ANWAR BANTAH MONOPOLI BERNAS, KEUNTUNGAN TAK DIKONGSI DENGAN PESAWAH MISKIN


 Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini berkata kira-kira 150,000 pesawah miskin di seluruh negara harus dibenarkan berkongsi keuntungan daripada import beras yang kini dimonopoli oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Anwar berkata keputusan kerajaan untuk melanjutkan konsesi Bernas selama 10 tahun lagi hanya akan memperkayakan segelintir orang terpilih.

“Kita membantah secara prinsip mana-mana monopoli. Monopoli akan membunuh pesaing lain dan mengakibatkan kenaikan harga.

“Jadi kita sebut tadi kita patut ada tender terbuka,” kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Nombor dua, bagi petani termiskin dari Sabah ke Sekinchan (di Selangor) ke Kelantan, benarkan mereka mempunyai sedikit ekuiti supaya keuntungan yang besar itu dapat memberi manfaat kepada mereka secara langsung,” kata Anwar.

Berdasarkan laporan, Anwar berkata Bernas meraih RM1.2 bilion pada 2018, RM1.3 bilion pada 2019 dan RM798 juta pada 2020.

“Pemegang saham juga menerima dividen sebanyak RM670 juta. Tetapi dengan monopoli ini semua pulangan akan diberikan kepada syarikat,” tambahnya.

Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk melanjutkan konsesi Bernas untuk tempoh 10 tahun bermula 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

Ditekan lebih lanjut mengenai cadangan PH untuk menyelesaikan isu jaminan makanan, Anwar mengulangi pendirian antimonopoli PH, pada masa yang sama menolak penubuhan pelbagai jawatankuasa kerajaan yang meneliti kebimbangan berkaitan.

“Dengar baik-baik jawapan PM pada Isnin. Apakah penyelesaian kepada masalah keselamatan makanan? (Untuk membentuk) jawatankuasa, jawatankuasa super dan jawatankuasa jihad!

“Kita ada masalah kita akan ada jawatankuasa. Kita ada lebih banyak masalah kita ada jawatankuasa penyelaras. Kita ada masalah serius kita ada jawatankuasa penyelaras yang serius.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah menggulingkan ahli jawatankuasa tersebut,” katanya.



SIAPA YANG MEROSAKKAN GUNUNG INAS SEBENARNYA ??

 SIAPA YANG MEROSAKKAN GUNUNG INAS SEBENARNYA ??

 

Walaupun Ahmad Bashah memperakui bahawa beliau yang meluluskan "Projek Musang King" bagi tujuan melindungi semula Gunung Inas setelah digondol (pembalakan) oleh pihak tertentu sebelum ini secara besar - besaran..

 

Disini kronologinya:

 

1. 2007 - 2008 UMNO/BN tukar status hutan simpanan Gunung Inas ke tanah pertanian

 

2. 2008 - 2013 Kerajaan PAS gondol  hutan simpanan untuk dijadikan ladang Sejahtera.

 

3. 2016 - 2018 UMNO/BN  beri kebenaran pada syarikat ECK Sdn Bhd untuk buka ladang durian musang king.

 

4. 2018 - 2020 Kerajaan PH memerintah, arah laksana DEIA dikawasan yang digondol.

 

4. 2020 -2022 Kerajaan PAS/PN memerintah. 4 Julai 2022 Bencana Banjir Kepala Air diMukim Kupang dan 42 buah Kampung terlibat. 3 orang korban,17 buah rumah total lost dan berpuluh rumah serta harta benda  rosak !

 

PERSOALANNYA SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB

KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG PARTI AMANAH NEGARA (KANUN)

 

SEBARAN SEGERA

 

KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG PARTI AMANAH NEGARA (KANUN)

 

Lanjutan daripada siasatan yang dibuat ke atas Presiden Parti AMANAH Negara, YB Muhammad Sabu semalam berikutan flashmob seluruh negara yang diadakan pada 16 Julai 2022 yang lalu, pihak Polis hari ini telah hadir ke Wisma Parti AMANAH Negara di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

 

Kedatangan pihak Polis adalah dibuat tanpa tanpa sebarang pemberitahuan awal. Seorang pegawai Wisma telah dipanggil untuk hadir ke Bukit Aman tengahari ini untuk merekodkan keterangan.

