LOJI SIAP AIR TAK ADA
KERAKUSAN KUASA! MELAKA BERGOLAK & RAUF BAKAL DIPECAT
APABILA ORANG NOMBOR SATU TIDAK JADI KETUA EKSEKUTIF
PM Sekarang UMNO, Nak Buka Siasatan Bukalah! Kenapa Taknak? Saya Tiada M...
RENTASAN 1128 | GEMPAR!! TERCABAR DENGAN PM-9, ZAHID HAMIDI BAKAL SINGKI...
PUTAR ALAM KERAJAAN
Tengok sendiri putar alam kerajaan. Dalam berita ini kata,
ringgit lemah akan menggalakkan eksport. Dalam satu berita lain, Malaysia masih
bergantung kepada bahan makanan import.
Baik untuk eksport, aku tak mahu sangkal. Tapi aku nak tanya,
kalau eksport meningkat, siapa yang untung? Adakah rakyat terbanyak ataupun
cuma sebahagian daripada konglomerat?
Sekarang aku tanya pula. Bila ringgit lemah, semua barangan
import akan meningkat harganya. Itu termasuklah bahan makanan. Siapa yang
terkesan nanti? Adakah cuma konglomerat?
Sudah pasti turunnya nilai ringgit akan sebabkan peningkatan kos
bahan makanan dan itu pastinya akan menambah derita rakyat. Jadi kerajaan ini
lebih pentingkan korporat berbanding rakyat?
Ini masalah terbesar kita. Masalah kerajaan yang bodoh bekerja
itu satu. Yang lebih perit, bila mereka buat kerja, mereka letakkan kepentingan
rakyat jauh di belakang berbanding kroni mereka.
Dan kalau Najib jadi PM semula nanti, dia perkenal semula GST.
Bayangkan dengan beban yang sedia digalas masa ini, ditambah dengan GST,
mampukah kita hadapi hari-hari yang mendatang?
Nak besarkan saiz kek itu betul. Tapi soalnya siapa dapat bahagian
terbesar. Rakyat pastinya akan dapat bahagian paling kecil walaupun tepung
untuk besarkan kek diambil dari dapur rakyat!
Isnail Sabri memang tak layak menjadi PM. Tiada visi untuk
bangunkan negara. Tapi yang lebih jahat adalah pemimpin BN dan PN yang menyokongnya.
Sebab itu wajib rakyat tolak mereka ini demi masa depan negara. Guane boh?
Tuntut semula negara: Jangan pernah kita putus harapan
Kita perlu menyalakan semula semangat 2018, ketika rakyat Malaysia berganding bahu bersama menuntut perubahan dan reformasi
Saatnya kita semakin menghampiri pertengahan 2022, khabar angin semakin rancak bahawa pilihan raya umum akan dijalankan pada separuh tahun yang kedua tahun ini.
Ini tidaklah mengejutkan kerana, sejak pilihan raya umum pada 2018 yang lalu, Malaysia mengalami perubahan dalam pentadbirannya dengan begitu cepat, bermula dengan kerajaan Pakatan Harapan digantikan dengan regim Muafakat Nasional yang dipimpin oleh Bersatu. Umno kemudian mengambil alih dari Bersatu untuk memimpin kerajaan Muafakat Nasional.
Ini merupakan perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia. Sebagai hasilnya, dari Mei 2018 sehingga sekarang, kita mempunyai tiga orang perdana menteri yang berlainan.
Perubahan di dalam kerajaan ini berlaku akibat dari persengkokolan oleh ahli politik yang tidak menghormati kemahuan rakyat pada pilihan raya 2018.
Tidaklah mengejutkan, ramai warga Malaysia menyalurkan rasa kemarahan dan putus asa mereka ke media sosial kerana merasakan tidak mempunyai kawalan terhadap apa yang berlaku, yang menyaksikan segelintir ahli politik menjatuhkan demokrasi demi kepentingan peribadi mereka.
Cukup membimbangkan, ada yang reda manakala yang lain menjadi sinikal, menyatakan bahawa untuk kisah tentang demokrasi dan mengambil bahagian dalam proses pengundian adalah sebuah perkara yang membuang masa.
Janganlah kita benarkan diri kita jatuh ke dalam sikap endah tidak endah sebegitu dalam keadaan semasa ini. Apa yang berlaku pada pilihan raya 2018 boleh berlaku semula – namun jika kita berupaya untuk mengembalikan semangat kita untuk melakukannya. Hasil pilihan raya 2018 ini adalah kerana begitu ramai rakyat Malaysia yang mengatakan tidak kepada masa hadapan di mana rasuah dan salah guna kuasa berlaku sewenang-wenangnya.
