WALAU APA PUN RUNDINGAN, LAKUKAN DENGAN TERBAIK

 

Perbincangan berkenaan pembahagian kerusi antara PH dan BN untuk PRN nanti perlu dilihat di peringkat nasional.


Contohnya, Kelantan dan Terengganu, BN punya peluang lebih cerah daripada PH. Jadi adalah lebih baik kalau BN dibiarkan menguasai pembahagian kerusi di dua negeri tersebut.


Manakala Selangor dan Pulau Pinang, biar PH yang kuasai. Kecuali kerusi-kerusi yang marginal boleh diperbincangkan.


Manakala Kedah dan Negeri Sembilan, perlu ada pembahagian yang lebih sistematik. Biar BN kawal Kedah tetapi jumlah kerusi yang ditandingi PH juga perlu seimbang. Tak terlalu sedikit.


Begitu juga di Negeri Sembilan. PH dominan terapi BN boleh tandingi jumlah kerusi yang cukup untuk menyeimbangi PH.


PH susah nak diterima di Kelantan dan Terengganu. Begitu juga BN di Selangor dan Penang. Jadi hanya Kedah & Negeri Sembilan perlu perbincangan yang mendalam. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.