 

Kami mengecam tindakan intimidasi yang terus dilakukan oleh pihak Kerajaan BN/PN pada hari ini walaupun isu yang diperjuangkan khususnya oleh AMANAH ini adalah bagi kepentingan rakyat keseluruhannya iaitu berkaitan kenaikan harga barang.

 

Walaubagaimanapun, kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak PDRM dan percaya bahawa pihak PDRM hanya menjalankan arahan sahaja.

 

Kami juga percaya sepatutnya pihak Kerajaan memfokuskan pada usaha memerangi sindiket minyak paket serta jenayah lain yang berkait rapat dengan kenaikan harga barang dan bukannya sibuk untuk menghalang dan mendiamkan suara dan resah hati rakyat. 

 

Sekian.

 

Fadhli Umar Aminolhuda

Peguam KANUN

PKR AKAN PASTIKAN KAWASAN INI DI MILIKI SEMULA.

 Nama nama(MP Keadilan)

PENGKHIANAT PRU14 .


1-Azmin Ali -

Gombak - Selangor.

2- Zuraida Kamaruddin-

Ampang - Selangor.

3- Dato Saifuddin Abdullah -

Indera Mahkota Pahang.

4- Baru Bian -

Selangau - Sarawak.

5- Dato Kamaruddin Jaafa -

Bdr Tun Razak - KL.

6- Dato Mansor Othman-

Nibong Tebal - Penang.

7- Dato Rashid Hasnon-

Batu Pahat - Johor.

8- Dato Dr. Santhara Kumar -

Segamat - Johor.

9- Ali Biju -

Saratok - Sarawak.

10- Willie Mongin -

Puncak Borneo - Sarawak.

11- Jonathan Yasin -

Ranau - Sabah.

12- Larry S’ng -

Julau - Sarawak

13 - Steven Choong -

Tebrau - Johor

Dewan kecoh, Ahli Parlimen selar rakan sejawat 'buat kenyataan seksis'..akhirnya kau dimalukan





18.07.2022 | PENYERAHAN SURAT JEMPUTAN DAN WANG TUNAI RM100 KEPADA ISMAI...


Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan wang tunai RM100 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai simbolik keperitan hidup rakyat. Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa



PUTAQ APA PAK LONG MAIL...RAMAI DENGAR DAN JELAS. MINYAK MASAK PAKET PENIAGA GORENG PISHANGG TAK BOLEH GUNA...

 

PM dakwa kenyataan di Parlimen berkaitan Makcik Goreng Pisang diputar belit

PM dakwa kenyataan di Parlimen berkaitan Makcik Goreng Pisang diputar belit

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya berkenaan minyak paket yang digunakan Makcik Goreng Pisang.

Beliau menegaskan sebenarnya, minyak paket yang bersubsidi adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial.

“Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka?

“Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket.

“Bukan sesuatu yang mudah tetapi ada perkara-perkara yang kita perlu pertimbangkan.

“Tetapi, Kerajaan tidak berdiam diri. Insya Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.


Zalina Azman dipercayai masih berada dalam negara - Polis

 

Bernama

Zalina Azman dipercayai masih berada dalam negara - Polis
Wanita yang didakwa mirip Zalina Shaharah itu muncul di kafe miliknya di Seksyen 9, dekat sini kira-kira 1 tengah hari dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas dipercayai masih berada dalam negara.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata ia susulan setelah pihaknya mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Imigresen.
Mohd Iqbal berkata setakat ini pihaknya turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh orang awam selepas hebahan berhubung kehilangan Zalina Shaharah, 58, dilakukan polis.
Pagi tadi sebuah portal hiburan tempatan melaporkan terdapat individu yang mendakwa melihat seorang wanita seperti Zalina Shaharah pada Ahad lepas menerusi Twitter miliknya, Mosyuki Borhan.
Wanita yang didakwa mirip Zalina Shaharah itu muncul di kafe miliknya di Seksyen 9, dekat sini kira-kira 1 tengah hari dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.
Isnin lepas, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.
Zalina Shaharah dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
-- BERNAMA


"Nak 'review' jangan tanya tauke!" - Anwar desak henti dasar monopoli Bernas

 


