Malaysia di persimpangan – tetapi kita mampu membentuk masa depan kita!



Marilah kita berimpian besar untuk Malaysia yang lebih baik dan terus maju ke hadapan dengan kental dan tabah demi menuntut semula negara kita

By

 Mary Magdaline Pereira

 -

Sekali lagi, kita melalui penghujung tahun, di mana kita melihat kembali dan muhasabah diri kepada pelajaran yang telah dicapai dan memperbaharui azam untuk masa depan yang lebih sempurna.

Sebagai sebuah negara, kita dikatakan berada di persimpangan jalan, di mana kita harus melakukan pilihan yang penting untuk memilih jalan manakah yang perlu diambil. Keputusan pilihan raya umum yang lalu memberi isyarat berlakunya penambahan penonjolan kaum, malah kaum berganding dengan ciri Islam ‘konservatif’ yang dianjurkan oleh kepimpinan terkini Pas.

‘Gelombang hijau’ – kebanyakannya daripada pengundi muda dan baharu, juga terdiri daripada pengundi di kawasan luar bandar dan kawasan pinggir bandar – telah memicu pelbagai reaksi, iaitu dari reaksi keyakinan dan harapan membina ‘negara Islam’ kepada reaksi kebimbangan terhadap Islam ala-Pas dan kemungkinan berlaku ketidakadilan terhadap golongan minoriti dan Muslim ‘liberal/progresif’.

Sebilangan penganalisa telah menekankan peningkatan perpecahan, ketidakpercayaan, dan kekurangan toleransi di Malaysia di waktu ini, terutama melalui media sosial.

Saya baru-baru ini menonton sebuah filem Hindi yang menyampaikan mesej betapa mudahnya isu perkauman dan keagamaan mampu menjadi sebuah malapetaka. Filem yang bertajuk Jogi yang memaparkan peristiwa rusuhan anti-Sikh dalam tahun 1984 yang berlaku di utara India, terutamanya di ibu kota New Delhi, yang mana berlaku sejurus selepas Perdana Menteri India ketika itu, Indira Gandhi, dibunuh oleh dua pengawal peribadinya yang beragama Sikh.

Gandhi sebelumnya telah mengarahkan ‘Operasi Blue Star’ dan memberi kuasa kepada pasukan tentera India untuk mengempur Kuil Emas atau Golden Temple di Amritsar, yang menjadi kawasan ibadat bagi orang-orang Sikh. Operasi ini bertujuan untuk memburu militan pemisah yang berada di dalam kuil itu bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

Sejurus pembunuhan Gandhi, sentimen perkauman terhadap komuniti Sikh telah dimainkan dengan dahsyat. Hanya dengan semalaman, ramai daripada penganut Hindu telah bersikap agresif kepada rakan-rakan dan jiran tetangga beragama Sikh, yang membawa kepada pertumpahan darah yang ngeri terhadap ribuan Sikh di segenap utara India.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Dan ya, di dalam filem ini, wujud watak ahli politik yang mengambil kesempatan di dalam kejadian yang berlaku dan memburukkan lagi keadaan hanya kerana untuk mengejar serakah politik peribadinya.

Di ketika penulis kecewa, kesal dan tertekan dengan pertumpahan darah yang berlaku dalam kisah di dalam filem tersebut, filem Jogi ini telah melakarkan sebuah inspirasi – iaitu ketika seorang Sikh yang telah berkorban segala yang beliau ada – termasuklah menanggalkan turbannya dan memotong rambutnya yang panjang – semata-mata untuk menyelamatkan keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangganya daripada dibunuh. Beliau, bersama beberapa rakan daripada penganut Islam dan Hindu yang membantunya, juga menggagalkan usaha pihak penguasa dan akhirnya berjaya di dalam misinya.

Keadaan di dalam filem ini tersangatlah mirip dengan peristiwa 13 Mei 1969 kita di sini! Apakah kita sedang mengundang peristiwa malapetaka itu sekali lagi?

