MB dan TMB paling celupar, Sanusi dari Kedah dan Mat Amar dari
Kelantan berkata perpaduan PH dan BN takkan bertahan lama dan pasti akan
runtuh.
Mereka berkata pembahagian kerusi untuk PRN di 6 negeri pasti
akan timbulkan isu. Mat Amar kata, ini sebab sikap UMNO yang mahu jadi abang
besar, berdasarkan pengalaman PAS sendiri dalam MN.
Aku gelakkan sajalah. Mereka memang takut bila PH dan BN bersama
kerana kemungkinan untuk undi Melayu lari daripada mereka itu agak cerah. Jadi
mereka akan sentiasa cuba menghasut.
Aku pun tak tahu bagaimana proses pembahagian kerusi itu
dijalankan. Dan sekiranya berlaku sedikit pergeseran, itu benda biasa. Tidaklah
mengejutkan.
Cuma aku nak kata, ada 2 perbezaan jelas antara kerjasama PH-BN
dengan MN atau PR dahulu.
Pertama, kita ada DS Anwar Ibrahim. Seorang tokoh yang cukup
hebat dalam bab menyatukan seteru. Beliau pernah satukan PAS dengan DAP dan
kini DAP dengan BN, bahkan dengan GPS pun.
Sikap diplomasi dan tenang DS Anwar memang aset paling berharga
dalam kerjasama ini yang aku pasti ia bakal jadikan kerjasama ini sangat utuh.
Keduanya, dalam kerjasama PH-BN ini tiada PAS di dalamnya. Dan
itu satu faktor yang sangat penting.
Kalau kita telusuri sejarah, PAS telah sertai banyak kerjasama.
Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, Muafakat Ummah
dan yang terbaru, Perikatan Nasional.
Hampir semua yang PAS sertai gagal dengan teruk dan berakhir
dengan perpecahan. Kalau kaji, hampir kesemuanya gagal disebabkan oleh PAS
sendiri.
Bahkan Muafakat Nasional sendiri gagal apabila PAS haloba nak
bermain dua kolam. Dengan UMNO dia hendak, dengan Bersatu pun tak mahu lepas.
Waktu itu aku pun tak faham kenapa PAS nak lekat sangat dengan
Bersatu. Cuma lepas kerajaan baru naik, baru aku nampak apa sebenarnya.
Jadi aku positif dalam pembahagian kerusi untuk PRN ini.
Sebaliknya yang aku nampak, akan mula pergeseran antara Bersatu dengan PAS
selepas ini.
Sebab PAS rasa mereka semakin kuat. Kita boleh lihat dari
kenyataan majoriti lebai. Kebanyakannya mula bercakap dengan nada angkuh dan
bongkak.
Bersatu pula, sebagai pengeluar modal terbesar, pasti mahu jadi
lebih dominan. Tanpa akar umbi, Bersatu terpaksa menunggang jentera PAS serta bertanding
di kubu kuat PAS.
Persoalannya, bersediakah PAS? Setakat yang aku ingat, bila dia
rasa dia kuat, PAS akan mula besar kepala. Susah nak tengok PAS beralah nanti.
Dan masalah paling besar, akaun Bersatu pula dah dibekukan.
Sedangkan itulah umpan untuk jinakkan PAS. Tanpa duit yang banyak, mampukah
Bersatu tundukkan nafsu besar lebai?
PRN lambat lagi. Mungkin sempat akaun Bersatu dilepaskan. Atau
mungkin juga sempat Mahiaddin dan beberapa yang lain dipenjarakan.
Tapi aku yakin. Kalau Bersatu tak mampu sediakan dana sebesar
ketika PRU15 tempohari, PN tak akan bertahan. Alasannya cukup sekadar Bersatu
minta kerusi lebih di Kelantan dan Terengganu. Tengoklah nanti. Guane boh?
.