Hasimi Muhamad
"Nak 'review' jangan tanya tauke!" - Anwar desak henti dasar monopoli Bernas
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, dasar itu hanya membuka peluang kepada golongan kaya untuk mengaut keuntungan tanpa mengatasi masalah sebenar yang dihadapi oleh para petani dan pesawah. - Foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar kerajaan menghentikan dasar monopoli import beras yang diberikan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).
Ketua Pembangkang itu mendakwa, dasar itu hanya membuka peluang kepada golongan kaya untuk mengaut keuntungan tanpa mengatasi masalah sebenar yang dihadapi oleh para petani dan pesawah.
Tegas Ahli Parlimen Port Dickson lagi, sepatutnya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) atau Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dilibatkan dalam mencari jalan penyelesaian dan membela nasib golongan berkenaan.
"Satu syarikat punyai monopoli dengan keuntungan ratusan juta ringgit, mengapa tidak boleh dibantu petani melalui Nafas atau pertubuhan Peladang... mengapa diteruskan dasar monopoli?
"Hentikan monopoli import beras supaya peladang dan petani atau pesawah padi mendapat manfaat langsung. Dulu kita berikan kouta peratusan kepada persatuan peladang terutamanya Nafas. Mengapa hal ini diteruskan (monopoli), kerana kita bantah keras dasar yang menguntungkan pemodal dalam keadaan rakyat dan pesawah padi kesusahan," katanya ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Menjawab persoalan tersebut, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, keputusan melanjutkan konsesi Bernas sebagai pengimport tunggal disifatkan sebagai tepat dalam memastikan bekalan beras negara sentiasa dalam keadaan stabil.
"Konsesi Bernas bukan satu konsesi yang berat sebelah... Bernas diminta memenuhi 10 obligasi yang saya terangkan semalam, di mana salah satunya membantu pesawah membangunkan sistem 'soil profile' dan menguruskan pelbagai oblogasi," ujarnya.
Bagaimanapun, Anwar mempertikaikan usaha tersebut yang didakwa tidak berlaku dan mengulangi pendirian bahawa penglibatan persatuan peladang amat diperlukan bagi membantu golongan petani dan pesawah.
"Mengapa nak suruh tauke besar selenggara masalah pesawah padi? Soalnya puluh tahun patut review (semak semula). Review jangan tanya tauke, tanya rakyat dan peswah padi," tambah Anwar.

Flashmob barang naik: Polis ‘datang’ ke Wisma AMANAH didakwa desak rampas komputer


 By / July 20, 2022

Susulan mengadakan flashmob barang naik hari ini pihak polis telah ‘datang’ ke Wisma AMANAH Jalan Kuching dan didakwa mendesak mahu merampas komputer di ibu pejabat itu.

Ketua Wanita AMANAH Aiman Athirah Sabu melalui Facebooknya telah berkongsi maklumat kedatangan pihak polis di Wisma Amanah serta mendakwa pihak polis mendesak untuk masuk ke pejabat untuk merampas komputer.

Sehubungan itu, maklumat ini turut disahkan pula oleh Peguam Biro Undang-undang AMANAH (Kanun) Fadhli Umar Aminolhuda yang mana mengecam tindakan intimidasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN/PN.

Ini kerana katanya, isu yang diperjuangkan khususnya oleh AMANAH adalah bagi kepentingan rakyat keseluruhannya iaitu berkaitan kenaikan harga barang.

Difahamkan kehadiran pihak polis hari ini merupakan lanjutan daripada siasatan yang dibuat ke atas Presiden Parti AMANAH Negara, Muhammad Sabu semalam.

Pihak Polis hari ini telah hadir ke Wisma AMANAH berikutan flashmob seluruh negara yang diadakan pada 16 Julai 2022 yang lalu,

Katanya, kedatangan pihak Polis adalah dibuat tanpa tanpa sebarang pemberitahuan awal.

Flashmob barang naik: Polis 'datang' ke Wisma AMANAH didakwa desak rampas komputer

Seorang pegawai Wisma telah dipanggil untuk hadir ke Bukit Aman tengah hari ini untuk merekodkan keterangan.

Kanun juga percaya sepatutnya pihak Kerajaan memfokuskan pada usaha memerangi sindiket minyak paket serta jenayah lain yang berkait rapat dengan kenaikan harga barang dan bukannya sibuk untuk menghalang dan mendiamkan suara dan resah hati rakyat.

“Walaubagaimanapun, kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak PDRM dan percaya bahawa pihak PDRM hanya menjalankan arahan sahaja” kata beliau.


KEBEBASAN TIDAK MEWAJARKAN PENGHINAAN

 

Sebagai masyarakat yang berbilang kaum dan agama, teras utama membentuk kepelbagaian adalah hormat menghormati antara satu sama lain.

