GAMBAR-GAMBAR- ANWAR DISAMBUT MERIAH RAKYAT MALAYSIA DI MAKKAH











Usai solat sunat Tarawih malam tadi saya bersama Menteri Luar Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor singgah minum malam di restoran D'Saji.

Kami juga sempat beramah mesra bersama para jemaah Malaysia yang berada di sini.

Mendoakan agar ibadah mereka dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur, InshaAllah.

#MalaysiaMADANI

 

Fitnah kereta mewah: Dr Agus akan buat laporan polis









 Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung fitnah kononnya beliau memiliki kereta mewah selepas dilantik ke jawatan sekarang.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung fitnah kononnya beliau memiliki kereta mewah selepas dilantik ke jawatan sekarang.


Menurut satu kenyataan ringkas, Dr Agus telah meminta peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap aktivis Perikatan Nasional (PN) yang telah memfitnahnya.

"Terima kasih atas keprihatinan kawan-kawan tentang tohmahan Chegu Bard terhadap saya.

"Saya tiada komen lanjut.

"Saya telah minta pegawai saya buat laporan polis hari ini dan minta peguam saya ambil tindakan perlu esok.

"Biarlah proses keadilan mengambil tempatnya," katanya.

Beliau tidak mahu fitnah tersebut mengganggu tugasannya dan mahu memacu JKOM menjadi jentera pencerahan fikiran rakyat.

"Saya mahu menumpukan masa untuk menggerakkan aktiviti J-KOM dan merancang hal-hal perlu sesuai dengan tugas yang diamanahkan ke atas bahu saya.


"Doakan saya dan pasukan kami di J-KOM. Semoga kami di bawah lindungan Allah selalu," katanya la


Sebelum ini pemimpin Bersatu Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Chegu Bard memuatnaik gambar kereta Mercedes Dr Agus dan membandingkannya dengan kesukaran hidup orang miskin yang terpaksa mengeluarkan wang KWSP untuk membayar hutang kereta.


Bagaimanapun sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah J-KOM, Hishamuddin Ghazali berkata, gambar kereta Mercedes bernombor AGU 55 adalah milik Dr Agus yang dibeli beliau ketika belum dialntik sebagai Ketua Pengarah J-KOM

PM mulakan usaha kumpul negara Islam lawan Islamophobia

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan usaha mengajak negara Islam menangani pelbagai isu dihadapi umat secara lebih berkesan terutama berkaitan Islamophobia.



Pandangan itu telah disuarakan secara peribadi, ketika beliau menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Persatuan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan delegasinya di Jeddah, Arab Saudi semalam.



"Islamaphobia ialah sikap melampau benci dan anti Islam yang tidak munasabah, tidak siuman kerana dia mengambil sikap yang agak benci kepada semua penganut Islam dan memandang rendah serta menghina agama dan pegangan umat.



"Jadi kita menyatakan harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa (dalam soal ini)," kata Anwar pada sidang media selepas kunjungan hormat itu.



Difahamkan isu Afghanistan, terutama mengenai peluang pendidikan yang terhad dalam kalangan wanita di negara itu turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut.



Anwar juga akan menyentuh supaya lebih banyak usaha dilakukan untuk menyokong perjuangan Palestin.



"Malaysia dan OIC boleh memberikan lebih komitmen untuk membantu Palestin," tambah Anwar.



Untuk rekod, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dalam rangka lawatan rasmi sulung ke negara Asia Barat itu selepas menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10.



Malaysia dan Arab Saudi dijangka akan membincangkan isu sedia ada selain meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu.



Lawatan itu turut diiringi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan delegasi.



"Semoga lawatan ini akan terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara, insya-Allah," kata Anwar dalam hantaran melalui Facebook beliau.

