PM dakwa kenyataan di Parlimen berkaitan Makcik Goreng Pisang diputar belit
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya berkenaan minyak paket yang digunakan Makcik Goreng Pisang.
Beliau menegaskan sebenarnya, minyak paket yang bersubsidi adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial.
“Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka?
“Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket.
“Bukan sesuatu yang mudah tetapi ada perkara-perkara yang kita perlu pertimbangkan.
“Tetapi, Kerajaan tidak berdiam diri. Insya Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.