Kemudiannya, saya pernah terbaca bahawa dikatakan: “Sejarah tidak mampu berulang kerana setiap detik di mana-mana zaman berbeza tempat, masa, dan keadaannya.”

Walau bagaimanapun, pastilah ada perkara yang boleh dijadikan teladan daripada kesilapan lalu kita, yang mampu membawa kita untuk membentuk keadaan akan datang dan bukannya menjadi mangsa kepada keadaan.

Maka, inilah langkah-langkah yang saya yakini boleh membawa kita ke hadapan ke arah Malaysia yang lebih baik:

Kekal di dalam kenderaan – tidak perlu keluar buat jalan cerita sendiri

Di dalam filem Rango (filem yang sangat menyeronokkan penulis), Roh dari Barat telah memberitahu kepada Rango, “Tiada seorangpun yang boleh buat jalan ceritanya sendiri.”

Ramai yang mengatakan politik itu kotor dan tidak mahu melibatkan diri di dalam politik, malah memboikot pilihan raya. Adapun yang menghadkan penglibatan mereka di dalam politik kepada sekali di dalam lima tahun. Ada juga yang menyalahkan ahli politik terhadap apa-apa keadaan buruk yang berlaku.

Oleh itu, marilah kita membina kesedaran untuk menjadi pengarang jalan cerita kita sendiri, dan bekerja ke arah merealisasikan cita-cita kita. Segala usaha untuk perubahan institusi dan dasar pro-rakyat untuk Malaysia yang lebih baik harus terus bergerak – dan semua harus memainkan peranan masing-masing.

 

Redakan kekecewaan kita – jangan ledakkan kegusaran

Sebahagian besar kita bimbang dan gusar semasa beberapa jam pertama setelah keputusan pilihan raya umum diwartakan. Kegusaran tersebut berlarutan untuk beberapa hari – yang menyaksikan tiada parti atau pakatan yang berjaya mendapatkan majoriti mudah untuk dilantik sebagai kerajaan, yang mengakibatkan parlimen tergantung.

Setelah hampir lima hari menyaksikan “krisis pasca pilihan raya umum yang belum pernah berlaku” (seperti mana yang dipaparkan dalam sebuah akhbar), Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi perdana menteri kesepuluh untuk Malaysia.

Ramai yang mungkin kecewa dengan keputusan Pakatan Harapan untuk bekerjasama di dalam ‘kerajaan perpaduan’ yang dikehendaki oleh Yang di-Pertuan Agong, namun, saya berterima kasih kepada Agong yang berhikmah di dalam menyatukan pelbagai pihak untuk menyelesaikan dilema ini, yang menjadi keutamaan negara kita.

Perdana menteri terkini dilihat telah memberi jaminan mengenai usaha untuk mewujudkan Malaysia yang stabil dan bersatu di bawah kerajaan yang inklusif. Beliau juga menyebutkan untuk tidak kompromi dengan pelbagai isu pentadbiran baik dan memfokuskan kepada ekonomi.

Kita kini seolah-olah berada di dalam peperangan yang mempunyai musuh di pelbagai penjuru. Oleh itu kita harus realistik atau bersandar kepada keadaan semasa dan juga membenarkan ruang untuk sistem demokratik terbina dengan matang dan berdaya maju bersama institusi-institusi yang terlibat.

Tekanan yang terlalu kuat kepada kerajaan di ketika ini, pada hemat saya,  bakal menjatuhkan seperti dahan yang rapuh.

Berusaha untuk pendamaian, jangan menyemai perselisihan

Saya percaya ianya sesuatu yang jelas kepada ramai kita percakaran politik tidak harus dijadikan tujuan kita sekiranya kita mahu menyelesaikan isu-isu penting di tahap nasional dengan cepat dan teratur.

Adalah sesuatu permulaan yang murni apabila muncul sebilangan kepimpinan DAP yang memohon maaf terhadap tindakan dan kenyataan yang menyinggung perasaan seteru politik mereka.

