Shahir punya sambut cabaran pada Rafizi saya terkejut sb mana ada pemimpin PAS berani berdebat. Mereka hanya berani di hadapan penyokong mereka yg ternganga mulut mendengar khayalan dan propa2 mereka sambil ketawa… bersetuju tanpa berfikir.
Sebab itu samada berdebat soal agama apatah lagi ekonomi pemimpin PAS tidak akan berani kerana bimbang penyokong mereka tahu pemimpinnya tidaklah hebat mana.
Bagi saya cabaran itu sekadar nak tunjuk hero depan penyokongnya. Mcm dulu Sifu dia nak buktikan kononnya di pihak benar dia saman… menjerit la walaun. Tiba2 dia tarik saman dan bayar ganti rugi. Patut org yg kena saman minta saman ditolak ini org yg saman pula tarik saman.
Samalah dia yg cabar Rafizi dan dia juga yg tarik diri. Apa nak buat, memang mereka yg berani borak berdegah degah di depan mereka yg lemah. Bersyarah tiada soal jawab jadi org tak tahu ilmu level mana. Mereka pula pemegang dalil dunia…
Patut pembangkang yg akan ajak berdebat tapi kali ini kerajaan yg ajak pembangkang berdebat. Seperti juga dulu patutnya pembangkang yg mahukan audit negara dan kerajaan menolak tetapi itulah bila bersalah mereka akan takut utk rakyat tahu.