PH Sabah nyatakan sokongan kepada Hajiji

 

FMT Reporters
 -

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor (tengah) bersama ADUN PH pada satu mesyuarat pada Nov lalu tahun lalu.

PETALING JAYA: Tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Hajiji Noor ketika terdapat khabar angin ada usaha untuk menumbangkan kerajaan negeri itu.

Dalam satu kenyataan bersama, hari ini, mereka mengesahkan tidak pernah memberikan akuan bersumpah (SD) dan sokongan kepada mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan baharu Sabah.

Tujuh ADUN PH tersebut Christina Liew (Api-Api), Fung Ming Poon (Tanjung Papat), Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kepayan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Peto Galim (Inanam).

“Kami memerhati dengan serius perkembangan politik di Sabah dan telah mengadakan perbincangan sesama ADUN PH Sabah seramai tujuh orang.

“Kami ingin memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah bagi menyokong mana-mana pihak selepas 2020.

“Jika ada pihak yang mendakwa mendapat sokongan daripada kami, maka ianya tidak benar melainkan kenyataan terakhir kami selepas sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang terakhir pada Nov 2022 yang lepas,” kata kenyataan itu.

Katanya, mereka juga menyatakan pendirian dan keputusan secara en-bloc untuk memastikan kestabilan politik Sabah dibina agar tadbir urus pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.

Pada Nov lalu, PH Sabah menyatakan yang mereka akan memberi sokongan penuh kepada Hajiji yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus menerajui kerajaan negeri hingga habis tempoh penggal DUN.

Terdahulu, timbul desas-desus di media sosial yang mengatakan kerajaan Sabah pimpinan Hajiji bakal tumbang.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin GRS tampil menafikan perkara itu dan menyifatkan khabar angin berkenaan hanya bertujuan menjadikan keadaan politik di Sabah tidak stabil.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan GRS Joniston Bangkuai menegaskan, sebarang cubaan mana-mana pihak untuk mengambil alih kerajaan harus menunggu sehingga pilihan raya negeri akan datang.

“Kenapa perlu menumbangkan kerajaan pada ketika kita harus fokus kepada usaha membangunkan negeri,” katanya.

KESIAN AHLI PARLIMEN PN INI, CERDIKLAH SIKIT KALAU NAK BANGKANG TU…

 

Seolah-olah satu isu besar, seorang pemimpin PN yang baru pertama kali jadi Ahli Parlimen, Khlir Mohd Nor mempersoalkan lantikan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador sebagai Pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd.

Katanya, perlantikan Farhash sebaik sahaja Anwar memimpin negara sejak lebih sebulan lalu adalah perkara yang bertentangan dengan prinsip tatakelola yang baik dan janji-janji yang pernah dilaungkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

“Mana pergi janji-janji yang dilaungkan oleh PH untuk tatakelola yang baik dan integriti dalam mentadbir negara?

“Perlantikan Farhash adalah bukti bahawa agenda ‘reformasi’ yang dilaung-laungkan oleh PH dan Anwar sekian lama adalah bohong dan merupakan taktik politik untuk memperdaya pengundi.

“Kami menyeru Anwar Ibrahim untuk tidak terus membisu dalam isu jawatan baru Farhash ini dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana ia adalah konsisten kepada konsep reformasi dan tata kelola yang baik,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu lagi.


Hoi hoi ya hoi…kesian…kalau ia pun nak bangkang, jadilah pembangkang yang cerdik sikit.

Ini tidak, semua benda nak dibangkang dan mahu dikaitkan dengan Anwar, tapi faktanya ke laut.

Apa masalahnya Farhash dilantik sebagai Pengerusi 7-Eleven, sedangkan ia adalah sebuah syarikat milik swasta yang tiada kena-mengena dengan kerajaan?

Syarikat tersebut bukan juga sebuah GLC atau syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan.

Yang melantik Farhash adalah syarikat terbabit dan bukannya Anwar.

