Rakaman video, audio suara Abdul Hadi antara dikemukakan
PROPAGANDA PN TERHADAP ZAHID HAMIDI DAN TEAMNYA
Kemenangan kumpulan pro-Zahid ini adalah satu indikasi bahawa
dakwaan akar umbi UMNO tolak kerjasama dalam kerajaan perpaduan adalah satu
propaganda palsu PN.
Ini juga menunjukkan yang akar umbi UMNO tidak mahu parti mereka
bekerjasama dengan PAS dan PN. Ahli UMNO sedar bahawa Bersatu dan PAS akan
lebih memudaratkan mereka.
Melihat keputusan pemilihan UMNO ini, ada rasa ada peluang untuk
menjatuhkan pentadbiran PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam PRN akan
datang ini nanti.
Jika pengundi UMNO kembali mengundi parti itu, dengan undi
penyokong PH dan ditambah protes dari rakyat yang lama menderita, kedudukan PAS
sudah tidak selamat.
Bak kata orang tua-tua, yang dikejar tak dapat, yang dikendong
keciciran. Kejarkan Selangor dan Negeri Sembilan, rupanya hilang Kelantan,
Terengganu dan Kedah. Guane boh?
JOM BINCANG TEBUK ATAP
W/FAUDZIN
Bila dipanggil ke mahkamah,terkemut-kemut berpapah-
papah silebaimarang.Kalau dipanggil utk bincang kerja tebuk
atap,macam pelesit datang
PUASA MENJELANG- DAH BOLEH SOLAT TARAWEH BERJEMAAH- ISLAM DAH TAK TERANCAM
Nak puasa dah kita tak berapa hari lagi. InsyaAllah tahun ini
kita boleh berpuasa dan penuhi puasa kita dengan ibadah tanpa rasa takut dan
bimbang lagi seperti zaman PN memerintah di mana Mahiaddin jadi PM dahulu.
Nak solat terawih berjemaah, silakan. Nak berbuka bersama,
silakan. Nak balik kampung pun silakan. Dulu masa Mahiaddin PM, solat terawih
berjemaah pun sampai kena tutup lampu takut kena saman. Jadi kerja polis
mengendap di surau dan masjid.
Macam gambar bawah ni ha... Orang solat sunat Aidiladha pun kena
tangkap dan kena lokap. Begini baru boleh kata Islam terancam. Tapi sekarang ni
Alhamdulillah. Islam tak lagi terancam di bawah pentadbiran DS Anwar. Guane
boh?
Dialog Perdana Menteri bersama anak muda
TIDAK RASMI: WAN ROSDY, KHALED DAN JOHARI MENANG NAIB PRESIDEN UMNO
Keputusan persaingan merebut tiga jawatan naib presiden Umno bagi penggal 2023-2026 masih belum muktamad pagi ini, dengan Wan Rosdy Wan Ismail mendahului.
Menurut paparan keputusan tidak rasmi terbaru di Facebook Umno Online setakat 9.30 pagi, Wan Rosdy memperoleh 116 undi.
Ini diikuti Ketua Umno Johor Khaled Nordin yang memperoleh 104 undi dan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani dengan 96 undi. Azalina Othman Said mengekori rapat di belakang dengan 63 undi.
Khaled adalah salah seorang daripada dua naib presiden yang bertanding untuk mempertahankan jawatan. Seorang lagi penyandang naib presiden, Mahdzir Khalid, hanya memperoleh 30 undi setakat pagi ini.
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan naib presiden sebagai tanda protes terhadap usul parti tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya pada pemilihan.
Calon lain bertanding untuk jawatan itu termasuk bekas Ahli Parlimen Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican; Ahli Parlimen Simpang Renggam Hasni Mohammad; serta ahli bahagian Iskandar Puteri Yusof Musa.
Dalam persaingan merebut 25 kerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT), dua menteri dan tiga timbalan menteri antara yang mendahului.
Mereka terdiri daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad.
Shamsul mendahului saingan dengan 134 undi, diikuti dekat oleh Zambry (131).
Calon lain termasuk Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin; ahli MKT Puad Zarkashi; bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said; bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim; bekas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub; bekas Ahli Parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan; serta Lokman Noor Adam.