Kita harus mempromosikan dialog, wacana dan kerjasama yang merentasi sempadan – termasuklah sempadan politik, kaum, agama, kelas dan negeri-negeri. Dialog, wacana dan kerjasama boleh diadakan di pelbagai peringkat dan bentuk. Ini untuk membina semula kepercayaan bersama dan kumpulan-kumpulan awam memainkan peranan penting.

 

 

Namun harus diingati bahawa kejayaan dialog atau wacana atau kerjasama adalah bergantung kepada asas yang kukuh yang dipegang bersama. Seperti yang pernah disebut oleh mendiang Karpal Singh, “Di dalam politik tidak ada musuh yang kekal atau sahabat yang kekal; tetapi yang harus kekal ialah prinsip.”

Pecahkan rantaian – jangan panjangkan prejudis

Seperti yang digariskan oleh psikologis organisasi Adam Grant, kita panjangkan prejudis apabila kita menghakimi yang lain berdasarkan generalisasi terhadap kumpulan asal mereka, sebagai contoh “Melayu/bukan Melayu, “orang Islam/bukan Islam”, “penyokong Pas/PH”, orang asing, NGO Muslim ‘konservatif’ dan penjawat awam.

Walaupun di ketika identiti politik nampaknya berleluasa, kita tidak harus menyalahi keseluruhan kumpulan hanya kerana beberapa individu yang melakukan sesuatu tindakan itu. Kita harus menegakkan akauntabiliti terhadap individu yang melakukan kesalahan dan bukannya menghentam keseluruhan kumpulan itu. Dengan ini, kita tidak menghentam atau meminggirkan mereka dalam kumpulan tersebut yang tidak bersetuju dengan kelakuan individu tersebut atau selari dengan stereotaip menurut pandangan kita.

Di masa setiap kita perlu mengambil tanggungjawab dalam perkara ini, keperluan yang lebih besar juga perlu ditunaikan di peringkat organisasi dan masyarakat melalui kumpulan-kumpulan masyarakat, kepercayaan, politik dan kerajaan.

Perdana menteri telah pun memaparkan permulaan yang baik di peringkat kerajaan dengan memperbetul maklumat yang salah atau stereotaip negatif mengenai agama dan kaum, terutamanya yang berkaitan dengan pilihan raya umum yang lalu.

Maka, di kala kita berada di persimpangan, marilah kita menggunakan kebijakan kita untuk memilih jalan yang terbaik. Juga marilah kita berimpian besar untuk Malaysia yang lebih baik dan terus maju ke hadapan dengan kental dan tabah demi menuntut semula negara kita.

Mary Magdaline Pereira
Editor bersama, surat berita Aliran
30 Disember 2022

Terjemahan oleh: Mohd Fadzly Md Zainol

 

 

 

KALAU HISHAMMUDIN DILABEL PENGECUT, CUBA HALANG JAWATAN PRESIDEN UMNO DITANDINGI JUGA JADIKAN ZAHID HAMIDI SAMA PENGECUT

 

Berdasarkan rekod sejarah, Zahid Hamidi adalah pemimpin yang berani dan tidak pernah kalah apabila bertanding dalam UMNO di peringkat pusat.

Beliau berani bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 walaupun lawannya ketika itu ada yang berjawatan menteri dan menteri besar.

Dengan hanya berjawatan Pengerusi BSN, Zahid Hamidi akhirnya berjaya menewaskan Rahim Tamby Chik, Annuar Musa dan Isa Samad pada pemilihan tahun 1996 itu.

Daripada situ, beliau kemudian menjadi Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhirnya Presiden UMNO pada 2018.

Pada pertandingan pada 2018 dan dalam keadaan UMNO tiada lagi kuasa ketika itu, Zahid Hamidi tetap berani menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO.

Beliau akhirnya berjaya memimpin UMNO setelah menewaskan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Sebelum PRU15 lalu, pemilihan UMNO telah ditangguhkan dan sehingga dipinda perlembagaan parti bagi mengelakkan berlakunya perpecahan untuk menghadapi PRU tersebut.

Dalam keadaan UMNO perlu bangkit dan bersatu bagi menghadapi PRU15, keperluan mengelakkan pertandingan itu adalah boleh diterima kewajarannya.

