MELURUSKAN KEMBALI PERJUANGAN REFORMASI

 

Apabila Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 ia bermakna perjuangan reformasi kini memasuki tahaf yang kedua.

Dari fasa di luar kerajaan – menuntut perubahan atas jalan raya dan di blok pembangkang di dalam Parlimen, sekarang perjuangan reformasi berada di tengah-tengah kota pentadbiran di Putrajaya.

Hari ini, perjuangan reformasi berada di tahaf perlaksanaan.

Institusi yang penting sekarang ialah Perkhidmatan Awam yang diterajui oleh pentadbiran kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Perkhidmatan Awam ini adalah teras kepada Badan Eksekutif yang bertanggungjawab melaksanakan segala dasar-dasar reformasi Anwar Ibrahim yang kini diberi jenama baru Malaysia Madani.

Menentang rasuah adalah agenda utama pentadbiran Anwar Ibrahim. Menyelamatkan wang negara, mencegah ketirisan dan langkah-langkah berjimat dalam pentadbiran kerajaan adalah contoh-contoh pengumuman positif yang disambut baik oleh rakyat. Termasuklah menentang kronisme dan segala bentuk nepotisme.

Rakyat percaya kepada integriti Anwar Ibrahim. Rakyat menutup sebelah mata apabila Anwar melantik Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Rakyat memberi tafsiran mereka sendiri bahawa Anwar Ibrahim dalam keadaan tiada pilihan. Rakyat memaafkan. Rakyat sayang pada Anwar. Rakyat faham dan akur, kecuali pihak pembangkang dan pengkritik termasuk si penulis ini.

Rakyat mahu Anwar Ibrahim berjaya sebagai Perdana Menteri. Rakyat mahu Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim ini stabil dan tidak tumbang.

Rakyat ingin beri peluang kepada Anwar. Rakyat menutup sebelah mata lagi apabila Anwar melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan. Rakyat bersangka baik kepada Anwar. Rakyat amat percaya kepada tokoh reformasi ini.

Kesangsian tentang bahayanya jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipegang oleh orang yang sama, semakin berkurangan kedengaran apabila Anwar mengambil beberapa langkah meyakinkan untuk menjaga kewangan dan ekonomi negara.

Tetapi apabila Anwar melantik anaknya sendiri menjadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya sebagai Perdana Menteri, maka banyak pihak yang telah mengangkat bendera merah tanda bahaya.

Anwar Ibrahim sebagai peribadi tiada masalah sebenarnya. Sikap amanah dan intergritinya dalam soal kewangan dan ekonomi adalah terpuji.

Pernah menjadi Menteri Kewangan yang terbaik. Dia tidak pernah terkait dengan isu rasuah, pecah amanah jenayah ataupun pengubahan wang haram.

Tetapi yang kita bicarakan di sini bukan soal peribadi tetapi ialah soal sistem tatakelola pentadbiran atau sering disebut “good governance”. Malaysia menuntut sistem pentadbiran yang telus dan berintegriti.

Sebenarnya, ini adalah intipati perjuangan reformasi pentadbiran yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim berserta ratusan ribu penyokongnya di seluruh negara selama ini.

Benarlah ini satu cabaran. Perjuangan reformasi yang berliku-liku dan kadang-kadang berlengkang-lengkok selama hampir suku abad ini yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke-10 kita ini sudah sampai masanya untuk diluruskan kembali.

Adalah diharapkan tulisan ini dapat dibaca oleh Anwar Ibrahim sendiri dan sekian penyokongnya yang begitu ramai berdoa agar Anwar Ibrahim dapat menyelamatkan rakyat dan negara tercinta ini.

Gading mana yang tak retak. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitu juga, pemimpin mana yang tidak berbuat silap, sama ada kecil ataupun besar.

Justeru itu, Penulis berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim timbanglah semula, fikirlah semula. Kalau ada yang perlu diperbetulkan, betulkanlah sebelum terlambat atau melarat-larat yang besar padah dan mudaratnya. Kita tidak mahu itu berlaku.

Tulisan ini tiada niat mencemar nama baik Anwar Ibrahim sebagai pemimpin. Tulisan berterus terang ini lahir dari hasrat ingin melihat Anwar Ibrahim selamat dalam memimpin kerajaannya.