Lebih daripada itu, Farhash juga tiada apa-apa jawatan dalam PKR dan tidak lagi bekerja dengan Anwar.

Jadi, di mana salahnya Anwar dalam hal ini dan di mana tidak bolehnya syarikat tersebut mahu melantik Farhash?

Ke Khlir ni ingat 7- Eleven sebuah GLC?

Kepada Khlir yang baru jadi Ahli Parlimen, berada pula dalam parti pembangkang, belajarlah jadi pembangkang yang berwibawa dengan membuat “kerja rumah” terlebih dahulu sebelum berkata-kata.

Janganlah semua benda hendak dibangkang – itu bukan pembangkang namanya, tapi pembangang. – ShahbudinHusin 04/01/2023.


JANGAN TANYA BANYAK. JADI CAM AUN..TAK TANYA TERUS WALAK..

 

Jangan banyak soal dan tanya kepada pemimpin kerajaan, nanti rakyat jadi pening.. ๐Ÿ˜Œ





MB KEDAH....NI BILA NAK SIAP NI. JANGAN SEMBANG KUAT

 

Shauqi Topoi.


Ini Semua Fitnah Semata2,Mb Kedah Terlalu Lalu Lalu Lalu Prihatin.




MENERIMA KUNJUNGAN SYARIKAT BESAR DARI THAILAND DALAM BIDANG INDUSTRI ELEKTRIK



Anwar Ibrahim


Pagi tadi saya menerima delegasi dari Thailand yang diketuai oleh Somphote Ahunai yang mewakili Energy Absolute Malaysia Sdn Bhd. 


Saudara Somphote adalah ‘Elon Musk of Thailand’ dan Energy Absolute adalah sebuah peneraju tenaga boleh baharu dan syarikat yang terkemuka di dalam industri teknologi hijau di Thailand. 


Syarikat EA yang mempunyai kekuatan modal pasaran sebanyak THB 380 bilion bersamaan RM45 bilion ingin meneroka pasaran Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip seperti mendukung, melabur dan mengangkat projek pemicu (pilot project) yang akan berkolaborasi dengan Computer Forms Malaysia Berhad (CFM) untuk membangunkan industri teknologi hijau di Malaysia, pemindahan teknologi EV ke Malaysia, membina kilang pembuatan dan bekalan EV, khususnya dalam sektor pengangkutan seperti bas elektrik, bas sekolah elektrik, bot elektrik, motosikal elektrik, bateri EV, kereta api elektrik, kereta mobil elektrik dan lain-lain dengan nilai RM5 billion.


Sebagai anggota Komuniti Ekonomi ASEAN, dengan budaya dan warisan yang hampir sama, kerjasama antara Malaysia dan Thailand terus kukuh dengan semangat kejiranan yang tinggi dengan kerjasama di pelbagai lapangan yang relevan.


MUNGKIN MAHIADDIN HANYA BERCUTI DENGAN KELUARGA NYA SAHAJA

 



Jangan kita cepat melompat, gambar sebegini tak boleh dikaitkan dengan apa-

apa langkah…mungkin Mahiaddin bercuti bersama ahli keluarganya saja…



INGATKAN JADI KERAJAAN TAK CERDIK- JADI PEMBANGKANG PUN TAK CERDIK- DIA INGAT 7-11 TU GLC.KEH..KEH..KEH

 

SHAHBUDIN HUSIN


Ingatkan jadi kerajaan saja tak cerdik, jadi pembangkang pun tak cerdik juga rupanya PN ini.

7E adalah syarikat swasta dan tiada kaitan dengan kerajaan, manakala Farhash pula bukan bekerja dengan Anwar Ibrahim serta tiada apa2 jawatan dalam PKR.

Jadi, apa masalahnya…lainlah kalau dia jadi Pengerusi mana2 GLC…

Ke MP Ketereh ni ingat 7E tu GLC?