 


DR MASZLEE SEPATUTNYA PIMPIN GLC ATAU KETUAI UNIVERSITI, BUKAN DIBIARKAN KEMBALI KEPADA KARIER LAMA

 


Ketika awal penubuhan kerajaan perpaduan sebelum ini, Dr. Maszlee Malik pernah membayangkan beliau bakal diberikan sesuatu peranan dalam kerajaan.

Ini berikutan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim secara santai memintanya bersiap sedia yang ditafsirkan oleh beliau sebagai gambaran bakal dilantik ke sesuatu jawatan.

Rupanya ia hanyalah salah faham atau salah tanggapan semata-mata.

Iyalah…selepas kalah bertanding di Simpang Renggam dan diminta untuk bersiap-sedia, bukan oleh orang biasa yang bersidai di kaki lima, tetapi daripada mulut seorang Perdana Menteri, bukan saja Dr. Maszlee, siapa pun akan bertanggapan ia merupakan gambaran ada berita baik bakal diterima.

Agaknya, setelah begitu lama menanti dan menanti, namun masih tiada apa-apa khabar berita, Dr. Maszlee akhirnya memutuskan untuk kembali menjadi pensyarah di sebuah universiti swasta di Cyberjaya.

Menurutnya, beliau akan memberi syarahan topik terpilih dalam bidang kemanusiaan dan berkaitan pendidikan di universiti berkenaan.

Menjadi pensyarah, guru atau pendidik adalah kerja mula yang membawa banyak limpahan pahala, tetapi dalam kes Dr. Maszlee, kembalinya beliau menjadi pensyarah biasa adalah sebuah cerita duka sebenarnya.

Beliau sebelum ini adalah pensyarah di UIA sebelum berhenti untuk bertanding pada PRU14 di kerusi Parlimen Simpang Renggam, Johor.

Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan sempat berkhidmat selama lebih kurang 20 bulan sebelum diminta memulangkan jawatannya oleh Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu.

Ertinya, Dr. Maszlee meletak jawatan sebagai pensyarah dulu adalah untuk menjadi ahli politik sepenuh masa dan pencapaian sehingga menjadi menteri boleh dikira membanggakan.

Kenapa sekarang, dalam usianya yang dikira masih muda, berjawatan Ahli MPP PKR di peringkat pusat dan tentunya masih bernafsu dalam dunia politik, beliau dibiarkan kembali bekerja menjadi pensyarah biasa?

Tidakkah kembalinya beliau kepada jawatan lama sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta adalah gambaran kerana tiada pilihan atau peranan lain sudi diberikan kepadanya?

Tidak bolehkah dalam keadaan partinya sendiri, PKR adalah tunjang kerajaan dan Anwar sebagai Perdana Menteri, Dr. Maszlee didorong dengan diberikan jawatan yang bersesuaian agar boleh kembali bertanding semula merampas kerusi Simpang Renggam pada PRU16 akan datang?

Ataukah pengenepian ini sebuah isyarat, atas nama kerajaan perpaduan, kerusi Simpang Renggam yang kini dimenangi UMNO, akan terus menjadi milik parti itu untuk ditandingi?

Dengan berpengalaman sebagai bekas menteri, pernah menjadi Ahli Parlimen dan masih sebagai ahli MPP parti di peringkat, Dr. Maszlee sepatutnya dilantik mengetuai GLC atau sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola mana-mana universiti sebagai pengiktirafan kepada kewibawan dan pengalamannya itu.

Bukankah banyak agensi dan GLC yang berkaitan pendidikan yang sesuai diterajui beliau?

Kenapa Anwar dan kerajaan mensia-siakan manusia berkualiti seperti Dr. Maszlee ini?

Kalau alasan kalah PRU15 sebagai sebab tidak diberikan jawatan, peliknya ada pula pemimpin lain yang kalah pilihan raya dan kalah juga pemilihan parti, namun dilantik pula sebagai menteri dan timbalan menteri?

Yang kalah pilihan raya dan tiada jawatan penting dalam parti, malah tidak pun bertanding, ada pula yang tiba-tiba dilantik mengetuai GLC atau diberikan jawatan Senator.