Ia datang bukan dari seorang pembangkang atau pengkritik. Tulisan ini datang dari seorang sahabat dan rakan seperjuangan selama ini.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

31 Januari 2023



MENU RAHMAH, RM5 UNTUK HIDANGAN TENGAHARI DAN MALAM KINI BOLEH DIDAPATI DI 15,000 PREMIS MAKAN SELURUH NEGARA

 

RAKYAT kini boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara mulai hari ini melalui Program Menu Rahmah.

Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Salahuddin Ayub berkata bagaimanapun, daripada pemerhatian terdapat peniaga yang prihatin dengan mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, roti John dan shawarma.

“Untuk memudahkan rakyat, kita (KPDN) akan letak satu pelekat atau simbol Menu Rahmah di premis yang terlibat dan apabila mereka nampak menu itu, mereka boleh pergi dapatkan makanan. 

“Kita juga akan menguar-uarkan program ini dan saya minta pempengaruh di media sosial membantu kerajaan menyebarluaskan tentangnya supaya seluruh rakyat boleh menikmati menu ini,” katanya selepas melancarkan program menu itu di Pasar Raya Mydin Subang Jaya, dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, restoran yang terlibat dalam program itu ialah ahli daripada tujuh persatuan antaranya Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) serta Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.

Pelaksanaan program juga membabitkan ahli  Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Persatuan Peruncit Bumiputra Malaysia (BRO) , Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Peruncit Malaysia (MRA). 

Salahuddin berkata program tersebut akan dijalankan secara berterusan selagi ia mendapat kerjasama daripada premis yang bersedia memberikan perkhidmatan.

“Sekiranya mereka (pengusaha premis) tidak boleh mengekalkan (harga menu), mereka boleh beritahu kita (KPDN) supaya perbincangan boleh dibuat dari semasa ke semasa, tapi setakat ini, mereka boleh laksanakan harga menu RM5 yang kita minta.

“Selain itu, saya tidak fikir ada golongan (selain miskin tegar dan golongan memerlukan) yang akan mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan Menu Rahmah ini kerana mereka ada pilihan makanan lain. 

“Tetapi kalau mereka rasa di tengah bulan sudah kurang duit dalam poket, mereka juga boleh pilih Menu Rahmah kerana saya rasa mereka pun ada selera untuk memilih menu ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyasarkan semua pelaksanaan inisiatif “Rahmah” seperti Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada akhir Mac ini. 

Katanya, program Bakul Rahmah disasarkan untuk diberi kepada golongan keluarga miskin tegar setiap bulan manakala Pakej Harga Barang Rahmah bakal meliputi 12 barang keperluan asas yang boleh dibeli pada harga ditetapkan.

“Inisiatif Kafe Rahmah pula akan dibuat di universiti tempatan bermula di Kuala Lumpur, merangkumi sarapan pagi dan makan tengah hari percuma sementara makanan malam akan ditawarkan dengan diskaun hingga 50%.

“Ini adalah antara usaha kecil KPDN untuk menyantuni golongan miskin tegar, berpendapatan rendah dan golongan siswa dari keluarga kurang berkemampuan yang belajar di universiti,” katanya. –

Sumber – Bernama, 31 Januari, 2023.



MULA MEMANG RAMAI PENYOKONG TIDAK SETUJU..TETAPI MENERIMA BILA ANWAR LEBIH PERCAYAKAN ANAK BELIAU DARI ORANG LAIN DAN TANPA GAJI. NAK MENYAMAN DAN MASUKKAN ORANG DALAM PENJARA BUKA N MUDAH.

 

Ramai angkat bendera merah? Tak juga. Aku rayau banyak posting dari portal berita arus perdana sampailah ke page peribadi. Ramai yang positif.


Sebab Nurul Izzah dah dikenali sebagai ahli politik. Ada yang bandingkan dengan Rosmah. Lain sebab, Rosmah tak pernah terlibat politik.


Yang buat bising cuma ada 2 pihak. Satu, macam yang kita tahu, pemimpin dan penyokong PN sebab mereka tahu ancaman yang mereka bakal dapat.


Dalam page aku pun ada seorang walaun tu yang meroyan tak sudah. Tapi komennya semua tak ada fakta. Tapi bairlah. Cuma itu je mampu dia buat.


Kedua, penyokong PH sendiri, yang berhujah risau lantikan ini akan menyusahkan PH. Akan buatkan rakyat hilang keyakinan kepada PH.


