Anwar genius berpolitik…pemimpin PH belajar darinya
APA YG ANDA NAMPAK TENTANG GAMBAR INI?
Norman Radzuan.
Sekali pandang tiada apa2 yg istimewa… ia adalah lawatan rasmi seperti lazimnya seorang Perdana Menteri. Ya jika ia hanya bacaan org yg sekadar membaca dan melihat.
Tapi saya sebagai penganalis melihat lebih dari itu. Lihat apa yg dipakai oleh Anwar… dlm ketiga tiga lawatan itu Anwar mengenakan songkok. Selain daripada itu? Premier Sarawak sering bersama dlm lawatannya.
Itu seni politik DS Anwar. Songkok itu seperti tiada makna tetapi seni politiknya beliau membawa identiti bangsa dan agama di dlm lawatannya. Hebat kerana Anwar mahu diri dan kerajaannya membawa imej Islam hingga terbitnya buku dan slogan Madani.
Anwar juga membuka pintu rumah Sri Perdana utk majlis2 agama. Setiap hari Jumaat menjadi amalan beliau utk makan di Gerai2 dan bersolat bersama penduduk2 setempat. Ia juga seperti satu acara ‘ke manakah PM akn bersolat’ yg dinanti nantikan oleh rakyat.
Kenapa dgn Abg Jo? Memandangkan ia adalah Parti Perpaduan yg bergabung pelbagai parti… ia mengingatkan kita kata Premier, “ Yakinlah PM, kami di belakang kerajaan anda.” 82+23 = ( Hanya perlukan 7 sahaja lagi).
Kebijaksanaan Anwar bersama Athony Loke yg bersifat lebih terbuka… pemimpin DAP jgn lagi mengeluarkan kenyataan yg mengguris hati org Melayu. Sebab itu pemimpin2 DAP sgt berdisiplin… tahniah.
———————————————————————————-
Apa mesejnya? Pemimpin PH perlu belajar seni politik PMX, Anwar. Beliau disenangi oleh Raja2, beliau dikagumi kebijaksanaannya oleh tokoh2 akademik dan profesional, beliau melayani rakyat di kampung dan beliau disayangi oleh kepelbagaian kaum kerana sikap toleransinya dan slogan ‘ Anak Iban anak saya…’.
Selalu saya ulas utk jaga pengundi Melayu tidaklah susah sgt. Org Melayu mereka tidak faham sgt tentang korupsi, bailout, defisit, pasaran saham pr ringgit semakin kukuh.
Org Melayu ini sifatnya mahukan yg mudah dan senang. Contoh nak berniaga dpt lesen jual dgn org asing, suka masuk skim cepat kaya, tak suka membaca dan lain2.
Yg mereka akn kenang, kagum dan menyenangkan hati pengundi yg patut dilakukan pemimpin2 Melayu PH …
1) Turun ke majlis ilmu seperti dilakukan Anwar hampir saban minggu dgn menjemput Ulama2 besar.
2) Wajib hadir ke majlis perkahwinan atau kematian. Ia sgt disukai, dikenang dan merasakan pemimpin mereka peduli akn rakyat atau pengundi. Apatah lagi disertakan dgn sedekah. 20 kali raya akn diulang ulang Yb tersebut dtg dan hulurkan sedekah.
3) Luangkan masa berborak borak dgn penduduk setempat di kedai2 kopi. Sekali sekala belanja semua mereka yg makan di kedai kopi tersebut.
4) Anjurkan majlis makan bersama rakyat dan pemimpin.
5) Untuk anak2 muda anjurkan pertandingan bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan lain2. Pastinya ia akn dapat mendekatkan anak muda dgn pemimpin dan mereka sgt suka dan menghargainya.
6) Menunjukkan akhlak yg baik. Sebagai contoh dgn sanggup turun ke bawah stage utk menyatuni Mufti Perlis yg dilihat tidak menyokongnya.
Pendek kata pemimpin PH ramai bertindak sebagai seorang akademik kena ubah. Mahu tak mahu kena ‘melepak’ dgn org kampung dan hadir ke majlis2 ilmu.
Dlm politik minum teh atau hadir ke majlis kematian atau perkahwinan bersama org2 kampung ia jauh bernilai dari Bapak Menteri menguruskan urusan di pejabat.
Sebab itu ‘lebai’ yg layaknya hanya level Tok Siak Surau dilihat kelihatan hebat walaupun gagal atau tiada kemampuan menjadi Menteri. Org Melayu apa tahu tentang pengurusan.
Politik org Melayu tak complicated sebenarnya. Yg penting wakil rakyat humble. Ingat jgn guna ayat Manglish dan jika menulis tak perlu ayat2 boombastik. Mereka rasa berat dan menyampah.
Kalau tak percaya mereka yg dulu duduk di bandar dan bila pencen berpindah ke kampung ibu bapa masing2. Anda akn faham apa yg saya maksudkan.