Maklumat tambahan – senarai pemenang tidak rasmi adalah seperti berikut:
PENGERUSI TETAP
1. Tan Sri Haji Badruddin bin Amiruldin
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Datuk Seri Abdul Fattah bin Abdullah
NAIB PRESIDEN
1. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail
2. Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin
3. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI
1. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar bin Nasarah
2. Dato’ Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir
3. Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
4. Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan
5. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Haji Radin
6. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub
7. Datuk Seri Abdul Azeez bin Abdul Rahim
8. Dato’ Haji Azian bin Osman
9. Dato’ Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin
10. Dato’ Dr Ir Shaik Hussein bin Mydin
11. Datuk Haji Mohd Razlan bin Muhammad Rafii
12. Dato’ Seri Dr Md Alwi bin Che Ahmad
13. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
14. Dato’ Sri Mohd Sharkar bin Shamsudin
15. Datuk Zahida binti Zarik Khan
16. Datuk Dr Mohd Puad bin Zarkashi
17. Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz
18. Isham Jalil
19. Dato’ Seri Dr Ahmad bin Said
20. Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom
21. Datuk Seri Panglima Abdul Rahman bin Dahlan
22. Dato’ Lokman Noor Adam
23. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman
24. Dato’ Suraya binti Yaacob
25. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Alias
Sebanyak 189 bahagian berhak mengundi pada pemilihan parti kali ini.
Sumber – FMT
PRN: Amirudin yakin PH mampu kekal di tiga negeri
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama
lagi, Menteri Besar Selangor menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (PH)
akan mampu mempertahankan penguasaan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau
Pinang.
Bercakap dihadapan kira-kira 4,000 perwakilan pada Kongres
Nasional Khas KEADILAN di Shah Alam semalam, Datuk Seri Amirudin Shari berkata
beliau turut menjangkakan gabungan itu bakal memperoleh majoriti selesa di tiga
negeri berkenaan.
"PH juga tidak mustahil menawan Kedah, Kelantan dan
Terengganu (ditadbir PN) sekiranya semua pihak membantu memberi penerangan
lengkap ke peringkat akar umbi," katanya yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Susulan perubahan lanskap politik negara selepas Pilihan Raya Umum
(PRU) lalu, PH yang ditunjangi KEADILAN, Amanah, DAP dan UPKO menjalin
kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan blok politik lain termasuk dari
Sabah dan Sarawak.
Bagi menghadapi PRN di 6 buah negeri tidak lama lagi, perbincangan
kerusi membabitkan PH dan BN sedang berlangsung dan dijangka selesai sebelum pembubaran
DUN di semua negeri terbabit diumumkan.
Selain Amirudin, Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli turut
menegaskan PN tidak mampu menawan negeri pimpinan gabungan PH pada pilihanraya
akan datang.
Jelasnya, meskipun terdapat perubahan sokongan dalam kalangan
rakyat, namun ia tidak dilihat ketara di negeri seperti Pulau Pinang, Negeri
Sembilan dan Selangor.
Sementara itu, Amirudin dalam penggulungan juga menegaskan PH
perlu memberi penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru dengan pendekatan
pembangkang yang dakwanya memperalatkan Islam dan membawa politik kebencian.
"Lawan kita telah ambil langkah nasionalisme yang sesat
dengan membawa pendekatan tersebut. Mereka ini sama seperti Donald Trump
(mantan presiden Amerika Syarikat), bawa politik kebencian kepada imigran.
"Ada yang kata ini gelombang hijau, gelombang Islam tetapi ia
hanya gelombang fasis yang tidak sesuai dengan negara kita. Kita angkat Madani
kerana ia merangkumi semua," kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.
SKMM laksana tindakan tegas pihak main isu perkauman, agama, raja
Tindakan tegas akan dikenakan kepada sesiapa yang membangkitkan
isu perkauman ke tahap yang mengganggu ketenteraman awam.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata demikian mengingatkan orang ramai untuk
tidak memuatnaik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur
kebencian membabitkan elemen perkauman, agama dan Institusi Diraja (3R - Race,
Religion, Royality) di mana mana media.
Katanya, hal itu susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R
yang berlaku sejak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan
ketenteraman awam dan keharmonian negara.