Istimewa sangatkah semua mereka itu berbanding Dr. Maszlee?

Di mata umum dan pada pandangan ahli parti, nasib yang menimpa Dr. Maszlee ini adalah tanda kegagalan – kalau pun bukan kebebalan – sebuah kerajaan yang memiliki kuasa melimpah ruah dalam tangan.

Akan timbul pertanyaan, macam mana kerajaan ini mahu diyakini dalam membela rakyat kalau pemimpin parti sendiri yang berkualiti pun disia-siakan dan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya?

Yang lain-lain yang masih menunggu jawatan, apakah masih mahu menunggu lagi? – ShahbudinHusin 22/03/2023.



KALAU TAK MAHU UNDI MELAYU PECAH, SEBAIKNYA BUBAR SAJA PEJUANG

 Susulan ditolak permohonan untuk menyertai PN tanpa diberi sebarang alasan, Pejuang lantas menzahirkan kekecewaan yang amat sangat atas tindakan tersebut.

Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah berkata, adalah amat mendukacitakan bahawa iltizam dan matlamat parti itu untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan PN.

Sehubungan itu, Pejuang memaklumkan pihaknya akan terus menggerakkan jentera untuk bersiap sedia menghadapi PRN akan datang ini.

Soalnya siapa yang memecahkan undi Melayu dan sejauh mana kekuatan Pejuang yang hilang deposit semua kerusi ditandinginya pada PRU15 lalu pada ketika ini?

Kenapa Pejuang masih mahu bertanding dan mahu menggerakkan jentera bagi menghadapi PRN sedangkan dengan hilang deposit semua kerusi itu adalah petunjuk paling konkrit ia sebuah parti yang sangat lemah?

Jika benar Pejuang tidak mahu undi Melayu berpecah, tidak sudah menyelesaikannya kerana langkah terbaik ialah ia tidak bertanding sama sekali pada PRN akan datang ini.

Lebih terbaik, malah paling terpuji sekali jika Pejuang dengan kadar segera membubarkan terus parti itu.

Pejuang harus sedar, kekalahan yang teruk dialaminya pada PRU15 lalu adalah petanda ia tidak diterima dan ditolak sama sekali oleh pengundi Melayu.

Hanya dengan Pejuang tidak bertanding atau membubarkan partinya dan seterusnya sekelumit kecil orang Melayu yang ada dalam parti itu, termasuk pimpinan utamanya menyertai parti Melayu lain yang lebih besar dan diterima rakyat, maka dengan sendirinya undi Melayu tidak berpecah lagi.

Selagi Pejuang ada dan terus bertanding, berdasarkan keadaannya sekarang, ia akan tetap kalah dan hilang deposit lagi.

Kalau ketika Tun Mahathir Mohamad masih ada bersama Pejuang pun ia hilang deposit semua kerusi, sudah tentulah setelah beliau keluar parti dan kini hanya dipimpin oleh anaknya, Mukhriz bersama mereka yang tiada pengaruh, kekalahan yang bakal diterima akan lebih buruk lagi.

Jadi, eloklah sedar diri sebelum tersemban buat kali kedua.

Sebenarnya, dalam hal ditolak menyertai PN ini, Pejuang tidak perlu menyalahkan PN kononnya tidak bersama dengan matlamat mahu menyatukan undi Melayu.

Sebaliknya, Pejuang harus melihat cermin terlebih dahulu.

Semua orang tahu, hasrat Pejuang menyertai PN, tujuannya tidak lain ialah untuk memastikan empat kerusi DUN yang sekarang dimilikinya – dua di Kedah dan dua di Selangor – dapat terus dipertahankan melalui naungan mana-mana gabungan tersebut.

Tetapi, dengan hilang deposit semua kerusi pada PRU15 lalu, ia dengan sendirinya memberi gambaran Pejuang tiada kekuatan dan empat kerusi itu, jika PN bertanding dalam kedudukan sekarang, mereka sendiri boleh memenanginya.

