Oleh: Ahmad Nadhir Yob
ULASAN: Melihat kepada perbandingan manifesto barisan Nasional (BN) dan
Pas Terengganu, kita boleh dapat melihat apa fokus dan visi yang ingin dibawa
kepada rakyat negeri Terengganu oleh kedua dua gabungan pada Pilihan Raya
Negeri (PRN) kali ini.
Pihak Pas dengan tema kempen teguh pertahan kerajaan memberikan 10
tawaran manakala BN dengan slogan Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran
menawarkan 23 janji kepada rakyat Terengganu
Perlukan pertumbuhan ekonomi
Penulis tidak berniat untuk fokus kepada setiap perincian
manifesto setiap parti. Apa yang ingin penulis lontarkan ialah parti manakah
yang meletakkan keutamaan dan keperluan rakyat Terengganu di dalam manifesto
mereka pada kali ini.
Ahmad Nadhir Yob
Rakyat Terengganu sebenarnya memerlukan pertumbuhan ekonomi dan
juga peningkatan taraf hidup yang lebih baik.
5 tahun di bawah pemerintahan Pas jumlah pelaburan yang masuk ke
negeri ini relatifnya sangat kecil berbanding dengan negeri-negeri lain.
Namun begitu melihat kepada 10 janji yang ditawarkan oleh Pas,
tidak ada sebarang janji yang memfokuskan kepada meningkatkan pelaburan masuk
ke negeri Terengganu.
Janji yang ditawarkan itu sangat bersifat umum tanpa ada
penerangan yang jelas bagaimana untuk mengembang dan mengekalkan pertumbuhan
serta mengekalkan kebolehsaingan negeri untuk menarik pelabur luar.
Janji gula gula pilihanraya
Banyak janji lebih berfokus pada pemberian gula-gula sahaja seperti
pinjaman pembelian motorsikal dan sebagainya. Jika hanya memberi motorsikal
tanpa pekerjaan pada anak muda, di manakah anak muda mahu mendapatkan wang
untuk mengisi minyak motor?
Mengenai pemberian geran usahawan kepada belia yang ingin
memulakan perniagaan, penulis ingin bertanya kepada Pas Terengganu apakah
langkah seterusnya selepas pemberian geran usahawan pada golongan belia ini
bagi memastikan keusahawanan di peringkat belia dapat bertahan dan juga
berkembang sebagaimana dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi dalam Inisiatif
Pendapatan Rakyat?
Bagi penulis tidak cukup sekadar pemberian geran tanpa latihan dan
juga infrastruktur serta sokongan daripada kerajaan bagi memastikan projek
keusahawanan berjaya dan menyumbang kepada peluang pekerjaan.
______________________________________________________________________________
Penulis merupakan Pengarah Biro
Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman