NAJIB SETUJU LAWAN RASUAH, MELUCUKAN

'

Sebaliknya, menurut Anthony, Anwar bertindak berani apabila menyatakan bahawa bahawa ‘cash is king’ ini akan menjadikan masyarakat kita mempunyai ‘dependency syndrome’. Maknanya, golongan miskin akan sentiasa bergantung kepada golongan elit politik untuk bantuan dan terasa terhutang budi kepada mereka tanpa satu pendekatan jangka panjang untuk memerdekakan mereka daripada masalah kemiskinan.



RAFIZI RAMLI PILIHAN NEGERI SEMBILAN! ADAKAH ADA SABOTAJ SEKALI LAGI!


HARI DEMI HARI NAMA RAFIZI SEMAKIN PANAS KERANA BELIAU ADALAH PILIHAN AKAR UMBI NEGERI SEMBILAN DAN KEBANYAKAN NEGERI!! BERJAYAKAN PENGEURUSAN PENGUNDIAN DAPAT MEMBERIKAN PENGUNDIAN YANG SAKSAMA!!! Sumber Video FB MB Negeri Sembilan



SEMENTARA TARIKH PRU15 DITENTUKAN KABINET, APA JADI JIKA PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO TIDAK DILULUSKAN ROS?

 

Meskipun UMNO telah berjaya meminda perlembagaannya melalui Perhimpunan Agung Khas semalam yang menetapkan pemilihan parti hanya akan diadakan selepas enam bulan PRU dilangsungkan, perkara itu masih tertakluk kepada kelulusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan atau RoS.

Menurut Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, terserah kepada jabatan itu untuk menentukan kelulusannya.

“Usul itu sudah diterima sebulat suara dan selepas ini UMNO akan menulis surat kepada RoS untuk mendapatkan kelulusan.

“Itulah dari segi prosedurnya.

“Kita tidak tahulah. Kita akan hantar permohonan itu untuk dapatkan kebenaran RoS terhadap pindaan itu. Kita tunggulah, kita pun tak tahu lagi,” ujarnya.

Kata beliau, UMNO perlu menghantar surat pemakluman kepada RoS berkaitan keputusan PAU Khas itu dalam tempoh 60 hari.

Persoalan utama di sini, bagaimana jika RoS tidak meluluskan pindaan tersebut yang bermakna UMNO perlu mengadakan pemilihannya sebelum 29 Disember sebagaimana ditetapkan jabatan itu sendiri sebelum ini?

Yang dirisaukan saja kerana pindaan itu dilakukan “di masa kecederaan” iaitu ketika tempoh pemilihan sedang ditangguhkan selama 18 bulan, malah menteri yang menjaga RoS iaitu Menteri Dalam Negeri juga merupakan musuh kepada UMNO.

Jika tidak diluluskan, apa pilihan yang ada pada UMNO selain akur untuk mengadakan pemilihan pada tahun ini juga?

Di samping itu, berkenaan kaitan pindaan perlembagaan tersebut dengan tarikh PRU15, Ismail Sabri menegaskan, ia sama sekali tidak mempengaruhi perkara itu.

Ini kerana katanya, penentuan tarikh PRU15 perlu dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan.

“Tarikh PRU itu ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan dari mesyuarat Kabinet.

“Kita akan bawa dalam Kabinet. Sementara parti berbeza dengan kerajaan.

“Parti pun tahu, kalau ada cadangan (untuk diadakan PRU) ia akan dibawa ke Kabinet dan Kabinet yang memutuskan.

“Kalau pun Kabinet sudah memutuskan tarikh, Kabinet akan beri mandat kepada saya untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong,” tambahnya lagi.

Ditanya, bila dijangka Parlimen akan dibubarkan, Ismail Sabri berkata, “kita tunggulah, kalau saya bagi tahu, maknanya semua sudah tahu awallah.”

Agak-agak cemas tak Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sekarang ini? -ShahbudinHusin 16/05/2022.