Jadi, kita perlu mengambil hak kita pada pilihan raya akan datang dengan mengingatkan ahli politik untuk tidak mengenepikan kita. Kita akan mendesak mereka untuk menerima manifesto yang digerakkan rakyat. Kita perlu merampas pilihan raya 2018 dengan mengundi mereka yang sanggup untuk berkhidmat pada rakyat.
Untuk itu, Aliran dan lima NGO lain menawarkan Agenda Rakyat“. Agenda ini, yang sudah didukung oleh lebih 50 kelompok masyarakat awam dan sivil, menggariskan lima tuntutan sebagai asas perubahan dan reformasi dalam negara.
Kita perlu mendesak agenda ini kepada semua parti politik dan ahlinya. Inilah waktunya untuk kita menghentikan kerosakan akibat pentadbiran serta membersihkan kerajaan dari rasuah serta ketidakcekapan!
Ingatlah bahawa kita mempunyai kuasa untuk merubah nasib negara ini menerusi perubahan pengundian. Kita hanya akan menyokong parti yang komited kepada gagasan sebegini.
Asasnya, Agenda Rakyat menuntut agar parti politik dan ahli politik hendaklah:
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Kita perlu menyalakan semula semangat 2018, ketika rakyat Malaysia dari segenap lapisan bersama untuk menolak ahli politik yang hanya mengekalkan status quo (yang memberi keuntungan hanya pada segelintir) dan membuka jalan baru bagi sebuah masa depan yang lebih baik.
Menjelang pilihan raya akan datang, slogan kami adalah “Tuntut semula negara! Rakyat diutamakan, demokrasi sekarang“.
Jika anda ingin melihat kandungan Agenda Rakyat, berserta senarai penuh mereka yang mendukungnya, boleh semak sekarang di sini. Jika anda merupakan ahli kepada mana-mana NGO dan mahu mendukung Agenda Rakyat, bolehlah mengisi maklumat di borang sokongan dalam talian.
Chris Chong
Editor bersama, surat berita Aliran
12 Mei 2022
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Shafee, bekas pengerusi 1MDB bertikam lidah mengenai perjanjian PetroSaudi
KUALA LUMPUR: Perbicaraan Najib Razak berhubung tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan 1MDB bermula hangat pagi ini apabila peguamnya dan bekas pengerusi syarikat itu bertelagah mengenai satu perjanjian bernilai USD1 bilion.
Ia bermula apabila peguam Najib, Shafee Abdullah bertanya kepada Bakke Salleh, iaitu bekas pengerusi 1MDB, sama ada beliau sepatutnya mendapatkan nasihat daripada lembaga penasihat syarikat itu mengenai usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).
Bakke sebelum ini berkata, lembaga 1MDB mengarahkan pihak pengurusan untuk menjalankan usaha wajar sebelum meneruskan usaha sama tersebut, tetapi ini tidak dilakukan.
“Anda beritahu (dalam keterangan) bahawa apabila dilihat kembali, anda hilang sabar dan berasa bengang terhadap pengurusan kerana tidak mematuhi arahan lembaga,” kata Shafee ketika memeriksa balas Bakke, seorang saksi dalam perbicaraan.
“Anda juga kata, anda tak sepatutnya meletak jawatan.”
Ini mengundang respons daripada Bakke yang berkata, “Tidak, itu bukan maksud saya”.
“Ingatan saya masih sempurna. Saya tak tahu dari mana anda dapat (kata-kata) ini. Saya kata, ‘jika dilihat kembali, saya tak sepatutnya berkhidmat dengan 1MDB’.”
Shafee kemudian merujuk kepada keterangan Bakke pada prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 11 Feb 2016, dan bertanya sama ada beliau berpegang pada keterangannya mengenai usaha sama itu.
Bakke kemudian bertengkar dengan Shafee, dengan berkata, laporan PAC tidak menggambarkan keterangan penuhnya. Ini menyebabkan Shafee meminta Bakke menyatakan sama ada beliau berpegang pada keterangannya.
“Soalan saya mudah, saya hanya ingin tahu sama ada anda berpegang pada keterangan anda di hadapan PAC,” kata Shafee.
Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian mencelah dan memberitahu Bakke bahawa sebagai saksi, beliau perlu menjawab soalan.
“Saya pegang keterangan saya di hadapan PAC,” kata Bakke.
Beliau menjelaskan bahawa banyak perkara yang dikatakannya semasa prosiding PAC yang tidak dimasukkan dalam laporan jawatankuasa itu.
