POLITIK KEMBALI TENANG DAN PN KEMPUNAN

 

NORMAN RADZUAN





POLITIK KEMBALI TENANG DAN PN KEMPUNAN

Bila KJ dipecat dan Hishamuddin digantung keahlian

MAHATHIR & NAJIB LEBIH KEJAM DARI ZAHID

Apakah tindakan Zahid ini kejam? Sebenarnya Zahid tidak sekejam mana kerana Mahathir dan Najib jauh lebih kejam dari Presiden UMNO ini.

Dlm politik anda perlu tahu tentang falsafah ini, “Samada kamu mati atau aku mati.” Jadi seseorang ketua kena ‘bunuh’ atau mematikan karier politik pesaingnya apabila melihat cuba mencabar kedudukannya.

Itu tindakan yg dilakukan oleh mana2 pemimpin politik di seluruh dunia kpd persaing2 mereka. Jadi ia bukan sesuatu yg baru, luar biasa dan kejam.

Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri beliau telah memecat atau mematikan karier politik ramai pesaing politiknya.

Musa Hitam, Ku Li, Anwar , Pak Lah dan Najib adalah antara mangsa campurtangan Mahathir. Malah Anwar bukan sahaja dipecat malah dipenjarakan hingga hilang jawatannya sebagai TPM.

Najib juga melakukan perkara yg sama terhadap Muhyiddin Yassin hingga hilang jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan TPM.

Malah kpd musuh politik yg dilihat mampu menjatuhkan kerajaannya…Anwar juga ke penjara di era beliau menjadi PM. Oh lupa Mat Sabu juga tersungkur juga.

Pandangan saya tindakan Zahid ini tepat demi kelangsungan politiknya. Apa implikasi pemecatan KJ dan pergantungan keahlian Hishamuddin? Ya mungkin sebulan dua ini kecoh seketika tetapi saya tidak nampak ia akn memberi kesan yg besar kpd UMNO.

Apatah lagi KJ bukan Timbalan Perdana Menteri, bukan Timbalan Presiden UMNO, bukan Menteri dan wakil rakyat. KJ hanya ahli biasa UMNO…yg luar biasa mengenainya dia sgt diminati oleh ramai kaum wanita kerana pakej ‘tall dark and handsome’ yg ada pada dirinya.

Tanya saya.. KJ tidak akn berdiam diri. Saya jangkakan beliau akn menyertai Bersatu utk meneruskan kesinambungan politiknya walaupun karektornya sesuai bersama PKR.

Apa pilihan yg ada walaupun dia amat sayang kpd UMNO. Dia bersama PN dan mungkin fokus utk menjadi MB N9 atau Selangor. Utk jangka panjang KJ ini sgt bahaya utk masa depan kerajaan perpaduan.

KJ seorang politician yg bijak dan berkarisma. Ia terbukti apabila beliau hampir berjaya menenangi Parlimen Sg Buluh yg sebelum ini ia adalah kerusi PKR yg mempunyai majoriti yg sgt besar.

Gerak Annuar Musa, Shahidan Kassim, KJ, Hishamuddin, Noh Omar, Shahril Hamdan serta mereka yg dilihat pro team B seperti Ismail Sabri dan Johari yg masih berada di dlm parti UMNO jgn dipandang sebelah mata. Saya yakin yg tercampak ini akn bekerjasama dgn PN pada PRN dijangka 5 bulan lagi.

Yg pastinya politik negara kembali tenang. Anwar tersenyum lebar, Zahid berasa tenang dan Muhyiddin kempunan. So sekarang kita boleh fokus kembali kpd Malaysia Madani.

Insyallah slogan Madani ini akan menjadi gagasan baru Kerajaan Perpaduan pimpinan DS Anwar. Madani yg membawa maksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (masyarakat, generasi dan sebagainya).

Silapnya Madani ini sebab kita tidak meminta bless dari Yg Berbahagia Tan Sri Tuan Guru. Jadi timbullah pelbagai dalil yg dulu dirinya sendiri menyebut Madani. Ok kita tenang2 aja… Tenang itu menang.