AWAT LA NGOK SANGAT- ZAMAN DULU SAMPAI SEKARANG SPESIS MACA NI WUJUD LAGI KAH DALAM UMNO NI.

 

MOHD SHAH RIM


Ni namanya bebudak suruhan.. Mail Sabri bukan mewakili UMNO di White House..

😂😂
May be an image of 12 people, people standing and text that says "SUARA AKAR UMBI UMNO DAN PERJUANGAN UMNO BERGEMA DI WHITE HOUSE WASHINGTON"

HASIL THESIS " MINORITI CONTROL MAJORITI


MOHD MUKHLIS 


Hasil thesis "minoriti control majoriti".

Terima kasih mentega "5 hari penuh Sagon" demi rahmat dapat cucuk langit selepas 2 tahun.

Bobobobok.

May be an image of 2 people, people sitting and text that says "SEBELUM DAPAT KUASA Harakahdaity Harakahdaiky Kelab malam: Tutup tahfiz: 'Sumbangan besar' dan kepentingan Hapus dulu politik? pusat hiburan January 10, 2019 September 26, 2018 SELEPAS JADI MENTERI 64.7 peratus maahad tahfiz diarah tutup operasi Ogos 2021 @ 2:15pm Kelab malam kembali dibuka, pengunjung teruja serbu' May 2022 PM P penddkantahtz PETALING mula!"

SURAT RAFIZI KEPADA JPP TENTANG KELEMAHAN PEMILIHAN PKR



15 Mei 2022

Dr. Zaliha Mustafa

Pengerusi

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)

Parti Keadilan Rakyat

A-1-09 Merchant Square

Jalan Tropicana Selatan 1

47410 Petaling Jaya.

KELEMAHAN SISTEM PENGUNDIAN YANG PERLU DIPERBAIKI SEGERA

Setelah proses pengundian secara fizikal berlangsung untuk enam buah negeri (Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan Pahang), beberapa kelemahan ketara telah berlaku yang membawa risiko menjejaskan integriti keputusan pemilihan kali ini.

Sementara saya cukup faham bahawa kelemahan-kelemahan ini berpunca dari keputusan pimpinan parti yang berkeras untuk menjalankan pemilihan sedangkan tempoh masa yang diberikan kepada JPP tidak mencukupi, tanggungjawab itu kini perlu digalas oleh JPP untuk menyelesaikan semua masalah-masalah ini.

Saya senaraikan semua masalah yang di kumpul dari pelbagai bantahan rasmi yang telah pun dikemukakan kepada JPP di Lampiran A untuk diteliti dan diambil tindakan dengan segera.

Sebagai seorang usahawan tech yang memperkenalkan beberapa produk dan aplikasi teknologi di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, saya faham bahawa masa yang diberikan kepada JPP (sekitar 2-3 bulan) adalah tidak mencukupi untuk membangunkan dan menguji aplikasi pengundian ADIL dengan sepenuhnya. Aplikasi undian fizikal dan atas talian ADIL sewajarnya diuji dengan jumlah pengguna yang jauh lebih besar berbanding keadaan sekarang yang mana sistem dipakai (deployed) tanpa diuji secara menyeluruh.

Tambahan lagi, daftar keanggotaan yang bermasalah dan mempunyai banyak data yang bertindih atau tidak lengkap akan menyebabkan mana-mana sistem yang dibangunkan akan bermasalah kerana apabila satu nombor kad pengenalan dimasukkan, sistem tidak dapat memanggil data yang tepat kerana terkeliru dengan data yang bertindih/tidak lengkap.

Walaupun saya faham masalah ini diwariskan oleh ibu pejabat kepada JPP, masalah itu ditanggung oleh JPP sepenuhnya.

Saya mohon supaya JPP membawa perkara ini kepada Presiden, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya satu keputusan yang adil kepada semua anggota diambil. Saya mengambil pendirian sepanjang kempen pemilihan ini, adalah profesional untuk tidak mengambil bahagian dalam apa-apa keputusan parti yang boleh mempengaruhi kempen pemilihan kerana itu tidak adil kepada calon-calon lain. Oleh itu, jalan yang adil dan profesional ialah membuat aduan rasmi kepada JPP untuk diputuskan memandangkan JPP diberikan mandat mengikut Perlembagaan menjadi badan bebas untuk mengendalikan pemilihan.