“Tidak bermaksud apa yang anda baca hari ini (laporan PAC) mewakili apa yang saya kata,” tambahnya.
Shafee kemudian bertanya Bakke, mengapa beliau bersikap mempertahankan dirinya dan memberitahunya “anda saksi, bukan tertuduh”.
Najib kini dibicarakan atas 25 tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana didakwa milik 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.
Perbicaraan bersambung.
PESANAN MESRA UNTUK ZAHID HAMIDI – BERHENTI SAJALAH SEBAGAI PRESIDEN UMNO!!
Selain Tun Mahathir Mohamad telah menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah berhubung dakwaannya bahawa Presiden UMNO itu pernah meminta campurtangan beliau berkaitan kes mahmamah yang sedang dihadapinya, bekas Perdana Menteri juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid Hamidi.
Saman yang bakal dikemukakan oleh Tun Mahathir ialah berhubung dakwaan Zahid Hamidi ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri sebelum ini bahawa nama sebenar bekas Perdana Menteri itu seperti mana tertera pada kad pengenalannya ialah Mahathir a/l Iskandar Kutty.
Zahid Hamidi mendakwa kad pengenalan biru Tun Mahathir yang tertulis nama sedemikian dihantar oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara kepadanya.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai firnah dan pembohongan daripada Zahid Hamidi, Tun Mahathir seterusnya mencabar Presiden UMNO itu menunjukkan bukti mengenai status dirinya yang seolah-olah menggambarkan dirinya bukan seorang Melayu.
“Jika dia tidak meminta maaf dan menarik balik fitnah itu, saya akan ambil tindakan mahkamah,” tegas Tun Mahathir.
Maknanya sekarang, sementara Zahid Hamidi telah menyaman Tun Mahathir dan Tun Mahathir sedia berdepan dengan saman tersebut di mahkamah, bekas Perdana Menteri itu juga bakal menyaman Zahid Hamidi.
Sementara saling saman menyaman berlaku antara Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir, Presiden UMNO itu juga turut menyaman Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin.
Saman itu berkaitan dakwaan Mahiaddin bahawa Zahid Hamidi pernah datang berjumpanya bersama timbunan agar campurtangan dalam kes mahkamah yang dihadapi Presiden UMNO itu.
Dalam dakwaannya, Mahiaddin berkata, Ahmad Zahid melawatnya selepas dia dilantik sebagai Perdana Menteri dengan membawa ‘fail bertimbun’ untuk diminta beliau campurtangan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.
Saman Zahid Hamidi itu juga telah disambut kesediaannya oleh Mahiaddin dengan penyataan pembelaan telah pun dikemukakan kepada mahkamah.
Begitu juga dengan kes saman Zahid Hamidi kepada Tun Mahathir, penyataan pembelaan turut telah dikemukakan dengan antara lain Pengerusi Pejuang itu mendakwa, Zahid Hamidi telah menemuinya sebanyak lima kali untuk melobi agar kes mahkamah yang dihadapinya digugurkan.
Sementara itu, sebagaimana semua rakyat Malaysia sedia maklum, Zahid Hamidi ketika ini sedang berdepan dengan 87 pertuduhan terkumpul berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram sama ada melibatkan Yayasan Akalbudi mahupun visa imigresen.
Dicampur 87 pertuduhan sedia ada itu dengan dua kes samannya terhadap Tun Mahathir dan Mahiaddin serta besar kemungkinan disaman pula oleh Ahli Parlimen Langkawi itu, kecuali sedia meminta maaf dan menarik balik tuduhan yang pernah dibuatnya, Zahid Hamidi kini mempunyai kes mahkamah berjumlah 90 semuanya.
Adakah mana-mana presiden parti lain di Malaysia dan di dunia ini pernah ada kes mahkamah sebanyak itu?
Berapa lama beliau perlu mengambil masa untuk menyelesaikan semua kes jenayah dan saman sivilnya itu di mahkamah?
Maka, pesanan mesra untuk Zahid Hamidi, elok berhentilah sajalah sebagai Presiden UMNO!! – ShahbudinHusin 17/05/2022.
HARAP2 APA YANG BERLAKU DI FILIPINA TIDAK BERLAKU DI MALAYSIA
Pada 9 Mei 2022 yang lalu, berlangsunglah Pilihanraya Presiden Filipina. Keputusannya anak bekas diktator Marcos, iaitu Ferdinand Marcos Jr atau lebih dikenali sebagai “Bongbong” beroleh kemenangan besar.
Lebih 30 juta undi memilihnya sebagai Presiden mengalahkan lawannya Leni Robredo, bekas Timbalan Presiden kepada Presiden yang lalu Rodrigo Duterte.
