Hypothesis Politik
Jan 2023
Dah lama pula tak
menulis tentang hypothesis politik, especially bila yang terakhir tu tak tepat
sebab saya tak sangka yang Mail Sabri akan bubar parlimen waktu banjir. Anyway
wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Siapa sangka walaupun menang
kerusi lebih sikit dari PRU lepas boleh di nobat jadi Perdana Menteri, dan yang
menang kerusi paling banyak pula jadi pembangkang, mungkin sebab banyak telan
duit judi dan kedarah sedekah.
Salah satu sebab
jarang nak menulis sebab tak ada apa-apa yang menarik untuk di tulis dan sedang
"enjoying the fruits of my labour". Kelakar pula lihat orang
kebanyakan kagum dengan work ethic PMX, padahal dari dulu lagi saya tulis 2
ciri-ciri penting pada pemimpin itu ada iaitu Qawwi ( kuat dan competant) dan
Amin (amanah). Perhatikan juga kenapa Qawwi itu di letak lebih awal dari Amin,
sebab bukan semua orang ada ciri-ciri Qawwi.
Sebab itu saya bantah
bila ada asatizah yang sertu pengkhianatan atas alasan Allah akan bagi rahmat
sebab pandai baca doa dan boleh jadi imam solat. Saya bawakan hujah yang Allah
SWT sendiri suruh sempurnakan perjanjian; jadi masakan rahmat turun pada mereka
yang berkhianat? Hari ini kita dapat lihat yang kebenaran ijtihad Fuqaha terdahulu
kenapa pemimpin kena ada sifat qawwi dan amin.
Masa 33 bulan dulu,
saya cukup tak setuju bila ada orang kritik kata Dinosour politik tua semua
kena berhenti, konon-kononnya mereka nak kata pada Anwar lah tu sebab gagal
dapatkan balik mandat PH. Sekarang kita tengok hujung minggu pun bekerja, hari
cuti umum pun bekerja; padahal kita yang muda ini tengah senang-senang berlibur
di rumah. Hujah saya waktu itu sangat tuntas, saya kata umur itu hanya sekadar
nombor, kalau umur cecah satu kurun pun boleh khianat, yang muda pun sama.
Sebenarnya bagi mereka yang tua itu hanya Anwar, kalau yang hak sorang lagi tu
masih lagi muda. Sangat benar hadis Nabi di bawah ini.
"Hati orang tua
tetap muda pada mencintai dua perkara, panjang umur dan cinta harta."
[Hadits riwayat Muslim]
Saya sangat bersyukur
sebab PH dapat juga jadi kerajaan walaupun bersama dengan BN, GPS dan GRS;
sebab kalau PH tak dapat jadi kerajaan hari tu, memang selang 2 lagi PRU pun
tak boleh nak bangkit semula. Sebab banyak benda fitnah yang di bangkitkan oleh
Pertikaian Nasional macam kes budak-budak pergi sekolah pakai skirt, azan di
sekat, LGBT berleluasa Anwar tak boleh kontrol DAP; benda ini kalau tak jadi
kerajaan, tak boleh di buktikan.
Dia macam kes kerja
kosong, nak orang yang ada pengalaman sekian tahun, fresh grad nak apply tak
dapat sebab tak ada pengalaman, cuma kalau semua orang tak di beri peluang,
macam mana mereka nak buktikan kemampuan mereka? Bila PMX naik, kita sendiri
dapat lihat perubahan, Seri Perdana jadi tempat dan majlis agama, mererima
asatizah dan ulama-ulama besar, pelaburan asing banyak masuk, ringgit pun makin
mengukuh. Ini dia contoh kenapa kena ada pemimpin yang ada political will @
kemahuan politik.
Sebab itu bila PH
dapat jadi sebahagian dari kerajaan Perpaduan, pembangkang sekarang ini hanya
pandai pertikai. Dah la separuh dari MP pembangkang lebai, IQ tak berapa nak
cerdik, buat score card macam level ketua kampung, kerja hasut perkauman dan
agama. Lagi best, depa dok pertikai sampah-sampah peninggalan depa dulu, 33
bulan buat apa pun tak tahu. Padan ada yang kata menteri mereka 33 bulan ada
yang tak pernah buat mesyuarat sekalipun, ada pula yang kerja menghilang 2 hari
dalam masa seminggu.
Saya duk baca hint
dari PMX, banyak juga yang PMX cerita pasal kecurangan projek-projek tapi
nampak sangat agensi penguatkuasaan dan pendakwaan sangat perlahan. Ini pun
ramai yang inbox tanya saya, saya rasa PMX saja nak bagi muka tengok depa
perform macam mana. Kalau tak boleh jalan juga kes-kes tersebut, baru ada bukti
kenapa kena buat reform, rasanya boleh la buat penyucian besar-besaran dari
dalam. Kalau kepala aja yang Qawwi dan Amin, tapi yang tengah duk buta perut
pun tak jalan juga, macam itu ekor pun pakat membusuk.
Sebab itu kita
perasan, geng-geng pertikaian nasional dan yang kalah deposit ini, mereka suka
main isu lendir dan isu dalam kain sebab mereka dah kehabisan modal. Cuma saya
nak ingatkan satu sahaja untuk mereka yang suka bermain isu qazaf, jika apa
yang kita kata pada seseorang itu tidak benar dan fitnah, moga Allah kembalikan
apa yang di fitnah itu pada mereka dan keturunan mereka. Ingatlah, akan ada
satu hari di mana semua mahkhluk akan meminta belas kasihan dari Ah-Rahman atas
dosa-dosa di dunia, dan kepada yang galak sangat bermain isu lendir, moga kamu
mendapat balasan dua kali lipat atas apa yang kamu kerjakan di dunia.
WAllahualam
MMMS