CARA NAK MAJUKAN SUKAN DI MALAYSIA

 

BOB KELANANG





CARA NAK MAJUKAN SUKAN DI MALAYSIA

Hahaha.... akhirnya terbocor juga cara untuk kecemerlangan dalam bidang sukan di Malaysia...

Coach patut kena amalkan belasah player kalau nak maju semua jenis sukan di Malaysia ni. Ingat tu...

Hahaha...

Baru lah Malaysia boleh jadi "Numero Uno" dalam bidang sukan...

๐˜—๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฉ, ๐˜•๐˜ถ๐˜ณ๐˜š๐˜ข๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ ๐˜ˆ๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ฅ. ๐˜๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ, ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฎ๐˜ฆ­๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฎ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‘๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ.

๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ, ๐˜•๐˜ถ๐˜ณ๐˜š๐˜ข๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ ๐˜ˆ๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ­๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ, ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ­๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข ๐˜‰-14 ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜’๐˜ฐ๐˜ต๐˜ข ๐˜›๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ช, ๐˜‘๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข 16 ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ.

 

RENTASAN 1283 | GEMPAR!! USAHA PEMIMPIN UMNO SINGKIRKAN ZAHID HAMIDI BAK...


1. UNTUK PEMBANGUNAN, JANGAN TANYA KARTEL 2. APA LAGI PEMIMPIN UMNO MAHU? 3. IKAN BUSUK MULA DARI KEPALA


MANA TAK MEROYANNYA- KENA CANTAS LA BRO

 

Ini dulu la.... Bila dah rasa jadi kerร jaan lain macam bhai.. makin gaji buta Description: ๐Ÿ˜Description: ๐Ÿ˜Description: ๐Ÿ˜Description: ๐Ÿ˜Mana Tak meroyan ..

May be an image of 2 people and text that says "Tak jadi TPM pun tak apa, saya balik jadi nelayan- - Hadi Awang Nur Fazlizai Ali Mac 6, 2020 03:40 MYT"


123

HAKIKATNYA - JIKA ADA INISIATIF DARI PM IANYA MUNGKIN BOLEH DIPERTIMBANGKAN


 

Ini yang Berita Harian tulis. Tapi kalau tonton sidang media PM tadi, DS Anwar kata beliau boleh bincang dengan BNM. Cuma keputusan akhir terletak pada BNM sendiri. Itu ada dalam perlembagaan.

DS Anwar juga menyebut beliau akan menjemput Gabenor Bank Negara bersama Menteri Ekonomi untuk berbincang berkaitan belanjawan 2023. Ini kerana soal berkaitan kewangan saling berkaitan.

Memang kenaikan OPR adalah kuasa dan hak BNM tapi bila ada inisiatif daripada PM untuk berbincang dengan Gabenor, itu sendiri adalah sesuatu yang positif. Mungkin BNM boleh pertimbangkan. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

NI LEBAI- NAK BAGI TAU 7- 11 TU BUKANKERAJAAN YANG PUNYATAU 100 PERSENDIRIAN. NAK KOMEN BIAR CERDIK- KOMEN KAT SULTAN JOHOR


 




Sampai bila politik persepsi begini akan berterusan agaknya? Takkan sampai 2026? Sebab bila terjadi, ia menampakkan kebodohan ahli politik Malaysia.

7-Eleven Malaysia Holdings (7E) adalah syarikat 100% milik swasta. Apa kena mengena dengan tata kelola pula? Apa kaitan dengan Reformasi pula?

Saham terbesar 7E dimiliki oleh Vincent Tan dan Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar. Terpulanglah kepada mereka nak lantik siapa.

Kalau tengok kenyataan 7E, Wafa mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam pengurusan. Resume dia melayakkan dia untuk jawatan tersebut.

Takkanlah disebabkan dia rapat dengan DS Anwar, maka tak boleh cari makan langsung? Kenapalah bodoh sangat pembangkang sekarang ni?