Leni Robredo adalah seorang peguam hak asasi manusia yang pernah mengalahkan Bongbong dalam pilihanraya Timbalan Presiden enam tahun yang lalu pada 2016.
Akhbar berbahasa Melayu yang terkenal di Malaysia bernama Sinar Harian pada 11 Mei 2022 melaporkan di muka depan dengan gambar-gambar foto diktator Marcos, isterinya Imelda dan Bongbong berserta tulisan besar berbunyi, “Rakyat Tumbangkan Marcos, Rakyat Juga Naikkan Marcos”.
Aku berasa sedih atas kemenangan anak diktator Marcos itu. Tetapi seperti calon Presiden yang kalah Leni Robredo, aku juga menerima hakikat bahawa rakyat Filipina telah membuat keputusan.
Aku perlu menghormatinya.Suka atau tidak, ia bukan pilihanku. Ini adalah konsekuen demokrasi melalui peti undi, bukan kuasa melalui laras senapang atau jerit pekik “peoples’ power” di atas jalanraya.
Tetapi kenapa, jika boleh, aku ingin orang lain yang menang dalam pilihanraya Presiden Filipina. Bukannya Bongbong Marcos. Sedangkan aku rakyat Malaysia, bukannya diaspora Filipino.
Berikut adalah jawapannya tentang soal tersebut dari catatan peribadi tentang apa yang aku lalui 36 tahun yang lalu, pada tahun 1986.
PERGI KE DAVAO, MINDANAO, FILIPINA
Pada tahun 1986, ketika itu aku memegang jawatan Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang beribu pejabat di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Aku mendapat undangan untuk hadir ke satu persidangan antarabangsa di Mindanao, Filipina. Persidangan itu merupakan satu persidangan solidariti dengan rakyat Mindanao dalam perjuangan mereka menentang diktator Presiden Ferdinand Marcos. Persidangan tersebut berlangsung di Bandaraya Davao.
Aku seorang diri berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Penerbangan itu mengambil masa lebih empat jam untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Manila. Dari Manila, aku menaiki kapal terbang lagi untuk ke Bandaraya Davao.
Kerana kesilapan komunikasi, aku tidak dapat bertemu dengan rakan Filipina yang sepatutnya menunggu aku di Lapangan Terbang Manila dan juga Davao. Selepas puas menunggu, tetapi tiada orang yang datang menjemput aku, lalu aku naik sebuah “kereta teksi sapu”.
Aku tunjukkan alamat tempat persidangan antarabangsa tersebut. Bukan di tengah bandara Davao, tetapi nampaknya jauh di kawasan pendalaman. Kereta teksi sapu yang dipandu oleh seorang lelaki Filipina yang baik hati, mengaku akhirnya kepadaku bahawa kami telah sesat.
Hari sudah melewati senja, dan gelap malam di mana-mana. Kereta teksi sapu itu memasuki jalan yang tidak sepatutnya, iaitu jalan tanah merah bukannya jalan bertar. Pada satu persimpangan, kereta yang aku naiki itu ditahan oleh sepasukan orang yang bersenjata.
Mereka berpakaian seperti tentera. Tetapi hatiku rasa tidak senang. Pemandu teksi sapu itu menyatakan pasukan yang membuat sekatan jalanraya itu ialah Tentera Parti Komunis Filipina.
Aku lihat pemandu teksi sapu yang aku naiki itu bercakap-cakap dengan Tentera Parti Komunis itu. Aku berfikir di dalam hati ketika itu bahawa aku telah dikhianati oleh pemandu teksi tersebut.
Aku mulai berasa bimbang dan cemas tentang keselamatan diri sendiri. Pada saat itu aku teringat anak-anak yang masih kecil dan isteri di Johor, Malaysia.
Kemudian kereta kami melepasi sekatan jalanraya itu. Pemandu teksi itu memberitahuku bahawa dia tadi bertanyakan Tentera Komunis itu tentang lokasi persidangan antarabangsa yang kami sedang cari.
Aku berasa lega dengan penjelasan tersebut. Pemandu itu bercakap benar. Lebih kurang setengaj jam kemudian aku sampai di tempat persidangan tersebut.
Kemuncak acara persidangan solidariti dengan Rakyat Mindanao itu ialah penyertaan kami para peserta dari pelbagai negara Asia di dalam satu tunjuk perasaan jalanan dan perhimpunan raksaksa menentang diktator Marcos di Bandaraya Davao.