Saya memohon supaya JPP mempertimbangkan menangguhkan pengundian fizikal bagi negeri berbaki untuk memastikan semua sistem adalah hampir sempurna dan telah diuji sepenuhnya untuk mengelakkan pembatalan, penangguhan dan kekecohan yang menyusahkan anggota biasa.

Yang beramanah untuk bersuara

RAFIZI RAMLI

Calon Timbalan Presiden

Salinan Kepada:

Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Presiden

LAMPIRAN A

Berikut adalah masalah-masalah yang telah dilaporkan di kebanyakan pusat mengundi sejak hari Jumaat (13 Mei 2022) yang lepas:

1. Pengundi tidak diberikan sebarang slip (sama ada kod QR dan seumpamanya) yang menghadkan agar mereka mengundi sekali. Pengawas JPP hanya menyemak maklumat keanggotaan, selepas itu pengundi dibenarkan masuk tanpa pemantauan. Sistem undian ADIL membenarkan sesiapa untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan mengundi seberapa banyak kali. Keadaan ini dirakamkan dalam satu video yang berlaku di Cabang Tanah Merah dan bukti ini telah dihantar kepada JPP.

2. Kelemahan sistem ini membuka kepada risiko penipuan apabila seorang pengundi boleh membawa satu senarai anggota dengan nombor kad pengenalan dan mengundi berkali-kali bagi pihak pengundi lain.

3. Apatah lagi apabila jumlah pengawas tidak mencukupi dan pengundi yang berniat jahat boleh bolos dan mengundi berkali-kali.

4. Sistem undi fizikal ADIL juga menggunakan dua versi iaitu versi tablet dan versi laman sesawang (web version). Saya dimaklumkan bahawa versi laman sesawang belum disambung dengan pangkalan data keanggotaan yang lengkap hingga menyebabkan nama anggota tidak ada dan dikategorikan sebagai undi ragu. Ini menimbulkan kemarahan anggota kerana mereka telah menjadi anggota yang lama tetap nama tidak ada dalam senarai. Ini berlaku di beberapa cabang termasuk Johor Bahru, Indera Mahkota dan cabang lain.

5. Oleh kerana versi tablet masih belum stabil dan disesuaikan dengan muatan pelayan (server load) dan kelajuan internet, di banyak tempat undian dilakukan secara offline di tablet, iaitu undi dimasukkan tetapi kekal di peranti. Data hanya dimuat naik kemudian apabila disambung ke internet yang menimbulkan risiko undi hilang (atas alasan hilang dalam proses muat naik ke internet apabila tablet disambung ke internet).

6. Dalam pemilihan yang lepas, ada 20,000+ undi sebegini yang hilang atas alasan data hilang semasa dimuat naik ke internet. Saya menjadi mangsa apabila sebahagian besar cabang-cabang yang mengundi saya (termasuk Pandan, Selayang, Pensiangan dan lain-lain) mengalami masalah ini sedangkan saya hanya kalah sekitar 3,000 undi sahaja (mengikut data akhir).

7. Risiko bahawa perkara ini akan berlaku sekali lagi sangat tidak boleh diterima. Apatah lagi kali ini akan ada beberapa sumber data yang berlainan iaitu undian atas talian di telefon pintar anggota, undian di laman sesawang, undian di tablet yang bersambung dengan internet dan undian di tablet secara offline.

8. Ini bermakna keputusan akhir akan dimuktamadkan secara manual dengan menggabungkan undian dari (sekurang-kurangnya) empat sumber data yang berbeza. Apa-apa proses manual yang melibatkan data dan penggabungan data akan membuka kepada risiko penipuan dan manipulasi.