"Ucapan berbaur kebencian merujuk kepada kata kata ucapan
atau gambar yang menuduh, merendah rendahkan nilai seseorang individu atas
faktor perkauman, etnik, agama mahupun kewarganegaraan
"Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung
penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan
unsur 3R," katanya dalam kenyataan hari ini
Tambah Salim, sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik
dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta komunikasi dan
Mutimedia 1998, yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000
atau penjara setahun atau kedua duanya sekali
"Tindakan penguatkuasaan bersama pihak polis akan diambil
terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang undang sedia ada demi
melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.
"Pentadbir portal portal berita dalam talian, media sosial
dan aplikasi permesejan digesa menggunakan kuasa editorial mereka untuk
mengurus komen komen daripada netizen di platform mereka
"Juga pihak penyedia platform media sosial ini diminta untuk
lebih bertanggungjawab dalam menurunkan kandungan berbaur provokatif dan
berbahaya apabila dikesan," katanya lagi.
Salim juga menggesa sesiapa yang terjumpa kandungan berbaur
hasutan, provokasi agama, Institusi Diraja dan perkauman tersebut agar segera
melaporkan kepada SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my; talian aduan
1800-188-030; WhatsApp 0162206262 atau emel ke aduanskmm@mcmc.gov.my.
MENGATA KE SIAPA MUNG NIH ?
Hadi mengata siapa sebenarnya ni?
Tuduhan terhadap Mahiaddin telah melalui proses siasatan oleh
SPRM. Bukan kita main tuduh. Semua yang didakwa telah dipanggil oleh SPRM
sebelum pertuduhan dibuat.
Yang menuduh tanpa proses siasatan itu selalunya PAS. Hadi
sendiri selalu tuduh orang sesat, kafir, fasiq, munafiq dan sebagainya. Yang
selalu kalah fitnah pun pemimpin PAS.
Malah lebih teruk lagi, sudahlah tak buat siasatan, diberikan
penjelasan pun enggan terima. Tuduhan macam LGBT, liberal serta mengaitkan DAP
dengan komunis, semua itu tuduhan liar tanpa bukti.
Jadinya yang Hadi maksudkan pesta kezaliman itu dilakukan oleh
Hadi serta pemimpin PAS dan PN yang lainnya. Baguslah kalau dah sedar. Cepatlah
bertaubat. Guane boh?
LAPORAN INI ADALAH SAT FITNAH..DIA TAK SEDAR GAMAKNYA
Ketua Penerangan Bersatu membuat laporan polis terhadap DS Anwar
dan Zahid Hamidi atas tuduhan cuba melumpuhkan kepimpinan PN dan Bersatu. Ini
termasuk bekukan akaun Bersatu dan mengheret pemimpin Bersatu ke Mahkamah.
Sama ada dia sedar atau tidak, laporan ini sendiri adalah satu
fitnah terhadap DS Anwar. SPRM dan AGC telah keluarkan kenyataan yang tiada
tekanan diberikan ke atas mereka dalam urusan mendakwa pemimpin Bersatu. Baca
di https://bit.ly/40jR374.
Selalu yang disebut tentang jumlah wang terlibat. Konon mulanya
RM600 bilion kemudian turun ke RM530 hinggalah RM300 juta. Sebenarnya begini.
RM600 bilion itu adalah jumlah yang Mahiaddin sendiri sebut.
Kononnya pentadbirannya dahulu berbelanja besar untuk bantu rakyat. Tapi
didapati sebenarnya hanya RM530 bilion sahaja peruntukan untuk perbelanjaan
waktu itu.
Kemudian dari jumlah tersebut, didapati kerajaan hanya keluarkan
RM92.5 bilion. Selebihnya adalah duit rakyat sendiri dalam bentuk moratorium
dan KWSP. Jadi Mahiaddin sebenarnya tipu rakyat. Dia tak sediakan bajet besar
untuk tolong rakyat pun.
Kemudian siasatan SPRM mendapati ada unsur rasuah di mana projek
diberikan kepada kontraktor tertentu dan sebagai balasannya sejumlah wang
dimasukkan ke akaun Bersatu dalam nilai 5 ke 10% iaitu lebih kurang RM 4.5
bilion.