Di sebalik keputusan PRU15 tidak cemerlang buat UMNO, tetapi BN akhirnya berjaya berada dalam kerajaan perpaduan dengan kedudukan yang lebih kukuh, bahkan Zahid Hamidi sendiri beroleh jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sepatutnya ketika ini, oleh kerana PRU15 sudah berakhir, ditambah dengan Zahid Hamidi berkedudukan Timbalan Perdana Menteri, tiada keperluan lagi untuk menghalang pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO.

Kalau pertandingan sebelum PRU ditakuti boleh membawa perpecahan untuk menghadapi PRU, tapi sekarang hendak takut apa lagi kepada pertandingan dalam UMNO?

Sebab itu dalam hal ini, pengampu-pengampu Zahid Hamidi harus segera berhenti mengeluarkan kenyataan atau gesaan yang menjurus agar dielakkan pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO.

Gesaan sedemikian sudah tidak relevan dan bertentangan dengan prinsip meminda perlembagaan yang menetapkan pemilihan UMNO hendaklah diadakan enam bulan selepas PRU dilangsungkan.

Jika sebelum dan selepas PRU tetap cuba dihalang pertandingan, lebih baik UMNO pinda saja perlembagaannya dengan mengharamkan sama sekali pertandingan?

Jangan juga jadikan Zahid Hamidi seolah-olah seorang yang pengecut dan takut untuk berlawan dengan gesaan seperti itu, sedangkan sejarah perjalanan politiknya telah membuktikan beliau seorang yang berani dan tidak pernah takut.

Bro, janganlah bagi malu Panglima Jawa itu!!

Selain itu, jika Nur Jazlan Mohamed yang merupakan seorang penyokong kuat Zahid Hamidi berani melabel Hishammuddin Hussein, pemimpin yang diwar-warkan akan mencabar Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO sebagai seorang pengecut, apa bezanya dengan beliau sendiri?

Tidakkah dengan gesaannya agar jawatan Presiden UMNO tidak ditandingi turut merupakan tindakan pengecut dan ingin menjadikan Zahid Hamidi sebagai pemimpin yang pengecut?

Jika Zahid Hamidi masih ada jiwa berani dalam dirinya, keberanian pertama yang harus ditunjukkannya ialah mempersetankan segala gesaan pengampunya itu dan tunjukkan beliau tidak pernah takut untuk bertanding. – ShahbudinHusin 03/01/2023.


BAGAIMANA PH INGIN MENAMBAT HATI ORANG MELAYU


NORMAN RADZUAN


Melayu bandar dan bangsa Cina/India bukan fokus

BAGAIMANA PH INGIN MENAMBAT HATI ORG MELAYU

 

Semalam bila saya bicarakan mengenai KWSP ada juga yg tidak bersetuju. Ia perkara biasa berbeza pandangan dgn alasan sampai bila kita mahu membiarkan org Melayu ‘bodoh’.  

 

Benar kita perlu mendidik dan saya tak salahkan pandangan tersebut sb mereka org2 bijak tetapi dlm politik ia sebenar sebaliknya.

 

Saya masih ingat setahun yg lalu pada jam 12 mlm hingga 2 pagi saya berhujah dgn MP Kangar ketika itu soal KWSP juga yg akhirnya Muhyiddin mendengar desakan rakyat ketika itu.

 

Amin Ahmad seorang anak muda yg mempunyai pendidikan yg hebat. Ada Master, pernah bekerja di Malaysia Think Tank London (MTTL), pernah menjadi Pegawai Komunikasi MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, selalu dijemput ke program bual bicara di Astro Awani 501, RTM dan Bernama TV. Cukuplah setakat itu utk membuktikan beliau adalah seorang intelektual politik.

 

Kami berbalas hujahan hingga 2 pagi hingga saya sinis kpdnya, ‘saudara sepatutnya bukan bergelar pemimpin politik tetapi sebagai pensyarah IPT’. Saya faham niatnya baik dan betul tetapi itu bukan kemahuan pengundi beliau sendiri.

