesti fokus menjalankan tugas bagi menyelamatkan negara ini.
Katanya, Anwar tidak perlu menghiraukan pelbagai persepsi yang cuba dimainkan oleh pihak berkepentingan dalam hal berkenaan.
“Saya dapati beliau diterima baik di kalangan rakyat, malah begitu popular di kalangan anak-anak muda.
“Apa yang berlaku di Arab Saudi baru-baru ini tidak harus mengganggu dan menghilangkan fokusnya,” kata beliau.
Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya, Tengku Azlan yang juga bekas Ahli Parlimen Jerantut itu menambah, Anwar adalah pilihan terbaik untuk mengemudi negara pada ketika ini.
Pengerusi PH itu katanya, bukan saja diterima baik oleh masyarakat majmuk di negara ini, bahkan penerimaan di peringkat antarabangsa juga amat membanggakan.
Dengan yang demikian, tegasnya lagi, apa yang harus Anwar lakukan ialah “move on” demi kepentingan rakyat dan juga negara.
Tengku Azlan menambah, apa yang berlaku dalam isu lawatan ke Arab Saudi baru-baru bukanlah kesalahan atau kesilapan di pihak Anwar sehinggga beliau perlu dicemuh dan diperlekehkan.
“Penjelasan Wisma Putra dengan jelas menunjukkan lawatan itu dilakukan dengan cukup teratur dan memenuhi semua protokol diplomatik yang sewajarnya.
“Untuk itu, kita sebagai rakyat seharusnya berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan kerajaan tanpa berbelah bagi,” tegasnya lagi.
Malah, Tengku Azlan yakin, usaha bersungguh-sungguh Anwar memerangi rasuah dan membersihkan negara dengan tata kelola yang bersih adalah agenda yang disukai rakyat. – ShahbudinHusin 31/03/2023
MAT SABU JAWAB SANUSI
1. 'If you panaih, please don't koyak.' sanusi dakwa disekat sertai program kerajaan pusat.
2. berkata mat sabu kepada sanusi: 'if tak pasti, please don’t kongsi.'
kih kih kih!
Pynhabib Rahman
BERTOBAT LAHUMLAH SANUSI
MOHD IKMAL
Kelmarin, Menteri Besar Kedah telah mengeluarkan kenyataan
kononnya beliau bakal tidak dijemput ke event LIMA & event - event rasmi
Kerajaan Pusat.
Dan pada hari semalam, sekali lagi beliau membuat dakwanan yang
lain pula di mana kononnya permohonan beliau untuk menyewa Premis MAEPS untuk
tujuan Iftar telah dibatalkan.
Apa yang mendukacitakan kedua-dua dakwaan ini tidak disertakan
dengan sebarang bukti hitam putih. Dengan kata lain, ia lebih kepada 1 dakwaan
kosong yang bertujuan untuk mendapatkan publisiti murahan.
Sewajarnya, Menteri Besar Kedah membawa segala bukti terhadap
dakwaan - dakwaan yang beliau lemparkan bukannya "panggil wartawan dan
bercakap apa yang dia suka nak cakap."
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, terdapat 2 Menteri
Kabinet iaitu Menteri Komunikasi & Digital Fahmi Fadzil
dan Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu
telah menafikan dakwaan - dakwaan Menteri Besar tersebut.
Besar harapan saya agar Kerajaan dapat menegur dan mengadakan
satu tindakan khas kepada Menteri Besar Kedah yang mempunyai peel suka bergaduh
dengan orang lain.
Moga Menteri Besar Kedah insaf dan lebih cermat dalam kata -
kata beliau selepas ini
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
31 Mac 2023
Kelmarin, Menteri Besar Kedah telah mengeluarkan kenyataan
kononnya beliau bakal tidak dijemput ke event LIMA & event - event rasmi
Kerajaan Pusat.
Dan pada hari semalam, sekali lagi beliau membuat dakwanan yang
lain pula di mana kononnya permohonan beliau untuk menyewa Premis MAEPS untuk
tujuan Iftar telah dibatalkan.
Apa yang mendukacitakan kedua-dua dakwaan ini tidak disertakan
dengan sebarang bukti hitam putih. Dengan kata lain, ia lebih kepada 1 dakwaan
kosong yang bertujuan untuk mendapatkan publisiti murahan.
Sewajarnya, Menteri Besar Kedah membawa segala bukti terhadap
dakwaan - dakwaan yang beliau lemparkan bukannya "panggil wartawan dan
bercakap apa yang dia suka nak cakap."
