Baru semalam aku jumpa video yang diviralkan oleh para pemfitnah
tegar yang berselindung di sebalik kopiah dan jubah - walaun la, siapa lagi.
Video yang diviralkan itu menunjukkan seolah DS Anwar menggatal.
Sebab ia diambil dari sudut yang kebetulan atau sengaja mahu ia kelihatan
begitu.
Tapi video ini, yang aku dapat dari WhatsApp Group, yang
dikatakan dari akaun Elizabeth Tan sendiri, menunjukkan sebaliknya. Ianya tak
disengajakan.
Elizabeth kelihatannya berjalan mengundur sambil matanya
tertumpu kepada screen telefon (merakam video). Manakala DS Anwar sedang
melihat ke arah lain.
Apa tujuan video dari angle lain diviralkan? Tak lain hanya untuk
memfitnah DS Anwar agar kelihatan gatal sekaligus membolehkan fitnah
disebarkan.
Nampaknya ada usaha nak menyamakan DS Anwar dengan lebai.
Maaflah. Jauh taraf DS Anwar kalau nak dibandingkan dengan lebai kebulur kamu.
Kalau teringin nak viralkan benda begini, kan lebih baik
viralkan ulama kamu yang tunjuk kemaluannya dalam messenger. Setidaknya ianya
perkara betul, bukan fitnah. Guane boh?