Tindakan tegas akan dikenakan kepada sesiapa yang membangkitkan
isu perkauman ke tahap yang mengganggu ketenteraman awam.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata demikian mengingatkan orang ramai untuk
tidak memuatnaik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur
kebencian membabitkan elemen perkauman, agama dan Institusi Diraja (3R - Race,
Religion, Royality) di mana mana media.
Katanya, hal itu susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R
yang berlaku sejak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan
ketenteraman awam dan keharmonian negara.
"Ucapan berbaur kebencian merujuk kepada kata kata ucapan
atau gambar yang menuduh, merendah rendahkan nilai seseorang individu atas
faktor perkauman, etnik, agama mahupun kewarganegaraan
"Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung
penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan
unsur 3R," katanya dalam kenyataan hari ini
Tambah Salim, sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik
dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta komunikasi dan
Mutimedia 1998, yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000
atau penjara setahun atau kedua duanya sekali
"Tindakan penguatkuasaan bersama pihak polis akan diambil
terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang undang sedia ada demi
melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.
"Pentadbir portal portal berita dalam talian, media sosial
dan aplikasi permesejan digesa menggunakan kuasa editorial mereka untuk
mengurus komen komen daripada netizen di platform mereka
"Juga pihak penyedia platform media sosial ini diminta untuk
lebih bertanggungjawab dalam menurunkan kandungan berbaur provokatif dan
berbahaya apabila dikesan," katanya lagi.
Salim juga menggesa sesiapa yang terjumpa kandungan berbaur
hasutan, provokasi agama, Institusi Diraja dan perkauman tersebut agar segera
melaporkan kepada SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my; talian aduan
1800-188-030; WhatsApp 0162206262 atau emel ke aduanskmm@mcmc.gov.my.