9. Oleh kerana JPP tidak mengeluarkan sebarang slip yang mengesahkan kehadiran anggota, anggota tidak boleh membandingkan jumlah yang keluar mengundi dengan jumlah undi yang direkodkan oleh sistem. Setakat ini, banyak cabang telah membantah bagaimana jumlah yang keluar mengundi adalah ratusan orang tetapi jumlah yang direkodkan di dalam sistem adalah terlalu sedikit.

10. Saya merasakan jumlah itu sedikit kerana JPP perlu menggabungkan data secara manual sebelum menunjukkan jumlah muktamad, tetapi perbezaan di antara jumlah yang keluar dengan jumlah yang direkodkan ini sudah tentu akan membuka ruang kepada pertikaian, perbalahan dan kontroversi di kemudian hari.

11. Saya juga menerima banyak laporan bahawa pengawas JPP datang dari negeri yang sama dan dipilih oleh orang-orang tertentu sahaja kerana tugas itu diserahkan kepada Pengerusi MPN. Di Kelantan contohnya, ramai pengawas adalah dari satu tempat yang dikaitkan dengan seorang calon yang turut bertanding di peringkat cabang. Ini berbeza dengan pemilihan-pemilihan lepas yang mana pengawas datang dari negeri dan kawasan berbeza untuk mengelakkan pengawas berat sebelah, seperti banyak dakwaan yang berlaku sekarang.




HUSAM MUSA : Aksb Merbau Condong - Paip Beli Mahal, Membazir Pula?

 











Aksb Merbau Condong - Paip Beli Mahal, Membazir Pula?

Sehari suntuk saya di Mahkamah Tinggi KB hari ini.

Kenyataan se orang saksi Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd atau Kpk Sdn Bhd - En Ozmin - telah dibatalkan sepenuhnya oleh YA Hakim.

Beliau gagal hadhir. Atas cadangan peguam Plaintif sendiri. Dengan itu kenyataan En Ozmin dibatalkan oleh Mahkamah.

Kes bersambung esok InsyaAllah, dengan peguam saya menyambung silang pemeriksaan ke atas Pengurus Besar Kpk Sdn Bhd.

Kerana itu, untuk posting hari ini saya ambil sudut santai saja.

Masih tentang Loji Aksb Merbau Condong. Paipnya pecah. Peralatan elektrik telaganya rosak. Telaga jejarinya gagal. Jumlah air tak cukup kapasiti seperti pesanan asal. Kualiti airnya bermasalah. Jangka masa siap lebih dari jadual. Kos pembinaannya meningkat. Belanja pembaikian terus meningkat.

Hari ini - kita tinjau melalui foto-foto - bagaimana paip dan peralatan lain pembinaan yg masih boleh dipakai, dibiarkan bersepah sekitar Loji Merbau Condong.

Saya ucapkan terima kasih kepada staf Aksb yg memanjangkan foto-foto ini untuk ditatap oleh Rakyat Kelantan.

Masih elok kan?

Terbuang akhirnya?

Aksb pernah di tegur oleh Ketua Audit Negara atas kecuaiannya menjaga aset-asetnya pada tahun 2014 dulu.

Berulang lagi?

Staff Aksb ramai, tak sempat pun nak jaga aset dengan baik?

Sekian dulu.

Husam Musa

15 Syawwal 1443H

16 Mei 2022

#SaveKelantan

 

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

 



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 7 malam hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan dimuat naik di Twitter memaklumkan antara negeri terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor , Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah.

Di Kedah ia meliputi kawasan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Selangor membabitkan kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, di Johor ia dijangka membabitkan kawasan Segamat dan Mersing, dan Sarawak meliputi kawasan Miri (Marudi) dan Limbang , manakala Sabah di kawasan Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

DR AFIFI UNDUR DIRI. ELOK UNTUK KEBAIKAN SEMUA PIHAK DAN MENJAGA AGAMA. BUKAN JUAL AGAMA SEMBANG MACAM BAGUS...