 

Akhirnya Amin bukan sahaja tewas di tangan PN tetapi juga di tangan BN. Dari nombor satu bergelar MP jatuh nombor tiga. Apa signifikan dari keputusan tersebut? Taraf akademi atau intelektual anda bukan pilihan org Melayu.

 

———————————————————————————

 

Semalam saya ada berhujah dgn rakan2 FB. Saya katakan jika saya nak try hard to look scholaly atau lagak bak Profesor boleh sahaja joint sama mengutuk mereka yg mahukan sekali lagi wang KWSP sebagai tipikal Melayu yg malas, tidak bijak atau tiada substance nak lemahkan kerajaan ini. 

 

Tetapi saya peduli nasib dan permintaan mereka kerana saya tidak mahu kerajan ini menjadi kerajaan 22 bulan sekali lagi. Saya belajar dari kegagalan. Politik Malaysia soal populis, persepsi utk melahirkan sentimen bukan soal pemikiran intelektual.

 

Ia bukan soal cheap publicity tapi org Melayu menilai anda prihatin atau tidak nasib mereka. They dont care kamu sacrifice tak ambil gaji atau tidak… yg mereka pentingkan kehidupan mereka.

 

———————————————————————————-

 

Realistik mengenai kehidupan Malay urban dgn Melayu luar bandar sgt berbeza. Bukan sahaja gaya hidup tetapi pemikiran mereka. Pernah melepak dgn mereka?

 

Apa yg anak muda luar bandar borakkan? Umumnya mereka tak borak pasal harga telur, pasal tuala wanita, pasal korupsi, pasal bail out, intergriti… mereka borak pasal motor. Bunyi ekzos rakan tu gerek seh, siapa hebat willy motor, awek tu cun, memancing dan lain2.

 

Kalau soal agama bab sufism lebih mereka tertarik berbanding akhlak or fikh. Mereka terkesima org solat atas daun. Mereka terpegun penceramah2 politik bercerita soal syurga neraka. 

 

Ia bukan terjadi kpd bangsa Melayu sahaja tetapi kpd bangsa2 lain berdasarkan corak kehidupan di sekeliling mereka. 

 

Selalu saya katakan jika kamu ingin buka kedai Pizza Hut bukan di kawasan kampung sb org kampung mereka lebih suka makan gulai tempoyak dgn ulam.

 

Sebab itu kena lihat syarikat2 gergasi seperti Pizza, Tealive, KFC, Mc D mereka tahu kawasan strategik yg sesuai dgn produk dijual.

 

Kita lihat politik PAS mereka tak ceramah soal akademik atau politik secara intelektual walaupun ramai antara mereka berpendidikan tinggi. Peduli apa org nak kata politik sempit sebab soal syurga dan komunis kempen laku keras.

 

Nik Amar dlm satu ceramahnya… ‘buat apa pilih org lain… pilih PAS sekurang kurangnya ada Imam boleh sembahyang mayat.’ Bunyi mcm ‘bodoh’ tapi itulah marketing atau kempen mudah utk org Melayu luar bandar.

 

———————————————————————————

 

Bagi saya PH kena bersedia dari skg utk PRN paling lewat 6 bulan lagi dan GE16 atau juga utk kerajaan fragile ini kekal bertahan ikut tempohnya.

 

Utk tempoh 5 tahun pertama reformnya bukan 80% seperti diimpikan. Cukup 50% sahaja iaitu perubahan dlm mendidik dgn pencapaian purata 10% setiap tahun. Like i said PRU14 kita please rakyat vote us but after few months later we punish them tak boleh merokok di kedai mamak… ‘gila beb’. 

 

Tindakan itu bagus tapi tak kena masa. Ia bukan langkah populis yg patut didahulukan. Dlm politik negara yg rakyatnya sudah berpuluh tahun bergelumang dgn rasuah, subsidi dan rasuah syurga…utk mendidik mereka tidak boleh terlalu drastik.