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, terdapat 2 Menteri
Kabinet iaitu Menteri Komunikasi & Digital Fahmi Fadzil
dan Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu
telah menafikan dakwaan - dakwaan Menteri Besar tersebut.
Besar harapan saya agar Kerajaan dapat menegur dan mengadakan
satu tindakan khas kepada Menteri Besar Kedah yang mempunyai peel suka bergaduh
dengan orang lain.
Moga Menteri Besar Kedah insaf dan lebih cermat dalam kata -
kata beliau selepas ini
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
31 Mac 2023
IKUT LOGIK DAP AKAN MENANG LAGI...PKR DAN UMNO JUGA BOLEH HADAP.PN JANGAN TERLALU YAKIN.
Nak lantik KM Pulau Pinang Melayu kalau menang PRN. Baguslah.
Tapi Gerakan sanggup ke? Bukan ke Pulau Pinang dulu diperintah Gerakan? Jangan
lupa Gerakan kena menang kalau nak jatuhkan DAP di Pulau Pinang.
Tak ada masalah lantik Melayu. Bagus juga. Cuma Melayu yang
bagaimana? Jangan lupa yang Jana Wibawa pun bergayut pada nama Melayu juga.
Tak kira apa bangsa pun, yang penting hati mesti mau baik. Bukan
jenis sakau. Kalau Melayu pun tapi hati busuk, seleweng pulak tu, tak guna
juga.
Di sebuah negeri yang miskin, ketuanya bukan saja Melayu bahkan
digelar ulama lagi. Tapi keperluan asas rakyat terabai. Lebih malang, exco
negeri itu bergaya dengan kereta mewah. Hidup rakyat parah.
Bak kata Tuan Ibharim dulu, pilihanraya ni nak pilih wakil
rakyat, bukan imam solat. Jadi sebenarnya tak timbul soal kaum dan agama ni.
Guane boh?
PM 10 BEKERJA KUAT. TU PUN GANG LEBAI DOK FITNAH LAGI.
Dari Arab Saudi ke KL,
kemudian ke Cambodia. Pulang dari Cambodia terus ke parlimen. Kemudian ke China
pula. Itu pun masih kena fitnah. Ada yang setiap hari di Malaysia, tak ke
mana-mana tapi parlimen pun malas nak datang..pemimpin PAS-PN buat kerja malas ada
hati nak rampas kerajaan macam diorang buat dulu..
Aku boleh faham struggle yang dihadapi oleh pihak pembangkang
waktu ini. Mereka memang sentiasa cari silap dan kelemahan DS Anwar setiap
masa.
Jenis celik mata je, terus tanya "PMX buat silap apa hari
ini?". Niat mereka cuma untuk timbulkan benci di kalangan rakyat supaya,
jika ditakdirkan mereka berjaya tebuk atap, rakyat takkan salahkan mereka dan
akan sokong kejahatan mereka.
Tapi kalau nak tonjolkan kelemahan DS Anwar pun, tak perlu
sampai besarkan segala isu hinggakan hal yang remeh pun mahu dijadikan isu
antarabangsa.
Pergi Arab Saudi tak jumpa pemimpin sana pun nak dijadikan isu.
Tak masuk Kaabah pun nak bising. Sedangkan DS Anwar jumpa pemimpin OIC, hadir
saksikan tandatangan beberapa MoU.
PM berlari nak masuk sidang dewan pun nak ejek. Sedangkan PM
baru balik dari luar negara di hari sebelumnya. Yang gagal hadir sidang dipuja
pula.
Hingga ada timbalan menteri yang tak sedia jawab soalan pun nak
suruh DS Anwar letak jawatan, aku rasa agak keterlaluan dan menggelikan hati.
Memang aku akui PM kena bertanggungjawab jika ada menteri yang
tak perform. Sebab PM yang buat semua lantikan. Tapi dari 50 orang ahli
kabinet, ada satu yang lemah, sedang yang lain mampu jalankan tugas dengan
baik, masih nak hukum PM juga?
Kalau begitu, aku nak ingatkan. Sebelum ini pernah ada Menteri
Kesihatan yang dakwa virus Covid-19 boleh dibunuh hanya dengan meminum air
suam.
Menteri yang sama juga terkeliru antara pandemik Spanish Flu
dengan ubat peransang nafsu wanita Spanish Fly. Bukankah itu lebih memalukan?
