Ketua Penerangan Bersatu membuat laporan polis terhadap DS Anwar
dan Zahid Hamidi atas tuduhan cuba melumpuhkan kepimpinan PN dan Bersatu. Ini
termasuk bekukan akaun Bersatu dan mengheret pemimpin Bersatu ke Mahkamah.
Sama ada dia sedar atau tidak, laporan ini sendiri adalah satu
fitnah terhadap DS Anwar. SPRM dan AGC telah keluarkan kenyataan yang tiada
tekanan diberikan ke atas mereka dalam urusan mendakwa pemimpin Bersatu. Baca
di https://bit.ly/40jR374.
Selalu yang disebut tentang jumlah wang terlibat. Konon mulanya
RM600 bilion kemudian turun ke RM530 hinggalah RM300 juta. Sebenarnya begini.
RM600 bilion itu adalah jumlah yang Mahiaddin sendiri sebut.
Kononnya pentadbirannya dahulu berbelanja besar untuk bantu rakyat. Tapi
didapati sebenarnya hanya RM530 bilion sahaja peruntukan untuk perbelanjaan
waktu itu.
Kemudian dari jumlah tersebut, didapati kerajaan hanya keluarkan
RM92.5 bilion. Selebihnya adalah duit rakyat sendiri dalam bentuk moratorium
dan KWSP. Jadi Mahiaddin sebenarnya tipu rakyat. Dia tak sediakan bajet besar
untuk tolong rakyat pun.
Kemudian siasatan SPRM mendapati ada unsur rasuah di mana projek
diberikan kepada kontraktor tertentu dan sebagai balasannya sejumlah wang
dimasukkan ke akaun Bersatu dalam nilai 5 ke 10% iaitu lebih kurang RM 4.5
bilion.
Jumlah 5% ini yang diperolehi dari pengakuan wakil syarikat yang
ditahan. Bukan rekaan. Tapi kemudian siasatan SPRM lanjut mendapati sejumlah
RM300 juta masuk ke akaun Bersatu.
Jadi begitulah ceritanya. Jumlah tak pernah turun ataupun
berubah. Jumlahnya konsisten. Tapi yang nyata, Mahiaddin yang menipu. Cakap
hebat konon belanja banyak sampai RM600 bilion. Rupanya tak sampai pun. Lebih
pedih, rupanya cuma RM92.5 bilion sahaja yang kerajaan belanja. Yang banyak
duit rakyat sendiri. Besar punya penipu.
Dorang ni buat laporan polis ni sebenarnya bukan apa. Dorang
tahu tiada siasatan pun perlu dibuat kerana jelas tindakan SPRM dan AGC
berdasarkan bukti dan data yang diperolehi. Tiada tekanan pun.
Tapi itu yang mereka nak. Bila tiada siasatan, jadi mereka akan
buat cerita kononnya terbukti semua ini pendakwaan terpilih kerana DS Anwar tak
kena siasat walaupun berpuluh laporan polis dibuat. Jadi mana-mana rakyat yang
tak cerdik akan dapat mereka tipu. Guane boh?