 

Sebab itu saya katakan nak ubah Malaysia belajar dari Erdogan bukan dari Morsi. Kadang2 kena belajar dari kisah Wali Songo. Belajar pendekatan Sunan Kalijaga berdakwah dgn org2 Jawa ketika itu bagaimana.

 

Kita juga boleh belajar ilmu politik Mahathir, Najib dan Muhyiddin walaupun boleh saya anggap mereka ini fake leader atau hipokrit.

 

Nak kasi org Melayu faham Mahathir jarang sebut kleptopkrasi atau korupsi tetapi dia sebut ‘ Najib tu penyamun’ walaupun bahasa Inggeris Mahathir level Oxford.

 

Najib dia bagi BRIM… dari perspektif akauntabiliti atau intergriti ia seorang pemimpin yg bodoh tetapi itulah rahsia dia bergelar Bos Ku hingga reputasi meningkat. 

 

Begitu juga Muhyiddin dgn I-Lestari dan I- Citranyanya hingga dia bergelar Abah dan org Melayu sayang hingga 60% org Melayu percayakannya.

 

Ketiga2 mereka juga memainkan isu perkauman atau melahirkan perasaan benci kpd DAP kerana ia adalah senjata ampuh utk melawan PH. Mudahkan cara mereka berpolitik.

 

Dgn org Melayu mereka menyampah jika anda menyebut Sains politik seperti teori politik,dasar awam,politik negara, hubungan antarabangsa, politik perbandingan dan lain2. Ini semua sampah yg memeningkan kepala. Yg mereka nak tahu DAP ada atau tidak?

 

———————————————————————————

 

Moralnya PH kena fokus bagaimana utk menambat hati org Melayu yg hanya mengundi kita 11% sahaja. Bukan tidak perlu fokus kpd pengundi urban Malay, Cina dan India tetapi mereka pengundi intelektual yg tak perlu susah payah utk kita berkempen secara akademik dgn mereka.

 

Fokus kita kpd pengundi Melayu sb sampai bila kita mahu bergantung dgn BN dan Borneo? Kita tidak tidak sanggup pedagangkan agama dgn rasuah syurga kerana ia sgt hina. 

 

Jadi apakah formula utk menambat hari org Melayu. Kerjasama PH dan BN ini bersifat sementara utk kedua dua parti ini membina kekuatan. Tanya saya solusi telah diberikan di atas.

 

Selalu saya katakan jika mahu berpolitik akademik, intelektual dan integriti pentasnya di bandar2 atau sesama kita yg faham. Tetapi utk bawa produk ini ke kawasan2 org Melayu luar bandar ia tidak laku. Kamu kena bawa produk syurga, bangsa dan cash. 

 

Pilihlah dgn bijaksana dgn cara tidak menggadaikan intergriti seperti rasuah dan merasuah syurga. 

 

Jika ditanya kpd org Melayu luar bandar jika anda memberi dua buah buku satu berjudul ‘ Wali Songo’ dan satu lagi ‘Islam dan Sosialisme’ karya Prof Syed Hussein Al Attas agak2 buku mana yg diambil? Jika anda menjawab dgn betul anda sudah memahami pemikiran org Melayu.

 

Esok: Di mana kelemahan PH…

 

 

PULANGKAN HARTA YANG DIPUNGGAH

 

Oleh: SHAHBUDIN EMBUN

Semasa menyampaikan perutusan dalam Majlis Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menarik perhatian kita apabila menegaskan bahawa beliau akan menamatkan amalan rasuah yang didakwanya menggunakan kepimpinan politik dan kedudukan dalam kerajaan sebagai “kesempatan untuk memunggah

kekayaan”.

Anwar terus menegaskan bahawa….kerajaan ini akan pastikan sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang dipunggah itu dipulangkan semula kepada rakyat. Ini bukan kecil jumlahnya”.

Apa yang menarik tentang kenyataan ini ialah walaupun Anwar tidak menyentuh secara langsung pentadbiran atau nama individu yang dimaksudkannya, namun beliau telah menyebut pihak itu sebagai “pernah menjadi menteri kewangan” dan “bekas perdana menteri”.

Biarlah teka teki itu menjadi perbincangan di kalangan kita semua.

