Permata, walau orang campakkan lumpur padanya, tetap tak jatuh
nilainya.
Di Malaysia, ada beberapa pihak berusaha gigih untuk merosakkan
reputasi DS Anwar. Tapi hakikat bahawa ketokohan dan kredibiliti DS Anwar jadi sanjungan
di peringkat antarabangsa tidak mampu dinafi sesiapa.
Mereka yang menghina DS Anwar dengan pelbagai hinaan yang tak
masuk akal, tak mampu dapatkan penghormatan seperti yang DS Anwar dapat walau
setakat 10% pun.
Pengiktirafan antarabangsa sebegini sebenarnya menguntungkan
negara. Ia akan memudahkan urusan perbincangan antara negara. Syukurlah DS
Anwar bukan jenis yang berani edarkan pdf sahaja.
InsyaAllah, dalam masa 5 tahun ini banyak faedah yang rakyat
akan nikmati hasil mempunyai seorang Perdana Menteri yang dihormati dunia.
Guane boh?