Sebenarnya lantikan ini hal kecil. Rakyat atas pagar tak begitu pandang pun. Tapi kalau terjadi hilang keyakinan pun bukan sebab lantikan, tapi sebab isu ini dimainkan oleh orang seperti Hassan Karim ni.


Bila musuh yang tembak, kita boleh elak. Tapi bila lawan kita yang tembak kaki kita, sama macam nak tengok kita mati. Kan?


Tak mengapalah. Mungkin Hassan rasa dia menang PRU sebab prinsip. Sebelum ni dia persoalkan PH bekerja sama dengan BN, langgar prinsip katanya.


Cuma Hassan belum perasan, kalau tak kerjasama dengan BN, kerajaan tak terbentuk. Mungkin masa ni tariff elektrik dah naik, OPR pun dah naik lagi, matawang kita semakin menjunam, bekalan telur dan ayam terus tak cukup dan semakin mahal serta menu Rahmah pun tak wujud.


Berprinsip itu penting. Tapi kena ada prinsip yang jadi dasar, dan kena ada yang dinamik. Selagi yang jadi dasar tak terusik, kita perlu berlapang dada. Guane boh?


 

Raja Gelap 


BUKAN BIJAK ..CERDIK PUN TIDAK.,..TAPI PIANG...NI JAWAB DIA

 

Bijak juga walaun ni..patut la Lebai Hadi tak dtg dan ponteng parlimen.  Bukankah sidang parlimen ada live kat tv, katanya.


W.faudzin.




APA YG ANDA NAMPAK TENTANG GAMBAR INI?

 







Anwar genius berpolitik…pemimpin PH belajar darinya

APA YG ANDA NAMPAK TENTANG GAMBAR INI?


Norman Radzuan.


Sekali pandang tiada apa2 yg istimewa… ia adalah lawatan rasmi seperti lazimnya seorang Perdana Menteri. Ya jika ia hanya bacaan org yg sekadar membaca dan melihat.


Tapi saya sebagai penganalis melihat lebih dari itu. Lihat apa yg dipakai oleh Anwar… dlm ketiga tiga lawatan itu Anwar mengenakan songkok. Selain daripada itu? Premier Sarawak sering bersama dlm lawatannya.


Itu seni politik DS Anwar. Songkok itu seperti tiada makna tetapi seni politiknya beliau membawa identiti bangsa dan agama di dlm lawatannya. Hebat kerana Anwar mahu diri dan kerajaannya membawa imej Islam hingga terbitnya buku dan slogan Madani.


Anwar juga membuka pintu rumah Sri Perdana utk majlis2 agama. Setiap hari Jumaat menjadi amalan beliau utk makan di Gerai2 dan bersolat bersama penduduk2 setempat. Ia juga seperti satu acara ‘ke manakah PM akn bersolat’ yg dinanti nantikan oleh rakyat.


Kenapa dgn Abg Jo? Memandangkan ia adalah Parti Perpaduan yg bergabung pelbagai parti… ia mengingatkan kita kata Premier, “ Yakinlah PM, kami di belakang kerajaan anda.” 82+23 = ( Hanya perlukan 7 sahaja lagi).


Kebijaksanaan Anwar bersama Athony Loke yg bersifat lebih terbuka… pemimpin DAP jgn lagi mengeluarkan kenyataan yg mengguris hati org Melayu. Sebab itu pemimpin2 DAP sgt berdisiplin… tahniah.


———————————————————————————-


Apa mesejnya? Pemimpin PH perlu belajar seni politik PMX, Anwar. Beliau disenangi oleh Raja2, beliau dikagumi kebijaksanaannya oleh tokoh2 akademik dan profesional, beliau melayani rakyat di kampung dan beliau disayangi oleh kepelbagaian kaum kerana sikap toleransinya dan slogan ‘ Anak Iban anak saya…’.


Selalu saya ulas utk jaga pengundi Melayu tidaklah susah sgt. Org Melayu mereka tidak faham sgt tentang korupsi, bailout, defisit, pasaran saham pr ringgit semakin kukuh. 


Org Melayu ini sifatnya mahukan yg mudah dan senang. Contoh nak berniaga dpt lesen jual dgn org asing, suka masuk skim cepat kaya, tak suka membaca dan lain2.


Yg mereka akn kenang, kagum dan menyenangkan hati pengundi yg patut dilakukan pemimpin2 Melayu PH …


1) Turun ke majlis ilmu seperti dilakukan Anwar hampir saban minggu dgn menjemput Ulama2 besar.