Kenyataan tegas Anwar ini sangat konsisten dengan apa yang diperjuangkan selama ini. Bahkan sebaik sahaja beliau memegang jawatan perdana menteri, beliau telah menegaskan akan memecat mana-mana menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa. Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar begitu serius dan komited memerangi rasuah .

Ketegasan ini pastinya akan menambahkan lagi keyakinan para pelabur asing untk membuat pelaburan di negara kita dan sekali gus dapat membantu memulih dan memperbaiki kedudukan ekonomi negara yang semakin meruncing sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Hal Ini perlu diberikan perhatian, kerana Malaysia merupakan negara perdagangan yang selama ini mencatat kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan usaha kita menerima pelaburan domestik dan luar negara.

Sebenarnya rakyat Malaysia sudah lama sedar yang masalah rasuah sememangnya boleh diibaratkan seperti barah yang merosakkkan kehidupan dan ekonomi di negara kita ini.

Perkataan seperti nepotisme, kronisme dan ketirisan sering dikaitkan dengan masalah rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia.

Apatah lagi, masalah ini sering juga dikaitkan dengan nama-nama mereka yang terlibat dalam dunia politik dan pentadbiran. Rakyat sudah muak dan mahukan kerajaan terus memerangi musuh negara ini.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) juga secara konsisten telah lama melaungkan agenda yang sama. Bahkan pada tahun 2021, MPM pernah menggesa menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi meneliti isu pendedahan dalam ‘Kertas Pandora’ berhubung transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang negara membabitkan beberapa individu berpengaruh.

MPM merasakan yang penubuhan RCI dijangka dapat memberikan pencerahan kepada segala kekeliruan di kalangan rakyat tentang isu tersebut.

Sila layari kenyataan MPM tersebut – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pandora-papers-mpm-gesa-pm-tubuh-jawatankuasa-khas-siasatan-rci-324895

Kertas Pandora bukanlah satu isu baru. Bahkan semasa Anwar menjadi ketua Pembangkang, beliau pernah meminta kerajaan ketika itu, untuk segera menyiasat segala pendedahan dalam Pandora Papers.

Gesaan Anwar itu boleh dibaca di sini – https://m.malaysiakini.com/news/595090

Untuk imbas kembali, beberapa pihak media sebelum ini telah memetik Pandora Papers yang mendedahkan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, dan ramai lagi individu yang dilaporkan menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lepas.

Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki 14 firma di serata dunia.

Menurut pendedahan itu, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Sekarang sudah sampai masanya untuk kita menyiasat dengan lebih terperinci akan masalah ini.

Nota – Shahbuddin Embun adalah Penganalisis Politik merangkap Pengerusi Biro Politik Dan Kepimpinan MPM ( Majlis Perundingan Melayu)

0

PERUNTUKAN PARLIMEN: SHAHIDAN KASIM BERSANGKA BURUK?


ORANG TAK CERDIK JANGAN DIDENGARI.



BOB KELANANG


Nicky Abodoh ni aku xheran la... dari dulu sampai sekarang penjilat UMNO walaupun walaun2 kata UMNO tu pemyamun...



SYAITON....


 Ni yang dikatakan setan..masa hampa ada kuasa tak pulak disuruhnya PM tamatkan operasi judi..bila hilang kuasa mula melalak macam hantu raya hilang tuan...hawauu punya low buy...




AWAS KONONNYA KEADAAN DI NEGARA EROPAH LOCKDOWN ..INI BERITA PENIPUAN YANG NYATA SEDANG BERLEGAR DI WASSAP. TUJUANNYA UNTUK MENGGUGAT KESTABILAN KERAJAAN PERPADUAN YANG ADA.

 Untuk perhatian :

Jerman Lockdown

Austria Lockdown

Amerika dalam keadaan teruk lagi,

Dubai menutup pintu untuk India mulai 1 Dis

*Tolong jaga diri*


Kanada mengharamkan penerbangan masuk dan keluar, dan jumlah kematian harian melebihi 1,000.


