LOKMAN ADAM DEDAH ADA USAHA MEMUJUK GPS AGAR MENGKHIANATI KERAJAAN PERPADUAN



DENGAR LAGU NI- LAGU MULA ADALAH LAGU SELINGAN


Ada yang minta ulas tentang pendedahan Lokman Adam di mana ada usaha untuk memujuk GPS agar mengkhianati Kerajaan Perpaduan dengan jadikan jawatan PM sebagai umpan.

With all due respect, aku rasa Lokman ada sumber sendiri untuk berkata begitu. Tapi aku pula lebih cenderung untuk untuk anggap isu tebuk atap ni lebih kepada nak alih isu.

Pertama, masa Langkah Sheraton dulu, mereka atur secara senyap. Jadi kenapa kali ni nak dihebohkan? Sedangkan dulu master mind ada dalam kerajaan berbanding sekarang. Logiknya baik heboh yang dulu, rahsiakan yang sekarang.

Kedua, aku tak fikir Mahiaddin akan rela lepaskan jawatan PM kepada orang lain. Dulu mereka tolak pelawaan YDP Agong pun sebab jawatan PM akan jadi milik DS Anwar. Kalau masa tu YDP Agong kata Mahiaddin yang jadi PM, nescaya mereka terima.

Ketiga, akan ada tentangan yang begitu kuat dari kalangan MP Sarawak kerana PAS memang dibenci bukan sahaja oleh rakyat Sarawak, bahkan majoriti ahli parlimen mereka.

Keempat, PN + GPS pun masih belum dapat jumlah yang diperlukan. UMNO masih perlu ikut serta. Tapi selagi Zahid presiden, susah untuk itu berlaku apa lagi permusuhan Mahiaddin dengan Zahid semakin memuncak sekarang.

Tapi itu bukan tak bermakna perkara ini mustahil. Jika Mahiaddin yakin benar dia akan sangkut dalam kes Jana Wibawa, mungkin dia sanggup terima PM dari GPS. Tapi rasanya bakal ada perjanjian untuk tutup kes lepas tukar PM.

Bermakna, jika benar GPS berlaku khianat kepada Kerajaan Perpaduan dan benar PM dilantik dari MP GPS, ertinya Mahiaddin memang dalam keadaan yang sangat terdesak.

Sekarang kuncinya pada ROS. Jika ROS putuskan usul jawatan Presiden UMNO tak dipertandingkan sebagai tidak sah, maka peluang untuk jatuhkan Zahid cerah. Dan dengan itu, tak banyak halangan lagi tu betul tukar kerajaan.

Politik Malaysia susah nak agak. Sebab ahli politik kita ramai yang tak berintegriti. Ramai yang masuk politik sebab nak jadi kaya, bukan sebab nak bantu rakyat sangat pun.

Cuma dari pemikiran logik, satu faedah terbesar yang PN boleh dapat dari cerita tebuk atap ni hanya ia dapat buatkan musuh PN dari berhenti bercakap tentang Jana Wibawa.

Cuba tengok, di media sosial bahkan di parlimen sendiri, lebih ramai bincang soal tebuk atap ini berbanding Jana Wibawa sekarang. Jadi diversion ini boleh dikatakan berjaya.

Apa pun, kita berdoalah semoga kerajaan yang ada ini kekal. Semoga negara ini terlindung daripada perosak-perosak yang telah dan masih lagi mahu merosakkan negara kita. Guane boh?

Raja Gelap

.