Hari tu aku tulis pasal ni, ramai marah. Sampai ada yang maki.
Mungkin ramai yang salah faham. Ingat aku sokong pengampunan Najib.
Aku tak sokong pun. Aku pun kalau boleh nak lihat Najib lebih
lama dalam penjara. Tapi yang aku nak ingatkan, pengampunan itu hak YDP Agong.
Jadi kalau keputusannya memihak kepada Najib atau tak, jangan
komen melulu. Kerana silap komen boleh jatuh ke tahap menghina YDP Agong.
Ia adalah satu kesalahan jenayah. Itu saja yang aku nak
ingatkan. Soal siapa dalam Majlis Penasihat Pengampunan Di Raja, bukan soal
utama.
Kalau YDP Agong mahu ampunkan, kita terima saja dengan hati
terbuka. Tak perlu nak komen melulu walaupun kita tak setuju. Guane boh?