Alquran adalah Kalamullah. Alquran itu kitab suci kepada umat
Islam. Menentang Alquran atau melawannya, jelas kafir hukumnya. Itu hukum
" Qatie".
Hadi meletakkan tajuk dan gambar ini di dalam page beliau. Tidak
perlu dibaca apa yang Hadi huraikan, tajuk dan poster itu saja sudah cukup
untuk membuktikan niat jahat Hadi Awang. Apabila meletakkan tajuk "PKR Lawan
Alquran", ini menunjukkan Hadi telah mengkapirkan PKR, tentulah beliau
merujuk kepada semua ahli2 PKR yang berugama Islam adalah kapir kerana lawan
Akquran.
Budaya takfiri yang cuba diperkenalkan semula olah Hadi Awang
ini jika dibiarkan, kita bimbang peristiwa tahun 80-an dulu bakal terjadi.
Solat dua imam, sembelihan selain dari ahli Pas tidak sah, cerai berai kerana
tidak sehaluan parti, nikah yang diwalikan oleh selain dari ahli Pas tidak sah
dan macam2 lagi fahaman sesat waktu itu bakal berulang. Jangan lupa, tragedi
Memali adalah berpunca dari "fatwa atau amanat" Hadi di mana mereka
percaya bahawa menentang kerajaan umno/Bn waktu itu adalah jihad dan jika mati
menentang kerajaan umno/Bn adalah mati syahid. Ini adalah kerana Umno/Bn menjunjung
Perlembagaan kafir, perlembagaan penjajah. Ketika pertempuran 'jihad' di antara
penyokong2 fatwa sesat Hadi itu dengan pihak keselamatan di Memali berlaku,
Hadi mungkin sedang main telo di Rusila. Dia biarkan ustaz Ibrahim Libya dan
para pengikutnya bertempur sedangkan dia dok berkepit dengan bini2nya.
Akhirnya, mereka yang yakin dengan amanat sesat Hadi itu mati tanpa dimandikan,
dikapankan dan disolatkan. Akhirnya semua tahu, pimpinan parti lebai ini juga
akhirnya angkat sumpah "mempertahan dan melindungi perlembagaan negara
hanya kerana mahu jadi Menteri. Perlembagaan tidak kafir rupanya Apa status
mereka di Memali? Wallahu Aklam.
Kita tiada pilihan lain, selain dari berjihad menentang fahaman
sesat Hadi anak Awang ini. Jangan izinkan hatta setitik darah umat Islam di
negara ini menitik ke bumi akibat ajaran ulamak Su' tersebut. Jika pihak
berkuasa dalam kerajaan perpaduan ini masih segan2 untuk menyekat fahaman Hadi
ini, kami rakyat marhaen sanggup berhadapan dengan Hadi anak Awang kaki ponteng
parlimen tersebut.
WFAUZDIN NS