Lainlah kalau Wafa tu dilantik jadi CEO GLC. Itu lain ceritanya. Macam masa PAS dalam kerajaan dulu. Berapa banyak lantikan politik yang dibuat.

Tapi Wafa ni, kalau tengok biodatanya, memang dia layak pun pegang GLC. Pengalamannya mantap. Tapi bukan itu yang berlaku sekarang ini.

Sekarang ini lantikan Wafa dalam syarikat swasta. Tak ada kena mengena dengan kerajaan. Kenapa nak babitkan DS Anwar dalam hal ini?

Betul-betul dahaga isu. Sampai benda begini pun nak digunakan untuk menghasut rakyat. Langsung tak profesional. Macam duduk dalam gua je.

Kalau PAS tak puas hati, boleh suruh Samsuri tanya sendiri Vincent Tan. Kan MB Terengganu dengan Vincent Tan ada bersiar bersama dalam bot.

Atau boleh tanya dengan Sultan Johor. Cakap dekat Sultan Johor PAS tak puas hati Wafa jadi pengerusi 7E. Itupun kalau berani la. Guane boh?

Raja Gelap

JANGAN LAMBAT BERTINDAK- HARUS CEPAT

 



Sebenarnya DS Anwar dah buat banyak perubahan untuk menangani rasuah dalam bidang kuasanya. Sebagai contoh, DS Anwar telah jelas menyatakan tidak akan ada lagi kurniaan kontrak secara runding terus seperti amalan sebelum ini.

Beliau juga tangguhkan projek-projek mega yang menimbulkan keraguan untuk penilaian semula. Begitu juga lantikan politik GLC yang sebelum ini menjadi satu cara rasuah oleh pemimpin terdahulu bagi memancing sokongan, juga telah dihentikan.

Apa yang penganalisis politik dari UM ini, Professor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi mahukan adalah melihat kes-kes rasuah yang digemburkan sebelum ini didakwa. Tapi maaflah, pendakwaan bukan kerja Perdana Menteri.

Penyiasatan dan pendakwaan akan dilakukan oleh agensi berkenaan. Yang penting, DS Anwar berikan kerjasama dengan membenarkan siasatan dibuat. Dan memang itu yang DS Anwar lakukan. Sebagai contoh isu dana RM600 bilion. Sekarang di bawah penyiasatan SPRM.

Pada waktu ini pun, Menteri Undang-undang dalam usaha pisahkan tugas Pendakwaraya dan Peguam Negara supaya pendakwaan dilakukan secara telus dan adil, tanpa tekanan dari mana mana pihak. Dan itu memang janji DS Anwar.

Jadi pada pendapat aku, penganalisis ini tersalah faham. DS Anwar takkan ambil alih tugas agensi tertentu. DS Anwar lebih berminat untuk membuat reformasi dalam bentuk polisi. Bukannya sibuk nak dakwa orang itu dan orang ini.

Tapi ia bukanlah bermaksud mereka yang berbuat kesalahan itu akan terlepas. Mereka tetap akan didakwa sekiranya benar mereka ada melakukan kesalahan. Tapi nasib mereka bakal ditentukan oleh agensi yang menyiasat. Bukan DS Anwar.

Seperkara lagi, kalau tengok jawatan-jawatan yang utama seperti Peguam Negara, Ketua Hakim, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan lain-lain, semuanya masih lagi lantikan sebelum ini.

Tak nampak lagi DS Anwar guna apa yang disebut 'orang kita'. Berbeza dengan PM-PM sebelum ini. Lagipun waktu ini DS Anwar lebih banyak bercakap soal masalah rakyat. Beliau ingin selesaikan dahulu isu-isu yang membelenggu rakyat.

Jadi rasanya kita tak dapat lihat aksi seperti lepas PRU14 tempohari. Dengan cara ini, tidak ada pihak yang boleh mengatakan ada pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik. Guane boh?

Raja Gelap