Dari Arab Saudi ke KL,
kemudian ke Cambodia. Pulang dari Cambodia terus ke parlimen. Kemudian ke China
pula. Itu pun masih kena fitnah. Ada yang setiap hari di Malaysia, tak ke
mana-mana tapi parlimen pun malas nak datang..pemimpin PAS-PN buat kerja malas ada
hati nak rampas kerajaan macam diorang buat dulu..
Aku boleh faham struggle yang dihadapi oleh pihak pembangkang
waktu ini. Mereka memang sentiasa cari silap dan kelemahan DS Anwar setiap
masa.
Jenis celik mata je, terus tanya "PMX buat silap apa hari
ini?". Niat mereka cuma untuk timbulkan benci di kalangan rakyat supaya,
jika ditakdirkan mereka berjaya tebuk atap, rakyat takkan salahkan mereka dan
akan sokong kejahatan mereka.
Tapi kalau nak tonjolkan kelemahan DS Anwar pun, tak perlu
sampai besarkan segala isu hinggakan hal yang remeh pun mahu dijadikan isu
antarabangsa.
Pergi Arab Saudi tak jumpa pemimpin sana pun nak dijadikan isu.
Tak masuk Kaabah pun nak bising. Sedangkan DS Anwar jumpa pemimpin OIC, hadir
saksikan tandatangan beberapa MoU.
PM berlari nak masuk sidang dewan pun nak ejek. Sedangkan PM
baru balik dari luar negara di hari sebelumnya. Yang gagal hadir sidang dipuja
pula.
Hingga ada timbalan menteri yang tak sedia jawab soalan pun nak
suruh DS Anwar letak jawatan, aku rasa agak keterlaluan dan menggelikan hati.
Memang aku akui PM kena bertanggungjawab jika ada menteri yang
tak perform. Sebab PM yang buat semua lantikan. Tapi dari 50 orang ahli
kabinet, ada satu yang lemah, sedang yang lain mampu jalankan tugas dengan
baik, masih nak hukum PM juga?
Kalau begitu, aku nak ingatkan. Sebelum ini pernah ada Menteri
Kesihatan yang dakwa virus Covid-19 boleh dibunuh hanya dengan meminum air
suam.
Menteri yang sama juga terkeliru antara pandemik Spanish Flu
dengan ubat peransang nafsu wanita Spanish Fly. Bukankah itu lebih memalukan?
Kita juga pernah ada menteri yang curi-curi keluar sewaktu
rakyat dikenakan sekatan. Ada menteri yang pergi ke Makkah jadi janitor di
Masjidil Haram.
Ada banyak lagi kes kalau nak disenaraikan tentang
menteri-menteri komedi waktu PN memerintah dulu. Semua menteri ini lantikan
siapa lagi kalau bukan Mahiaddin.
Jika DS Anwar disuruh letak jawatan cuma kerana seorang timbalan
menteri yang kurang pengalaman gagal, maka Mahiddin langsung tak layak jadi PM
kerana berderet menteri yang dia lantik lebih gagal dalam menjalankan tugas
serta berlagak dungu!
Aku harap MP pembangkang cuba berlaku matang. Usahlah
kebudak-budakan sangat. Berhentilah dari cubaan menebuk atap buat masa sekarang
ini.
Cuba bawa isu yang menguntungkan negara dan membela nasib
rakyat. Ini tidak. Setiap hari kerja mereka hanya untuk burukkan nama PM. Tapi
tiada isu cerdik yang mampu mengangkat nasib rakyat.
Kita semua tahu Mahiaddin dan kabinet lantikannya gagal teruk
masa memerintah. Tapi sedihnya jadi pembangkang pun mereka masih lagi gagal.
Kalau berterusan dengan sifat gila kuasa begini, pasti rakyat
makin lama makin meluat melihatkan perangai mereka. Sebelum terlambat,
berubahlah. Guane boh?
.