Kita juga pernah ada menteri yang curi-curi keluar sewaktu
rakyat dikenakan sekatan. Ada menteri yang pergi ke Makkah jadi janitor di
Masjidil Haram.
Ada banyak lagi kes kalau nak disenaraikan tentang
menteri-menteri komedi waktu PN memerintah dulu. Semua menteri ini lantikan
siapa lagi kalau bukan Mahiaddin.
Jika DS Anwar disuruh letak jawatan cuma kerana seorang timbalan
menteri yang kurang pengalaman gagal, maka Mahiddin langsung tak layak jadi PM
kerana berderet menteri yang dia lantik lebih gagal dalam menjalankan tugas
serta berlagak dungu!
Aku harap MP pembangkang cuba berlaku matang. Usahlah
kebudak-budakan sangat. Berhentilah dari cubaan menebuk atap buat masa sekarang
ini.
Cuba bawa isu yang menguntungkan negara dan membela nasib
rakyat. Ini tidak. Setiap hari kerja mereka hanya untuk burukkan nama PM. Tapi
tiada isu cerdik yang mampu mengangkat nasib rakyat.
Kita semua tahu Mahiaddin dan kabinet lantikannya gagal teruk
masa memerintah. Tapi sedihnya jadi pembangkang pun mereka masih lagi gagal.
Kalau berterusan dengan sifat gila kuasa begini, pasti rakyat
makin lama makin meluat melihatkan perangai mereka. Sebelum terlambat,
berubahlah. Guane boh?
.
PAS YANG DOK KALUT PASAL MELAKA KENAPA? PAS ADA BERAPA KERUSI ?
PAS ada berapa kerusi di DUN Melaka?
Tiada apa yang kartun. Mantan KM dah jelaskan dia berasa penat
dan letih dengan jawatan tersebut. Itu pilihan dia. Kenapa orang lain
pandai-pandai ubah cerita dia kena paksa?
Tak ada soal tebuk atap sebab tak ada Adun yang lompat parti.
Yang tebuk atap macam Sanusi tu. Itu baru betul jadi MB cara luar tabie. PAS
pergi cari isu lain la. Lemah! Guane boh?
PAS DAKWA ADA KETAKUTAN TERHADAP RUU355- SEBENARNYA MEREKA YANG GAGAL MEMBENTANGKANNYA WALAU PERNAH BERKUASA....SEMBANG....
PAS dakwa ada ketakutan terhadap RUU355. Yang ini aku terpaksa
akui. Tapi ketakutan itu sebenarnya dalam PAS sendiri. Sebab itu selama 33
bulan PAS dalam kerajaan, tak sepatah pun RUU ini disebutkan dalam parlimen.
Idris Ahmad kata, tak sempat nak bentang parlimen dah
dibubarkan. Dah selama 33 bulan tu buat apa? Kalau nak kata tak sedia, tak
logik sebab Haji Hadi dah pernah bentangkan sebelum PRU14, walaupun setakat
baca tajuk.
Sebenarnya dalam PN sendiri pun ramai yang takut dengan RUU355
ni. PAS pun tiada kesungguhan nak bawa. PAS sekadar nak rabunkan mata pentaksub
mereka. Sedangkan ini tak lebih hanya propaganda politik. Guane boh?
.
APA YANG KECOH SANGAT
Syed Saddiq dihalang hadiri sesi dialog berkenaan Intern di
UiTM.
Aku tertarik dengan komennya. Katanya, masa di duduk belah
pembangkang, dia dibenarkan berucap di universiti. Tapi bila duduk di belah
kerajaan, dah jadi tak boleh pula.
Pendapat aku, ada tiga kemungkinan.
Pertama, berlaku deep state. Mungkin larangan itu dibuat oleh
pihak yang menyokong PN dalam UiTM bagi menunjukkan kerajaan perpaduan ini
sebagai jahat.
Kedua, atau mungkin pihak UiTM takut dengan tajuk dialog yang
menyentuh soal intern sebagai hamba abdi (aku tak ingat tajuk penuhnya).
Atau ketiga, kenyataan Saddiq sendiri adalah satu sabotaj
terhadap kerajaan. Dia sengaja keluarkan kenyataan begitu untuk menunjukkan
konon masa PN universiti lebih bebas.
Secara peribadi, aku percaya sebab kedua itu lebih masuk akal.
Tapi tak sekali-kali aku sangkal yang lagi dua itu juga berlaku. Guane boh?