HUSAM MUSA : PAIP AKSB MERBAU CONDONG MURAH BOLEH BUANG SAJA?-

 


PAIP AKSB MERBAU CONDONG MURAH BOLEH BUANG SAJA?

Posting semalam acah-acah saja.

Foto yg saya siarkan semalam lebih kepada paip jenis MS. Maaf lah, kadang-kadang bagi umpan dulu.

Kalau nak tengok paip grp yg dibiarkan berhujan berpanas tanpa peneduh, lihat foto di atas.

Paip ni lah yg digunakan oleh Aksb yg selalu pecah itu.

Banyak juga lagi, kan.

Paip ni dipesan dari UAE. Bukan murah.

Bila dah habis sidang Mahkamah, InsyaAllah saya boleh bagi tahu berapa kos untuk paip-paip ni.

Besar saiz tu kan? 1,100 mm.

Kalau tak nak, elok bagi orang kampung guna. Di Thailand, penduduk kampung guna paip terbuang untuk sangkar pelihara ketam nipah mereka.

Macam mana saya boleh dapat foto-foto ni?

Ni belakang loji, bukan mudah nak seludup masuk bagi orang luar macam saya.

Kebelakangan ini, makin ramai staff Aksb rasa tak senang.

Macam kabel atau peralatan elektrik Sg Bagan yg rosak sehari dua ini.

Staff Jajahan yg kena marah. Pada hal semua urusan kontrak dulu dibuat oleh Ibu Pejabat.

Kenapa marah staff bawahan?

Exco lepas kepala.

Termasuk isu kabel ni.

Katanya kabel dalam tanah Merbau Condong tu tak ada pasang pelindung atau casing. Telanjang bulat macam tu dalam tanah.

Kalau tersalah cangkul?

Jangan la sampai saya siar foto kabel pulak.

Tak percaya, MB turun lah periksa senyap-senyap.

Jangan buat lembu kenyang ketika RAKYAT SUSAH.

AIR DAH MULA KELUAR, TETAPI HITAM PEKAT.

TAK KESIAN RAKYAT SENDIRI KE?

KALAU BUAT MOLEK-MOLEK DULU, TAK ADA LA RAKYAT KITA SUSAH.

TEGUR ELOK-ELOK, DISAMAN PULA. HAI.

(Posting ni dan semalam saya buat santai, untuk lepas penat naik Mahkamah hasil kerenah pemimpin-pemimpin Kerajaan Kelantan).

Husam Musa

16 Syawwal 1443H

17 Mei 2022

#SaveKelantan