ANWAR DI BANDAR PERDA
Perdana Menteri Anwar
Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai di program minum petang bersama rakyat
di Lembah Makanan Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang ini.
Muhammad Adib Hakim
Hasri | BERNAMA
SEBELUM KE PULAU PINANG - DSAI SEMPAT MENZIARAHI SAHABATANYA DI KEDAH
PM Anwar Ibrahim
menziarah sahabatnya ustaz Yusof Latif di rumahnya di Kampung Banggol, Pokok
Sena, Kepala Batas, hari ini.
Erma Idayu | BERNAMA
BERITA BERGAMBAR : ANWAR PULANG KE BUKIT MERTAJAM BERTEMU MASYARAKAT PERMATANG PAUH
Perdana Menteri Anwar Ibrahim anak jati Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam hari ini pulang ke kampung halaman buat kali pertama selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.
Anwar kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid
Cheruk Tok Kun Bawah.
Faiz Baharin |
BERNAMA
Seusai acara rumah terbuka Tahun Baru Cina di Bayan Lepas, saya
kemudiannya ke Bandar Perda di Bukit Mertajam untuk minum petang bersama
rakyat.
Saya singgung mengenai Permatang Pauh yang ternyata dekat di
hati saya meski saya pernah berkelana ke Port Dickson dan kini di Tambun.
Permatang Pauh adalah asas kekuatan yang menunjangi perjuangan yang penuh liku
ini.
Namun, apa yang penting untuk dilakukan saat ini adalah bekerja
sebaik mungkin agar negara dan masyarakatnya terbela. Saya yakin kita akan
kembali menawan Permatang Pauh dengan gelombang dukungan massa yang lebih kuat
selepas ini, inshaAllah.
AMARAN ANWAR: JANGAN JADIKAN JAWATAN MENTERI TIKET UNTUK KAYA
SELAIN PESANAN ANWAR PADA WAKIL RAKYAT, KHASNYA PKR- ADA PENYOKONG KATA JUMPA PENYOKONG PUN SUSAH NAK SALAM. MASA JADI MENTERI KALAU JUMPA PENYOKONG KENA LA SALAM.JANGAN LA PERASAN SANGAT BILA DAH JADI MENTERI. MALAH ADA YANG KATA WAKIL UMNO PULAK BAGUIH BILA JUMPA PENYOKONG....
KERAJAAN akan sentiasa memastikan tadbir urus yang baik dengan menegakkan prinsip integriti terutamanya menolak amalan rasuah, bagi memastikan perancangan kemajuan negara dapat direalisasikan, kata Anwar Ibrahim.
Perdana menteri berkata semua pihak yang menganggotai kerajaan perpaduan telah diberi hala tuju yang jelas, mengenai perkara itu.
“Kita bagi peraturan yang jelas, kalau mahu kuat (stabil) dan mendapat sokongan rakyat, pemimpin mesti tolak rasuah dan salah guna kuasa.
“Dalam hal ini saya tegas, kalau mahu kaya, keluar dan jadi orang berniaga bukan jadi menteri, kerana jika demikian negara akan rosak,” katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di bangunan KLSCAH, di Kuala Lumpur hari ini.
Kehadiran Anwar yang diiringi isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke majlis itu, disambut Presiden KLSCAH Ngan Teng Ye serta kepimpinan tertinggi KLSCAH.
Anwar berkata sehubungan itu beliau memperkenalkan Malaysia Madani, kerana yakin potensi besar Malaysia hanya boleh dioptimumkan jika prinsip integriti ditegakkan, tiada amalan rasuah, manakala pemimpin atau menteri tidak berlumba mengumpul kekayaan.
Perdana menteri berkata beliau tegas mengenai perkara itu, dan setakat ini semua ahli jemaah menteri memahami hala tuju yang digariskan dan konsisten melaksanakan tadbir urus yang baik.
“Malaysia ini sebuah negara kaya dengan kemampuan yang banyak, tetapi jika pimpinannya masih dengan cara lama, negara akan rosak.
“Tetapi dalam tempoh dua bulan ini, saya nampak semua jemaah menteri konsisten melaksanakan tadbir urus baik, tiada amalan rasuah dalam urusan dan pentadbiran kementerian masing-masing,” katanya.
Sehubungan itu, perdana menteri menzahirkan ucapan terima kasih kepada pimpinan dalam kerajaan perpaduan, sama ada dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, yang dari segi prinsip kesemuanya amat tegas dan tidak bertolak ansur dengan perbuatan rasuah.
Dalam pada itu, Anwar sekali lagi mengulangi pendirian kerajaan untuk terus memberi tumpuan kepada memperkasakan sektor perusahaan kecil sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini.