Arab Saudi melakukan sekatan penerbangan masuk dan keluar.


Tanzania menutup pintu negara sepenuhnya.


Brazil memasuki babak paling maut, dengan lebih 4,100 kematian hari ini.


Sepanyol telah mengumumkan bahawa keadaan darurat boleh dilanjutkan.


United Kingdom mengumumkan lockdown selama satu bulan.


Perancis lockdown selama 2 minggu. Jerman lockdown selama 4 minggu. Itali mengikuti rapat hari ini.


Kesemua negara/rantau ini telah mengesahkan bahawa gelombang ketiga COVID19 adalah lebih mematikan daripada gelombang pertama & kedua. Oleh itu, kita mesti berhati-hati dan mengambil semua langkah berjaga-jaga.


*Menjadi penyampai makluman antara rakan dan keluarga. Selamatkan semua orang daripada gelombang ketiga.*


*Jangan menilai dengan gelombang kedua sekatan bahawa tiada apa yang berlaku.*


Sejarah memberitahu kita bahawa, seperti selesema Sepanyol 1917-1919, gelombang ketiga adalah lebih berbahaya daripada gelombang pertama dan kedua. Berjuta-juta orang mati.


Malaysia?. Sedang menjemput gelombang ketiga. Sedang sibuk buat perancangan utk menyambut pelancong asing 2023.


*Lindungi diri anda dan Keluarga serta Rakan anda.*


😊🙏🏻 *PILIHAN DIMILIKI ANDA.*🙏🏻😊


Mengekalkan langkah biokeselamatan, memakai topeng, mengekalkan penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, dsb.


Sejarah tidak akan menipu, mari kita renungkan.

     __________

Tolong JANGAN simpan maklumat ini untuk diri sendiri, kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda.Untuk perhatian :

Jerman Lockdown

Austria Lockdown

Amerika dalam keadaan teruk lagi,

Dubai menutup pintu untuk India mulai 1 Dis

*Tolong jaga diri*


Kanada mengharamkan penerbangan masuk dan keluar, dan jumlah kematian harian melebihi 1,000.


Arab Saudi melakukan sekatan penerbangan masuk dan keluar.


Tanzania menutup pintu negara sepenuhnya.


Brazil memasuki babak paling maut, dengan lebih 4,100 kematian hari ini.


Sepanyol telah mengumumkan bahawa keadaan darurat boleh dilanjutkan.


United Kingdom mengumumkan lockdown selama satu bulan.


Perancis lockdown selama 2 minggu. Jerman lockdown selama 4 minggu. Itali mengikuti rapat hari ini.


Kesemua negara/rantau ini telah mengesahkan bahawa gelombang ketiga COVID19 adalah lebih mematikan daripada gelombang pertama & kedua. Oleh itu, kita mesti berhati-hati dan mengambil semua langkah berjaga-jaga.


*Menjadi penyampai makluman antara rakan dan keluarga. Selamatkan semua orang daripada gelombang ketiga.*


*Jangan menilai dengan gelombang kedua sekatan bahawa tiada apa yang berlaku.*


Sejarah memberitahu kita bahawa, seperti selesema Sepanyol 1917-1919, gelombang ketiga adalah lebih berbahaya daripada gelombang pertama dan kedua. Berjuta-juta orang mati.


Malaysia?. Sedang menjemput gelombang ketiga. Sedang sibuk buat perancangan utk menyambut pelancong asing 2023.


*Lindungi diri anda dan Keluarga serta Rakan anda.*


😊🙏🏻 *PILIHAN DIMILIKI ANDA.*🙏🏻😊


Mengekalkan langkah biokeselamatan, memakai topeng, mengekalkan penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, dsb.


Sejarah tidak akan menipu, mari kita renungkan.

     __________

Tolong JANGAN simpan maklumat ini untuk diri sendiri, kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

KERAJAAN MULA SALUR BANTUAN RM10 JUTA BERNAS

 

KEMENTERIAN EKONOMI PANTAU COVID 19 CHINA


GELOMBANG PN DI KEDAH AKAN REDA