PEGUAM USTAZ
Kes ini bermula pada hujung tahun 2021. Seorang ustaz dituduh
melakukan serangan seksual terhadap 5 orang budak di sebuah madrasah.
5 pendakwaan dibuat. Ustaz tersebut diheret ke mahkamah.
Selepas kes menjadi tular, media alternatif dan bloggers pun
pick up.
"Ustaz dituduh melakukan serangan seksual terhadap
kanak-kanak"
Agamawan + seks. Berita-berita contrasting sebegini confirm
laku.
Dua tahun kemudian, budak-budak 11 hingga 14 tahun yang membuat
pertuduhan itu akhirnya mengaku membuat pertuduhan palsu.
Rupa-rupanya budak-budak itu dikantoikan oleh ustaz sebab
melayan video porno dalam telefon bimbit.
Apabila ustaz mengambil tindakan tegas, ustaz itu pula kene
fitnah melakukan serangan seksual.
Maka Mahkamah akhirnya membebaskan ustaz tersebut. Syukur.
Yang lebih menarik, peguam yang mempertahankan ustaz tersebut
bukan peguam PAS. Pun bukan peguam Bersatu.
Yang mempertahankan ustaz itu PEGUAM DAP.
Ye. Peguam DAP yang dituduh anti-Islam telah mempertahankan
ustaz tersebut dan ustaz tersebut akhirnya mendapat keadilan yang sewajarnya.