2) Wajib hadir ke majlis perkahwinan atau kematian. Ia sgt disukai, dikenang dan merasakan pemimpin mereka peduli akn rakyat atau pengundi. Apatah lagi disertakan dgn sedekah. 20 kali raya akn diulang ulang Yb tersebut dtg dan hulurkan sedekah.


3) Luangkan masa berborak borak dgn penduduk setempat di kedai2 kopi. Sekali sekala belanja semua mereka yg makan di kedai kopi tersebut.


4) Anjurkan majlis makan bersama rakyat dan pemimpin.


5) Untuk anak2 muda anjurkan pertandingan bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan lain2. Pastinya ia akn dapat mendekatkan anak muda dgn pemimpin dan mereka sgt suka dan menghargainya.


6) Menunjukkan akhlak yg baik. Sebagai contoh dgn sanggup turun ke bawah stage utk menyatuni Mufti Perlis yg dilihat tidak menyokongnya.


Pendek kata pemimpin PH ramai bertindak sebagai seorang akademik kena ubah. Mahu tak mahu kena ‘melepak’ dgn org kampung dan hadir ke majlis2 ilmu.


Dlm politik minum teh atau hadir ke majlis kematian atau perkahwinan bersama org2 kampung ia jauh bernilai dari Bapak Menteri menguruskan urusan di pejabat.


Sebab itu ‘lebai’ yg layaknya hanya level Tok Siak Surau dilihat kelihatan hebat walaupun gagal atau tiada kemampuan menjadi Menteri. Org Melayu apa tahu tentang pengurusan.


Politik org Melayu tak complicated sebenarnya. Yg penting wakil rakyat humble. Ingat jgn guna ayat Manglish dan jika menulis tak perlu ayat2 boombastik. Mereka rasa berat dan menyampah.


Kalau tak percaya mereka yg dulu duduk di bandar dan bila pencen berpindah ke kampung ibu bapa masing2. Anda akn faham apa yg saya maksudkan.


PEMBERIAN KHEMAH UNTUK PENIAGA B40

 Pemberian khemah perniagaan untuk peniaga keluarga B40 yang perlukan bantuan.Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti jualan makanan di Dun Sentosa.




APA KAMI DAPAT DENGAN MENU RAHMAH ?


 Menu Rahmah untuk B40? Macamana dengan yang bukan B40? Kami yang M40 dan T20 ni dapat apa?


Supply and demand. Menu Rahmah boleh jadi satu cara lembut memaksa pengusaha makanan untuk turunkan harga makanan.


Bila orang ramai beralih ke kedai yang menyediakan menu Rahmah, perniagaan pengusaha lain akan sedikit terjejas. Demand berkurangan.


Satu cara untuk bersaing, pengusaha akan terpaksa turunkan harga makanan mereka. Mungkinlah tidak semurah menu Rahmah tapi murahlah sedikit.


Itulah rantaian ekonomi. Sebab itu meru Rahmah ni satu langkah penting untuk kerajaan membantu rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

JIKA INI BENAR, MALULAH KAMU DENGAN NURUL IZZAH



*Anak MB & TMB Kelantan dilantik dalam PKINK yang mana MB & TMB adalah Ahli Lembaga Pengarah*


1. Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar (Nik Amar) keduanya merupakan ahli lembaga pengarah di PKINK.


https://www.pkink.gov.my/pengenalan/organisasi/ahli-lembaga-pengarah


2. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan atau PKINK ialah badan Korporat di bawah Kerajaan Negeri Kelantan.


3. Anak MB pula Nor Azma Hilmah dilantik di Bahagian Perundangan dan Integriti PKINK sebagai Penolong Pengurus.


4. Anak TMB Nik Amar iaitu Ahmad Mujahid dilantik di Bahagian Perancang Korporat PKINK sebagai Penolong Pengurus.


https://www.pkink.gov.my/hubungi/direktori-pegawai


5. Selain MB dan TMB, Anak speakar Kelantan Ustaz Abdullah, dilantik sebagai PENOLONG PENGARAH (HASIL) di Pejabat Tanah Galian iaitu Muhammad Riyadhul Hanif.


https://ptg.kelantan.gov.my/index.php/en/profail/info-ptgkn/pengurusan-tertinggi-ptgkn


6. Ramai anak pemimpin-pemimpin PAS Kelantan di lantik dalam jabatan kerajaan secara BERGAJI.


Sumber FB: Lokman Adam