Perdana menteri berkata PKS merupakan antara sektor yang perlu diberi tumpuan khusus oleh kerajaan selepas menerima kesan buruk sepanjang dua tahun negara berhadapan penularan pandemik Covid-19.
Bagi tujuan itu, Anwar menyeru agar seluruh lapisan masyarakat memantapkan semangat perpaduan dan mengenepikan sebarang perbezaan kaum, serta menumpukan segala usaha untuk membangunkan ekonomi negara secara bersama.
“Dalam sebulan ini saya lihat pelabur dari negara China, Eropah, Amerika, India dan Australia begitu berminat untuk datang ke Malaysia… oleh yang demikian, amat penting untuk mengekalkan keharmonian agar Malaysia terus kekal sebagai tarikan pelaburan,” katanya. – Bernama, 22 Januari 2023.
JADI KALAU MASA KEMPEN TUDUH KAU BERZINA MACAMANA PULAK ?
Jadi maknanya kalau masa kempen pilihanraya, kita cakap
Mahiaddin berzina dengan isteri orang tak salah la kan?
Kira kita tanya. Mahiaddin kena terbuka dan jawab dengan tenang.
Sebab itu cuma sebahagian dari kempen politik untuk memenangkan calon yang
bertanding.
Jadi para penyokong PH semua ingat ni. Mahiaddin dah bagi lesen
untuk mainkan isu ni. Guane boh?
.
PAS USAH BERANGAN TAWAN SELANGOR
Pas usah berangan tawan Selangor
Pas tidak perlu berangan angan terlalu tinggi untuk merampas negeri Selangor dalam Piligan Raya Negeri akan datang.
Menurut Timbalan Pengarah Komunikasi PKR Selangor, Adzman Kamaruddin, kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Ahmad Yunus Hairi bahawa perkara itu bukan mustahil dilakukan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu tidak akan dibiarkan terjadi oleh jentera PKR dan Pakatan Harapan Selangor.
“Daripada parti tin milo, kini mampu berbelanja besar sehingga beratus juta ringgit daripada sumber yang meragukan untuk membayar ‘influencer’ (pempengaruh) berkempen di media sosial pada PRU15 khususnya TikTok.
“Maka, tidak hairanlah dakyah songsang Pas tersebar begitu pantas mempengaruhi pengundi yang cetek pengetahuan mengenai politik dan agama,” jelasnya dalam kenyataan.
Beliau berkata, PKR Selangor akan mengekalkan pentadbiran di negeri itu pada PRN akan datang berdasarkan prestasi semasa kerajaan negeri khususnya dari segi soal kebajikan, pembangunan infrastruktur dan modal insan.
“Lihat perbandingan negeri Selangor dengan Kelantan atau Terengganu. Itulah batu asas untuk mengukur sejauh mana kecekapan pasukan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan.
“Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk memperbaiki dan kerja melebarkan jalan di seluruh negeri.
“Ini menunjukkan tekad kerajaan negeri mengurus kemudahan asas terbaik untuk rakyat, supaya tidak menjadi model permukaan ‘Planet Marikh’ seperti yang berlaku di Kelantan,” katanya.
Sementara itu tambahnya, prestasi menakjubkan di peringkat Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bekerja keras tanpa gaji juga dilihat dapat mempengaruhi sentimen rakyat.
Malah rakyat yang sebelum ini dimomokkan dengan pelbagai naratif dusta juga akhirnya sedar dengan pembohongan dibuat selama ini.
“Dunia mengiktiraf kebangkitan Malaysia dan melihat Kerajaan Perpaduan melakukan apa yang gagal dilakukan Pas selama lebih 30 bulan berada di Putrajaya,” katanya.
BODO PUNYA UMMAH- SINGSPORE DAH GUNA SISTEM AWACS DAH PULUH TAHUN KALAU DIA NAK KOREK RAHSIA....UMMAH YANG BODOH SEBENARNYA
Serious UMMAH ni kelakar. Tak setuju bawa masuk pakar Singapura
sebab pembangunan perumahan tu rahsia keselamatan negara. Ye ke? Habis tu yang
Google Maps dan Waze tu apa kebendanya? Habis segala ceruk dia tahu. Tak
terancam keselamatan negara pulak ye?
Kalau dah rasis, begitulah. Agaknya puak UMMAH ni berapa lama
tinggal di Singapura? Orang Melayu Singapura beli rumah di Malaysia bukan sebab
tak mampu beli rumah di Singapura, tapi sebab rumah di Malaysia dibina memang
untuk mereka.