Ketika berada di tengah-tengah tunjuk perasaan yang melalui jalan besar Bandaraya Davao itu aku menyaksikan anggota polis dan tentera Filipina yang lengkap dengan senapang rifle M16 berdiri siap siaga di setiap persimpangan jalan mengawasi kami para peserta antarabangsa.
Ketika itu, aku terfikir, aku mungkin telah melakukan sesuatu yang “gila” menyertai demonstrasi jalanan atas nama solidariti “internasional”dengan rakyat Mindanao dan Filipina menentang diktator mereka, Ferdinand Marcos.
Mujurlah tidak berlaku apa-apa yang buruk dalam demonstrasi tersebut.
Tamat persidangan di Davao itu, aku kembali ke Bandaraya Manila. Di kota besar yang melahirkan pemimpin pejuang Filipina seperti Rizal, aku sempat bertemu dengan tokoh-tokoh progresif di kalangan parti-parti politik kiri Filipina, pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, pejuang-pejuang pergerakan wanita, organisai pelajar dan juga kelompok intelektual.
Dari sesi perbincangan dan pertukaran idea bersama pemimpin-pemimpin massa rakyat itu, akan mendapat kesan bahawa diktator Marcos tidak akan dapat menahan kebangkitan gerakan rakyat Filipina yang dipanggil “Peoples’ Power”.
Andaian aku itu betul. Sekembalinya aku pulang ke Malaysia, tidak lama kemudian berlakulah gelombang kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh seorang wanita bernama Qurazon Aquino, isteri kepada tokoh pembangkang yang dibunuh Ninoy Aquino.
Dalam revolusi rakyat Filipina itu, Marcos berjaya digulingkan dan terpaksa lari meninggalkan Istana Malacanang terbang ke Hawai dan meninggal dunia di sana tiga tahun kemudiannya.
Kini, selepas lebih tiga dekad, anaknya Bongbong Marcos bangkit, memenangi pilihanraya Presiden Filipina dan akan kembali semula ke Istana Malacanang.
Aku mengurut dada.
Harap-harap fenomena Asia seperti ini tidak berlaku pula di Malaysia.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor
16 Mei 2022 (Isnin)
HUSAM MUSA : PAIP AKSB MERBAU CONDONG MURAH BOLEH BUANG SAJA?-
PAIP AKSB MERBAU CONDONG MURAH BOLEH BUANG SAJA?
Posting
semalam acah-acah saja.
Foto yg
saya siarkan semalam lebih kepada paip jenis MS. Maaf lah, kadang-kadang bagi
umpan dulu.
Kalau nak
tengok paip grp yg dibiarkan berhujan berpanas tanpa peneduh, lihat foto di
atas.
Paip ni
lah yg digunakan oleh Aksb yg selalu pecah itu.
Banyak
juga lagi, kan.
Paip ni
dipesan dari UAE. Bukan murah.
Bila dah
habis sidang Mahkamah, InsyaAllah saya boleh bagi tahu berapa kos untuk
paip-paip ni.
Besar
saiz tu kan? 1,100 mm.
Kalau tak
nak, elok bagi orang kampung guna. Di Thailand, penduduk kampung guna paip
terbuang untuk sangkar pelihara ketam nipah mereka.
Macam
mana saya boleh dapat foto-foto ni?
Ni
belakang loji, bukan mudah nak seludup masuk bagi orang luar macam saya.
Kebelakangan
ini, makin ramai staff Aksb rasa tak senang.
Macam
kabel atau peralatan elektrik Sg Bagan yg rosak sehari dua ini.
Staff
Jajahan yg kena marah. Pada hal semua urusan kontrak dulu dibuat oleh Ibu
Pejabat.
Kenapa
marah staff bawahan?
Exco
lepas kepala.
Termasuk
isu kabel ni.
Katanya
kabel dalam tanah Merbau Condong tu tak ada pasang pelindung atau casing.
Telanjang bulat macam tu dalam tanah.
Kalau
tersalah cangkul?
Jangan la
sampai saya siar foto kabel pulak.
Tak
percaya, MB turun lah periksa senyap-senyap.
Jangan
buat lembu kenyang ketika RAKYAT SUSAH.
AIR DAH
MULA KELUAR, TETAPI HITAM PEKAT.
TAK
KESIAN RAKYAT SENDIRI KE?
KALAU
BUAT MOLEK-MOLEK DULU, TAK ADA LA RAKYAT KITA SUSAH.
TEGUR
ELOK-ELOK, DISAMAN PULA. HAI.
(Posting
ni dan semalam saya buat santai, untuk lepas penat naik Mahkamah hasil kerenah
pemimpin-pemimpin Kerajaan Kelantan).
Husam
Musa
16
Syawwal 1443H
17 Mei
2022