SOQANG BERDENGKI DENGAN UMNO, SEBAB UMNO PECAT DIA. SOQANG LAGI BERDENGKI DENGAN ANWAR, SEBAB ANWAR MENDAHULUI DIA SEJAK ZAMAN ABIM SAMPAI SEKARANG....KAH..KAH...KAH
Apa nak jadi dengan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim ini?
Apakah kerjanya sebagai Ahli Parlimen hanya
ingin menukar kerajaan saja?
Sedih dan memalukan ada Ahli Parlimen macam
dia ini.
Kerja Ahli Parlimen ialah membela dan
memperjuangkan nasib rakyat, bukan asyik nak tukar kerajaan.
Tetapi, kenapalah Shahidan masih tak
habis-habis dengan keinginan nak menukar kerajaan?
Di Parlimen hari ini, beliau mencadangkan
agar akta antilompat parti diketepikan bagi memberi kebebasan kepada Ahli-Ahli
Parlimen untuk memilih kerajaan baru.
Ini kerana beliau mendakwa, kerajaan yang
ada sekarang gagal menangani kenaikan harga barang.
“Rakyat sudah tidak dapat lagi perlindungan
(kenaikan harga barang).
“Pegawai-pegawai kerajaan letih tentang apa
yang berlaku. Saya cadangkan tindakan segera diambil.
“Kalau nak apungkan semua (harga) barang,
saya sokong.
“‘Apungkan’ politik, benarkan akta lompat
parti diketepikan agar semua orang yang mahu menyertai kami boleh,” katanya
dalam ucapan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024, di Dewan
Rakyat, hari ini.
Aduhai Shahidan…kalau nak tukar kerajaan,
tunggulah PRU akan datang.
Buat sementara atau sehingga PRU16 akan,
berilah peluang kerajaan sedia ada dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim
menjalankan tanggungjawabnya.
Lagi pun, macam mana PN nak tukar kerajaan
sedia ada sedangkan jumlah Ahli Parlimen dimilikinya hanya 74 orang saja?
PN tak dapat jadi kerajaan bukan salah akta
lompat parti, tetapi sebab tak cukup jumloahhh…
Dengan itu, jangan salahkan akta lompat
parti.
Lagi pun, Anwar dah cabar beberapa kali
sebelum ini supaya bawa usul undi tak percaya terhadapnya di Parlimen jika
benar PN ada sokongan untuk tubuh kerajaan.
Kenapa tak berani nak bawa? –
ShahbudinHusin 24/10/202