Betul! Pemaju buat rumah harga mustahil mampu milik. Sampai
lebih setengah juta. Kalau convert ke duit Singapura tak sampai pun SGD200k.
Murah, landed dan besar. Di negara mereka cuma ada rumah merpati. Orang JB
faham sangat.
Rumah yang orang Singapura beli tu bukan murah. Orang Melayu
Singapura, yang kita sibuk kata kena tindas tu, mampu beli rumah yang orang
Melayu kita, yang mengaku tuan di negara ini, tak mampu nak beli. Siapa yang oppressed
sebenarnya ni?
Kalau dah rasis tu, semua benda dia nak jadikan isu rasis.
Jahanam betul. Padahal dorang datang cuma nak kongsikan pengalaman je. Ni jenis
bodoh tapi sombong. Apa salah belajar dari mereka. Bukannya bagi terus dorang
kawal pembangunan.
Minda dah terlalu sempit. Terlalu prejudis terhadap semua orang
lain. Selalunya orang prejudis sebab dia sendiri memang selalu berniat nak
menganiaya orang lain. Guane boh?
.
BAIKI KESILAPAN PRU HADAPI PRN SELANGOR
BAIKI KESILAPAN PRU HADAPI PRN SELANGOR
Baiki kesilapan PRU hadapi PRN Selangor
Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: anyak 22 kerusi Parlimen dipertandingkan di Selangor yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menang 16 kerusi sementara Perikatan Nasional (PN) dengan enam kerusi.
Pengarah Operasi Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, meskipun keputusan PRU15 tidak seperti apa yang diharapkan namun waktu ini bukanlah masa untuk berputus asa.
Katanya, PKR sudah meneliti pelbagai faktor dan mengambil iktibar daripada kekalahannya dalam PRU15 yang menyaksikan tiga kerusi Parlimen (Kapar, Hulu Selangor dan Kuala Langat) yang ditandingi Parti itu di negeri Selangor dirampas oleh PN.
“Tindakan yang diambil sejurus PRU15 adalah dengan meneliti di mana kesilapan-kesilapan sendiri pada peringkat dalaman.
“Tindakan kita dengan undur ke belakang dan melihat kelemahan sendiri seperti mana permainan bola sepak begitu juga dalam pilihan raya, di mana posisi pertahanan dan penyerang akan diperkuatkan untuk memenangi sesuatu perlawanan,” katanya
Dalam pada itu, beliau turut kesal dengan cara berkempen oleh PN yang dianggapnya tidak sihat dan tidak matang.
“Dalam mana-mana pertandingan, pihak musuh cuba apa sahaja cara janji dia menang.
“Walaupun kadang-kadang perkara yang dibuat itu tidak mengikut etika dan lunas-lunas yang sepatutnya dengan tindakan melampau mereka,” kata Yahya.
Pada PRU15 yang lalu, PN dikatakan banyak menggunakan sentimen agama dan kaum untuk meraih golongan pengundi muda menerusi medium media sosial dalam kempen mereka.
Katanya lagi, PKR Selangor akan membuat persediaan awal dalam masa terdekat untuk mendepani PRN Selangor khususnya untuk mempertahankan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masih dalam blok kerajaan.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan PH optimis mampu menang di antara 45 hingga 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam PRN akan datang di negeri itu.
Beliau berkata sasaran itu berdasarkan data awal pilihan raya yang diperoleh pihaknya.
KERAJAAN HILANG WANG RM4 BILION, SIASAT SEGERA
Kerajaan hilang wang RM4 bilion, siasat segera
Pendedahan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan telah kehilangan RM3 – RM4 bilion akibat ketirisan seharusnya segera disusuli oleh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan sebagainya.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata rakyat dan para Ahli Parlimen amat menyokong siasatan segera untuk membanteras ketirisan itu.
“Saya ingin mengingatkan pendedahan demi pendedahan hal rasuah, ketirisan dan kebocoran tidak akan sampai ke mana-mana jika tiada siasatan dan pendakwaan dilakukan.
“Yang diperlukan ialah siasatan secara forensik ke akar umbi hal ketirisan dan kebocoran itu. Sebab ini duit negara dan duit rakyat,” katanya.
Hassan turut mengingatkan agar pasukan pendakwa mesti menjalankan tugas dengan cakap dengan menyediakan kes yang kukuh ke mahkamah setelah siasatan selesai.
Hanya dengan kes yang kukuh sahaja katanya, penjenayah kolar putih berkenaan tidak akan terlepas.