Daripada diserahkan kembali kepada Pejuang untuk bertanding, lebih baik PN saja yang bertanding atas kekuatan mereka sendiri.

Bak kata pepatah – kalau boleh sakau sorang-sorang, buat apa nak berkongsi dengan orang lain?

Itu saja sebabnya PN tidak mahu menerima Pejuang, malah tidak perlu memberi apa-apa alasan.

Pejuang sepatutnya faham-faham sendirilah hal mudah seperti ini.

Sepatutnya, sebelum memohon menyertai PN untuk bernaung, Pejuang mesti membuktikan kekuatan mereka terlebih dahulu dan menyerlahkan ia sebuah parti mereka benar-benar ada nilai tambah.

Ini tidak, sudahlah tiada nilai tambah, datang pula hanya untuk menambah masalah dan tak pasal-pasal PN kena susun semula pembahagian kerusinya.

Mudah kata, kelemahan paling awal dalam hal ini ialah bila Pejuang sendiri memohon menyertai PN tanpa memperkuatkan partinya terlebih dahulu, bahkan mengharapkan PN untuk memberi kekuatan tambahan kepada mereka. – ShahbudinHusin 22/03/2023.



MAHATHIR MUDAH LUPA




Tak pernah halang demonstrasi?

Saksi hidup ramai. Mangsa kezaliman Mahathir tak lupa rasa dimandikan air kimia dan disembur gas pemedih mata.

Ramai yang ditahan di bawah ISA dan dicuci otak mereka. Aku pun ada beberapa kawan yang hilang secara tiba-tiba..

Ooh... Itu kerja polis. Bukan PM yang suruh. Sudah la nyang oi. Dalam sejarah Malaysia, tiada makhluk sekejam Mahathir.

Aku yakin Proklamasi tu dia sendiri yang batalkan. Sengaja dia buat supaya boleh tuduh DS Anwar zalim. Guane boh?

Raja Gelap

.

PAS CUBA KAITKAN SESUATU ISU DENGAN CEPAT -MALAYSIA MADANI

 

Pusat hiburan Privacy Club yang anjurkan Thai Hot Guy tidak mempunyai lesen. Dari pemeriksaan awal pihak DBKL, premis itu dilesenkan sebagai sebuah restoran kepada Beijing 9 Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, lesen restoran itu telah tamat pada 4 Februari 2021. Jadi persembahan Thai Hot Guy itu adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa. Namun begitu ada pihak cepat ambil kesempatan.

PAS seperti biasa lekas politikkan isu ini. Dan tanpa segan silu PAS mengaitkan dengan Madani. Entah kenapa PAS benci dengan usaha kerajaan ini untuk membentuk pembangunan yang berciri Islam.

Tapi yang aku suka nak sentuh, puak ni, sekiranya ada acara atau program berbentuk keislaman yang dijalankan oleh kerajaan, mereka akan perlekeh atau paling tidak, mereka pendamkan.

Tapi bila ada acara tak senonoh, walaupun dianjur oleh pihak swasta, yang tak kena mengena dengan kerajaan pun, lekas mereka menuding kepada pihak kerajaan. Malah yang lulus waktu dia memerintah pun dia salahkan kerajaan yang ada juga.

Jadi aku nak tanyalah. Bila ada mudir sekolah tahfiz yang meliwat anak murid di Kelantan, adakah boleh salahkan kerajaan negeri? Jika banyak kes dadah, adakah salah kerajaan negeri juga?

Boleh nampak jelas sifat PAS. Bila berlaku perkara mungkar atau masalah sosial, lebai PAS tak pernah pun fikir nak selesaikan. Sebaliknya mereka akan tunggang isu itu untuk laba politik.

Tetapi kalau berlaku di negeri yang mereka tadbir, pandai pula mereka kata tak ada kena mengena dengan kerajaan negeri.