Demi keharmonian, setiap warganegara harus memelihara harga dirinya dan harga diri orang lain dengan cara berbuat kebaikan dan berpesan dengan ketaqwaan.

“Dan bekerjasamalah antara kamu diatas kebaikan dan ketaqwaan, janganlah bekerjasama atas dosa (kejahatan) dan permusuhan” (Al Maidah : 2 )

Akhir-akhir ini nilai hormat kepada pegangan agama seseorang di kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis atas nama kebebasan bersuara.

Ada juga perbuatan menghina dibuat atas alasan kebencian sehingga menyakiti agama lain. Kedua-dua alasan ini dilarang oleh undang-undang dalam negara ini kerana ia boleh membawa sentimen permusuhan di kalangan rakyat.

Perbuatan menghina kepercayaan , keturunan mahupun sesuatu etnik perlu difahami rentas agama dan tidak eksklusif untuk agama tertentu sahaja.

Sebab itulah Syariat Islam menganjurkan dakwah dengan berhikmah dan berdebat dengan cara bertamadun dalam konteks silang agama.

Tujuan utama atau Maqasid berdakwah adalah mengekalkan keharmonian dan kerukunan berbagai agama dalam sesebuah masyarakat.

Kebebasan bersuara perlu diletakkan dalam acuan beradab, mengikut undang-undang negara dan dengan niat yang murni.

Ini bagi mengelak kebebasan bersuara disalahguna untuk tujuan benci membenci dan menimbulkan permusuhan di kalangan rakyat.

” Dan serulah ke jalan Tuhanmu (dakwah) dengan berhikmah dan dengan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan sesuatu pendekatan yang lebih baik, dan sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk” (Al Nahlu: 126)

Alasan berseni dalam konteks satira komedi seperti ‘standup comedy’ perlu mengambil kira betapa apa yang dikelakarkan dalam premis terhad itu dapat diakses secara meluas oleh mereka yang di luar sana melalui wahana sosial media

Hati-hati melahirkan ekpresi seni anda demi memelihara kerukunan sesebuah masyarakat yang sangat berpegang teguh kepada agama dan kepercayaannya.

Kita tidak boleh memaksa masyarakat kita menerima ekpresi kebebasan acuan Barat kerana kita bukan masyarakat Barat, kita ada acuan unik yang terbentuk sejak sekian lama.

Jangan salahkan keunikan masyarakat kita tetapi berkaryalah mengikut acuan kita dan budaya kita!

Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden Parti AMANAH.



SULTAN SULU BERI NOTIS 2017, NAJIB TAK BUAT APA APA?


JAWAPAN UNTUK HILMAN- AZMIN JATUHKAN KERAJAAN PH, MENGAPA ANWAR DILIBATKAN?

 

Azmin jatuhkan kerajaan PH, mengapa Anwar dilibatkan?

Azmin jatuhkan kerajaan PH, mengapa Anwar dilibatkan?

Kenyataan Setiausaha PN Selangor, Hilman Idham kononnya Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) amat melucukan.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam berkata, sebaliknya Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali telah dicatat secara rasmi dalam sejarah negara sebagai salah satu faktor kejatuhan kerajaan PH akibat menggelabahnya beliau berhadapan kes video viral pada 2019.

“Hilman Idham haruslah menerima hakikat bahawa ketaksuban Azmin untuk menutup isu video bilik hotel yang viral menyebabkan gerakan Langkah Sheraton berlaku

“Kenyataan Hilman membuktikan Azmin dan kartelnya tidak tahan panas dengan artikel yang diterbitkan oleh (portal) Malaysiakini.

“Azmin dan penyokongnya perlu menerima hakikat bahawa mereka ketika ini telah dilabel sebagai “pengkhianat” oleh orang ramai,” kata Thiban dalam reaksi balas kenyataan Hilman apabila nama Azmin ditimbulkan sebagai pengkhianat dalam Kongres Nasional KEADILAN baru baru ini.

Menurut Thiban lagi, setiap komen ke atas Azmin adalah adil memandangkan beliau menjadi dalang Langkah Sheraton yang sering disebut Langkah Syaitan dalam kalangan KEADILAN.

Kata mantan calon Naib Presiden KEADILAN itu, umum amat mengetahui latar belakang manoeuvre politik berkenaan dan sejarah tidak boleh dipesongkan bahawa Azmin gagal untuk mendapatkan jaminan Datuk Seri Anwar yang bakal diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8 untuk menutup kes berkenaan.

