Syed Saddiq dihalang hadiri sesi dialog berkenaan Intern di
UiTM.
Aku tertarik dengan komennya. Katanya, masa di duduk belah
pembangkang, dia dibenarkan berucap di universiti. Tapi bila duduk di belah
kerajaan, dah jadi tak boleh pula.
Pendapat aku, ada tiga kemungkinan.
Pertama, berlaku deep state. Mungkin larangan itu dibuat oleh
pihak yang menyokong PN dalam UiTM bagi menunjukkan kerajaan perpaduan ini
sebagai jahat.
Kedua, atau mungkin pihak UiTM takut dengan tajuk dialog yang
menyentuh soal intern sebagai hamba abdi (aku tak ingat tajuk penuhnya).
Atau ketiga, kenyataan Saddiq sendiri adalah satu sabotaj
terhadap kerajaan. Dia sengaja keluarkan kenyataan begitu untuk menunjukkan
konon masa PN universiti lebih bebas.
Secara peribadi, aku percaya sebab kedua itu lebih masuk akal.
Tapi tak sekali-kali aku sangkal yang lagi dua itu juga berlaku. Guane boh?