Begitulah sifat mereka. Bukanlah amr ma'ruf nahi mungkar sangat pun. Mereka sekadar berpolitik je. Islam bukan lagi perjuangan mereka. Sebaliknya Islam kini hanyalah instrumen untuk mereka meraih sokongan. Guane boh?

Raja Gelap

 

APA HUKUM LAWAN AL-QURAN? HADI SUDAH MULA PERJUANGKAN KEMBALI "BUDAYA TAKFIRI"




Alquran adalah Kalamullah. Alquran itu kitab suci kepada umat Islam. Menentang Alquran atau melawannya, jelas kafir hukumnya. Itu hukum " Qatie".

Hadi meletakkan tajuk dan gambar ini di dalam page beliau. Tidak perlu dibaca apa yang Hadi huraikan, tajuk dan poster itu saja sudah cukup untuk membuktikan niat jahat Hadi Awang. Apabila meletakkan tajuk "PKR Lawan Alquran", ini menunjukkan Hadi telah mengkapirkan PKR, tentulah beliau merujuk kepada semua ahli2 PKR yang berugama Islam adalah kapir kerana lawan Akquran.

Budaya takfiri yang cuba diperkenalkan semula olah Hadi Awang ini jika dibiarkan, kita bimbang peristiwa tahun 80-an dulu bakal terjadi. Solat dua imam, sembelihan selain dari ahli Pas tidak sah, cerai berai kerana tidak sehaluan parti, nikah yang diwalikan oleh selain dari ahli Pas tidak sah dan macam2 lagi fahaman sesat waktu itu bakal berulang. Jangan lupa, tragedi Memali adalah berpunca dari "fatwa atau amanat" Hadi di mana mereka percaya bahawa menentang kerajaan umno/Bn waktu itu adalah jihad dan jika mati menentang kerajaan umno/Bn adalah mati syahid. Ini adalah kerana Umno/Bn menjunjung Perlembagaan kafir, perlembagaan penjajah. Ketika pertempuran 'jihad' di antara penyokong2 fatwa sesat Hadi itu dengan pihak keselamatan di Memali berlaku, Hadi mungkin sedang main telo di Rusila. Dia biarkan ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya bertempur sedangkan dia dok berkepit dengan bini2nya. Akhirnya, mereka yang yakin dengan amanat sesat Hadi itu mati tanpa dimandikan, dikapankan dan disolatkan. Akhirnya semua tahu, pimpinan parti lebai ini juga akhirnya angkat sumpah "mempertahan dan melindungi perlembagaan negara hanya kerana mahu jadi Menteri. Perlembagaan tidak kafir rupanya Apa status mereka di Memali? Wallahu Aklam.

Kita tiada pilihan lain, selain dari berjihad menentang fahaman sesat Hadi anak Awang ini. Jangan izinkan hatta setitik darah umat Islam di negara ini menitik ke bumi akibat ajaran ulamak Su' tersebut. Jika pihak berkuasa dalam kerajaan perpaduan ini masih segan2 untuk menyekat fahaman Hadi ini, kami rakyat marhaen sanggup berhadapan dengan Hadi anak Awang kaki ponteng parlimen tersebut.

WFAUZDIN NS

 

OOOOO..OK FAHAM FAHAM....

 


Bukan saja Leburaya rakyat lewat dan gagal disiapkan kjaan PAS Kelantan, Pembesaran Lapangan Terbang Pengkalan Chepa juga mengalami situasi serupa, malah lagi teruk kerana sepatutnya telah mencapai 48 peratus tapi baru capai 18 peratus..

ALASAN ??

KURANG TENAGA MAHIR..

 

CUBA SIASAT DAN LIHAT-ADA KEBOCORAN ATAU TIDAK .

 

Buat makluman kpd Kerajaan Malaysia, ya kita beri RM50 juta ke Terengganu, RM50 juta ke Kelantan, RM50 juta ke Johor akibat banjir tempoh hari.