“Hilman harus keluar dari dilema bukan Anwar yang taksub dengan jawatan (PM) itu tetapi Azmin dan kartelnya. Anwar menolak tawaran untuk menjadi PM dengan sokongan kluster mahkamah (Umno) yang menuntut penyelesaian kes mereka.

“(Sebaliknya) Azmin yang masih tidur sekatil dengan Umno dan kluster mahkamah sehingga hari ini untuk menjaga kedudukannya.

“Tidak seperti Azmin, Anwar Ibrahim tidak pernah berkompromi dengan prinsip reformasinya untuk mendapatkan sebarang jawatan walaupun Perdana Menteri.

“Hilman harus menerima hakikat beliau atau Azmin tidak layak mengulas mengenai Anwar atau KEADILAN. Pengkhianat adalah pengkhianat. (Sebaiknya) Hilman harus fokus untuk membuktikan Azmin bukan tokoh yang sama dalam video “semburit” yang tular,” katanya.

Thiban juga mengingatkan untuk Hilman lebih bersedia menerima komen pedas di media dan jangan sesekali memesongkan sejarah, terutama kejatuhan kerajaan PH yang terang lagi jelas penglibatan Azmin bersama Bersatu meruntuhkan kerajaan 22 bulan itu.

MULUT PENUH SAGON..MANA DIA NAK JAWAB..KAH..KAH...WOIIII...DERIS 5 HARI....APA KABAW KAW



Menteri Agama jawab ‘berpusing-pusing’ tentang Amanat Haji Hadi yang difatwakan sesat

Datuk Mahfuz omar menyifatkan jawapan yang diberikan Menteri Agama Senator Datuk Idris Ahmad ‘berpusing-pusing’ berhubung pertanyaan tentang Amanat Haji Hadi yang difatwakan sebagai sesat.

Dalam pertanyan Ahli Parlimen Pokok Sena meminta sama ada benar ada negeri yang memfatwakan apa yang dikenali sebagai Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong sebagai sesat dan nyataan negeri-negeri tersebut.

Bagaimanapun, dalam jawapan secara lisan Idris Ahmad tidak menyebut secara jelas tentang apa yang ditanya Ahli Parlimen Pokok Sena.

Pertanyaan daripada Ahli Parlimen Pokok Sena

Di mana Idris hanya menjawab negeri Melaka sahaja memfatwakan Amanat Haji Hadi di Banggol Peradang, jawapannya ini tergantung tanpa menyatakan perkataan sesat.

Soalan kedua pula Mahfuz meminta Perdana Menteri menyatakan adakah benar fatwa sedemikian telah dikeluarkan daripada portal fatwa JAKIM?

Dalam pada itu, Idris Ahmad menjawab;

“Berkaitan maklumat berkenaan yang didakwa dikeluarkan dari portal fatwa jakim, untuk makluman Jakim telah menaiktraf portal sedaia ada iaitu e-SMAF kepada i-fiqh yang menghimpunkan emua pandangan hukum jawatankuasa musakarah MKI dan fatwa negeri-negeri mengikut kesesuaian dan keutamaan terkini.

Jawapan Menteri Agama Idris Ahmad

“Senarai pandangan hukum dan fatwa-fatwa yang terkandung dalam portal terbaru ini telah disusun semula, hanya pandangan hukum muzakarah yang majoriti difatwakan oleh negeri-negeri sahaja dimasukkan untuk hebahan kepada masyarakat.

Peguam Dr Zulqarnain Lukman turut berkongsi salinan jawapan menteri terbabit dan menyifatkan ianya pelik.

“Pelik juga orang tanya soalan lain jawab lain.

“Kalau tak nak jawab baik jangan jawab langsung daripada jawab konar konar,” kata beliau.

“Dah lebih 5 hari kot jadi menteri takkan tak tau camana nak jawab lagi. Bila kita cek portal i-Fiqh ada lagi fatwa itu,” sindir beliau..


 

SERAHAN JEMPUTAN UNTUK PM MEMBELI BELAH DENGAN WANG RM 100

RAYMEY RAHMAN

Serahan Jemputan Membeli Barang Keperluan kepada YAB Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri PMO Putrajaya dan duit belanja sebanyak rm 100 kepada Perdana Menteri.

#rahmatanlilalamin

#PakatanHarapan

#MediaOren