“Walau apa pun, permulaan yang baik dan positif telah diambil oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Maka agensi-agensi lain seperti SPRM, PDRM dan Jabatan Pendakwa Raya serta Peguam Negara tidak boleh sekadar berpeluk tubuh sahaja,” katanya lagi.
Kelmarin dalam kenyataannya PM berkata berlaku ‘kebocoran’ kewangan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion sejak dua bulan beliau berada di Kementerian Kewangan.
Kebocoran itu, katanya pergi kepada kepada parti, dan tokoh politik dalam kerajaan sebelum ini.
KEH..KEH...MIMPI KA KO NI...KERAJAAN TAK ADA TELONG DAN REGA AYAM TAK DAPAT KAWAL PUN KO KATA BAIK YA
Cubaan bunuh persepsi baik rakyat terhadap PN? Kami tak cuba
pun. Korang yang kelar tubuh sendiri. Kenapa nak tuduh orang cuba bunuh pula?
Tuduhan seleweng dana prihatin, ada djsertakan bukti. SPRM yang
siasat dan buat penahanan. Yang disoal-siasat mengaku kena beri komisen 3-5%.
Dakwaan komisen bukan PH yang reka.
Dakwaan rasuah pengundi pula, Hadi sendiri kata kalau orang awam
yang beri dikira sebagai sedekah bukan rasuah. Kenyataan itu seolah mengiyakan
yang memang ada kejadian beri pengundi duit.
Itu yang aku kata, PN kelar tubuh sendiri. Bukan PH yang bunuh.
Sebab masa buat tak fikir perkara ini akan terdedah. Ingat rahsianya selamat
selamanya.
Yang sebenarnya, PN yang sedaya upaya berusaha reka persepsi
buruk rakyat terhadap PH. Sebab itu berderet pemimpin PH yang kena saman
fitnah. Jenis lidah lagi laju dari otak.
Tuduh LGBT la, tuduh tipu upah RM15 juta la. Dan semuanya tanpa
bukti dan fakta. Semuanya fitnah. Begitu jahatnya PN. Tapi hari ini dia
pusingkan meja acah-acah jadi mangsa. Ingat rakyat bodoh?
Masa PN makin singkat. Fitnah yang PN lemparkan dulu makin
banyak yang terbukti palsu. Populariti DS Anwar pun semakin meningkat.
Kebejatan PN masa memerintah pula semakin banyak terbongkar manakala walaun
makin terserlah kedunguannya.
PN memang menuju jalan buntu sekarang ni. Jadi tak payah nak
play victim. Terimalah hakikat. Yang bathil takkan kekal. Kebenaran akan
terserlah juga akhirnya. Guane boh?
RAKYAT MAHU JUALAN RAHMAH SETIAP MINGGU
Rakyat mahu jualan Rahmah setiap minggu
Program Jualan Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan dilaksana secara berterusan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri KPDN Senator Fuziah Salleh.
Bercakap kepada pemberita selepas sesi walkabout di Program Jualan Rahmah di Bentong, Pahang, beliau berkata program jualan itu bukan sekadar dilaksanakan pada sambutan tertentu seperti menjelang hari raya sahaja.
“Jenama Jualan Rahmah ini sebahagian daripada jenama Payung Rahmah dan ini adalah inisiatif KPDN tetapi sudahpun diwartakan oleh kabinet.
“Ia sesuatu yang benar-benar membantu rakyat kurangkan kos sara hidup, rakyat menunggu Jualan Rahmah di tempat masing-masing dan sekerap yang mungkin,” katanya.
Fuziah turut memaklumkan program itu mendapat sambutan sangat baik sehingga ada cadangan agar kempen yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10 – 30% murah daripada kebiasaan itu diadakan pada setiap hujung minggu.
Hadir sama dalam program itu ialah Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang yang juga ADUN Teruntum, Sim Chon Siang.
Fuziah sementara itu mengalu-alukan penyertaan pemain industri khususnya pasar raya besar dialu-alukan untuk terlibat dalam program jualan tersebut yang dilihat akan memberikan situasi menang-menang antara pemain industri dan pengguna.
KADANG TAK MAU LAYAN ORANG NYANYUK.....
MARZELI MERADIN
Bila terkena kepada
diri dan parti sendiri semua nya dikira tidak menyalahi hukum dan kalau pihak
yang melakukan nya maka dengan mudah dan cepat sahaja menjatuhkan hukuman haram
dan perlu dicegah dan diambil tindakan.. Bila terkena kepada diri dan
parti sendiri semua nya dikira tidak menyalahi hukum dan kalau pihak yang
melakukan nya maka dengan mudah dan cepat sahaja menjatuhkan hukuman haram dan
perlu dicegah dan diambil tindakan..