GAMBAR HIASAN
Hari ini YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang pertama bagi tahun 2023.
Beberapa keputusan telah diputuskan melibatkan tindakan menperkasa sosioekonomi dan modal insan Bumiputera Madani di Pulau Pinang.
1. Demi memastikan hasrat meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera di Pulau Pinang dapat dicapai serta memacu pembangunan tanah wakaf, Kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta secara dana pinjaman mudah. Sebagai permulaan dana ini akan digunakan untuk membangunkan projek perumahan di atas tanah wakaf di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
2. Kerajaan juga telah melulusksn peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta bagi membolehkan 1,000 pelajar Tahfiz mendapat latihan kemahiran dan pensijilan TVET.
3. YAB Perdana Menteri bersetuju melantik YBhg. Tan Sri Khalid bin Ramli sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang baharu. Sesuai dengan kepakaran dan pengalamn beliau yang telah berkhidmat selama lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam.
Terima kasih YAB Perdana Menteri, sebagai penduduk Permatang Pauh saya begitu kagum dengan perkembangan dan langkah yang diputuskan ini.
Perkhabaran gembira ini pastinya turut dirasai oleh seluruh penduduk Permatang Pauh. Sesungguhnya inilah langkah awal Madani untuk Pulau Pinang.
Saya percaya selepas ini akan ada lagi perkhabaran gembira yang bakal menyusul untuk Pulau Pinang dan seluruh negeri yang ada di negara ini.
Syabas dan tahniah saya ucapkan atas tindakan yang dilakukan. Semoga peruntukan tambahan yang disediakan ini dapat meningkatkan sosioekonomi serta taraf hidup seluruh Bumiputera di seluruh negeri Pulau Pinang.