Jumlah 5% ini yang diperolehi dari pengakuan wakil syarikat yang
ditahan. Bukan rekaan. Tapi kemudian siasatan SPRM lanjut mendapati sejumlah
RM300 juta masuk ke akaun Bersatu.
Jadi begitulah ceritanya. Jumlah tak pernah turun ataupun
berubah. Jumlahnya konsisten. Tapi yang nyata, Mahiaddin yang menipu. Cakap
hebat konon belanja banyak sampai RM600 bilion. Rupanya tak sampai pun. Lebih
pedih, rupanya cuma RM92.5 bilion sahaja yang kerajaan belanja. Yang banyak
duit rakyat sendiri. Besar punya penipu.
Dorang ni buat laporan polis ni sebenarnya bukan apa. Dorang
tahu tiada siasatan pun perlu dibuat kerana jelas tindakan SPRM dan AGC
berdasarkan bukti dan data yang diperolehi. Tiada tekanan pun.
Tapi itu yang mereka nak. Bila tiada siasatan, jadi mereka akan
buat cerita kononnya terbukti semua ini pendakwaan terpilih kerana DS Anwar tak
kena siasat walaupun berpuluh laporan polis dibuat. Jadi mana-mana rakyat yang
tak cerdik akan dapat mereka tipu. Guane boh?
NEGARA HUKUM DAN KETEGASAN PEMERINTAH MEMBANTERAS RASUAH
1.Empat bulan memerintah, Kerajaan Perpaduan akan bela nasib rakyat, tidak akan berkompromi soal negara hukum, rasuah
2. Hak dan kedudukan Melayu serta Bumiputera lebih selamat di bawah Kerajaan Perpaduan
3.Kerajaan
Perpaduan akan terus kukuh dan kekal dalam tempoh lima tahun ini
4. Presiden PKR
Anwar Ibrahim zahir penghargaan kepada DAP kekal sebagai ‘sahabat setia' hingga
sekarang
— PM Anwar
NAK TANAM SAYUR .INI DIA JADUAL NYA.
Panduan untuk semua
yang nak belajar tanam sayur.
Tanamlah walau sepokok
dua
Inilah masanya kita
tanam sendiri
DIA NI KALAU BERCAKAP SELALU KENA PADA DIA. TAK CAYA BANYAK DAH SOALJAWAB DALAM DEWAN BAGI BOLA TANGGUNG.
Ini apa jenis menyindir la ni? Dia tak sedar ke yang dia cakap
tu boleh tikam diri dia sendiri?
Masa PN berkuasa dulu, Menteri Alam Sekitar dan Air (Mewa)
adalah dari PAS. Namun PM dari parti Bersatu. Jadi fahamlah kita masalah air di
Kelantan tak boleh selesai kerana PM bukan dari PAS.
Kalau ditakdirkan PN jadi kerajaan sekali lagi pun, masalah air di
Kelantan nescaya tak akan selesai sebab PM tak mungkin dari PAS. Hj. Hadi nak
jadi Ketua Pembangkang pun tak berani, inikan jadi PM!
Itu yang kelakar PN ni. Mereka bersekutu hanya nak dapatkan
kuasa. Bukan untuk bantu rakyat. Bila dah dapat kuasa, mereka cuma kejar
jawatan dan leka kira gaji. Soal kebajikan rakyat tolak ke tepi.
Sebab itu walaupun PM dari PN sendiri pun, tetap peruntukan
untuk Kelantan dan Terengganu rendah. Berbeza dengan DS Anwar. Beliau bahkan
tambah peruntukan Kelantan walaupun PH ditolak di sana.
Jadi kalau Zahid janji masalah air Kelantan boleh selesai, itu
bukan sesuatu yang mustahil. Kerana DS Anwar terbukti lebih pentingkan
kesejahteraan rakyat daripada bermain politik.
Soalnya bukan parti. Soalnya individu yang menjadi PM itu siapa.
DS Anwar terbukti punyai kredibiliti yang tinggi dan sangat mementingkan
rakyat. Tapi pada akhirnya terpulanglah kepada rakyat Kelantan. Kalau masih nak
percaya janji palsu lebai, redalah dengan segala kekurangan. Guane boh?
.