Buat makluman kerajaan, di Johor alami banjir kemarin ada rakyatnya yg berpindah ke PPS dah terima duit bantuan bencana. Ada yg dh dapat awal, ada juga yg masih belum menerima.

Pada situasi lain, kami menerima beberapa maklumbalas yang terkait kepada Kelantan.

Persoalannya, mengapa mangsa banjir di Johor baru2 ini dh terima bantuan...tapi hat Kelantan banjir yg dh selesai lebih lama dr Johor masih lagi rakyatnya tidak dapat wang bantuan banjir ?

Apakah mungkin duit yg seharusnya dh di beri oleh Kerajaan pusat sampai ke tok wakil, kemudian nama mangsa banjir yg berdaftar di tolak dgn alasan banjir tak kena rumahnya ?

Minta Kerajaan Malaysia siasat hal ni.

Masih ada mangsa banjir Kelantan tak terima.

 

GINO MARVELA


NAIKKKAN GAJI EXCO BAGAI- BELI MERCEDES BAGAI BOLEH YA...UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT...YELLEK




MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


"Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaan, namun tanpa hutang... kita berhutang sebanyak RM60 juta.

Kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang, katanya."

Kalau dah hutang, bayarlah, kenapa nak suruh kerajaan pusat pula yang tolong bayar. Inilah dia kehebatan kepimpinan fulamak. Sebab itu air karat tak boleh settle, tapi ada hati nak anjur SUKMA walapun fasiliti masih belum siap sepenuhnya.

 

BINCANG BAB MELAYU BOLEH- HASUT TAK BOLEH.




Mudahnya begini. Jika ada sesiapa yang mainkan isu kaum dan agama, maka orang itu berada dalam keadaan terdesak. Mereka tiada lagi peluru untuk menembak pihak yang mereka anggap musuh.

Tidak ada larangan untuk orang Melayu berbincang masalah mereka. Bukan sahaja orang Melayu, apa sahaja kaum berhak untuk memperkata tentang masalah yang membelenggu kaum mereka.

Tapi yang tidak boleh adalah menghasut kebencian antara kaum contohnya dengan menuduh kaum lain sebagai punca kemunduran kaum sendiri. Ataupun mengungkit konon hak kaum mereka dirampas oleh kaum lain.

Dalam isu yang dibangkitkan Mahathir ini, tidak ada satu bukti pun kerajaan menghalang perhimpunan itu. Malah kalau nak kata mereka cuma acah-acah anjur program itu dan kemudiannya batalkan sendiri demi nak menyalahkan kerajaan pun ada logiknya.

Setakat beberapa bulan ini DS Anwar amat menitik beratkan nasib rakyat termiskin. Petani miskin dan golongan B40 serta miskin tegar. Banyak bantuan dan insentif yang dibuat untuk golongan tersebut.

Siapa majoriti petani miskin? Siapa majoriti B40? Siapa lagi kalau bukan Melayu. Kalau DS Anwar tak pedulikan nasib Melayu, nak buat apa susah payah beliau rencanakan usaha basmi kemiskinan?

Boleh sahaja DS Anwar buat program untuk bantu kontraktor dengan nama Melayu, yang kemudiannya beliau boleh minta komisen untuk dimasukkan ke dalam akaun parti. Tapi tak. Itu bukan cara beliau.

DS Anwar nak basmi kemiskinan yang telah sekian lama membelenggu kaum Melayu, tanpa ketepikan kaum lain yang juga termasuk dalam golongan itu. Walaupun usahanya tidak memberikannya dana.

Mungkin itu yang Mahathir marahkan. Sebab DS hanya utamakan orang miskin. Manakala yang kaya pula dikenakan lebih cukai. Jadi Mahathir marah kerana itu akan menjejaskan kekayaan kroninya.

Sebab kalau Mahathir betul fikirkan nasib Melayu dan rakyat miskin, nescaya Mahathir akan hargai usaha yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan perpaduan ini. Guane boh?

Raja Gelap

.