 


Terkini! Dr Afifi al-Akiti undur diri sebagai penasihat agama Sultan Perak


Dr Afifi al-Akiti undur diri sebagai penasihat agama Sultan Perak



Pejabat Dewan Negara Perak mengesahkan penerimaan surat pengunduran daripada menjawat gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan negeri Perak sekali gus penasihat rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal agama Islam daripada Datuk Dr Afifi al-Akiti yang diulit kontroversi baru-baru ini.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim berkata, warkah pengunduran diri daripada gelaran itu yang bertarikh hari ini diutuskan Dr Afifi bagi memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk berundur daripada menyandang gelaran terbabit.

“Warkah beliau sudah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Nazrin. Baginda menzahirkan penghargaan atas segala khidmat bakti yang diberikan Dr Afifi dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.

“Baginda juga berkenan menerima permohonan itu (pengunduran) untuk dikuatkuasakan pada 15 Mei 2022 (hari ini),” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu turut dilampirkan bersama gambar salinan warkah yang diutus Dr Afifi kepada Dewan Negara Perak.

Menerusi warkah yang ditulis, Dr Afifi mengakui pengundurannya adalah berkait rapat dengan penularan rakaman di media sosial yang dilihat bertujuan mencemarkan namanya sejak dua minggu kebelakangan ini.

Menurut warkah itu, Dr Afifi memilih untuk tidak mahu mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlakunya perdebatan berpanjangan yang tidak memberi sebarang manfaat.

Menurutnya, rakaman yang ditularkan itu kelihatan mempersoal kesesuaian peranannya dengan institusi istana serta mempertikaikan peranannya dengan urusan hal ehwal agama Islam.

“Menginsafi perkara ini yang jika berlarutan dan tidak dibendung akan menjejaskan kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana, saya mengutus warkah ini untuk menyampaikan hasrat ikhlas mahu berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.

“Keputusan ini saya lakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada Sultannya, demi melindungi darjat kemuliaan Sultan Perak agar tidak dicacatkan dan begitu juga untuk mengelak institusi istana daripada dicemari,” katanya.

Dr Afifi kini adalah felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom dan anak Melayu pertama dan satu-satunya yang ditawarkan jawatan tetap di universiti terkemuka berusia lebih 900 tahun itu sebagai pensyarah pada usia 32 tahun.

Dr Afifi turut dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan bermula 2018, selain namanya turut tersenarai dalam ‘The World’s 500 Most Influential Muslims’, sejak 2010 atas jasa dan sumbangannya.

Baru-baru ini, Dr Afifi diulit kontroversi selepas didakwa berada di sebuah kelab malam dalam keadaan didampingi beberapa wanita yang berpakaian menjolok mata dan video itu tular di media sosial.

Video berkenaan menampilkan rakaman sudut tepi kelibat lelaki yang wajahnya dikatakan mempunyai iras seperti Dr Afifi dalam keadaan sedang memakai topi, diapit dua wanita.


ARTIS INI JARANG TIMBULKAN KONTROVERSI-TAPI KALI INI SEKSI

 Sebelum ini bertudung, habis Ramadan artis ini mula tayang paha seksi


DIVA bukanlah nak mengumpat, lebih-lebih lagi kita masih dalam bulan Syawal yang mulia. Tapi Diva terpanggil apabila melihat penampilan penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya baru-baru ini.

Baru saja tengok Farahdhiya berjubah bertudung sepanjang Ramadan lalu, manis saja tengok dia menjaga penampilannya bagi menghormati bulan mulia.

Namun, habis sahaja Ramadan, maka terus terbang semua pakaian muslimah. Diva tak kisah pun kalau Farahdhiya mahu kembali membuka hijab, tapi kalau boleh janganlah berpakaian terlalu seksi.

Bukan Diva yang kata tau, netizen pun sama. Macam video aktiviti bersenam yang dikongsikannya dalam Instagram. Seluar yang dipakai Farahdhiya sangat pendek seperti memakai seluar dalam sahaja gayanya.

Aktiviti senaman yang dilakukan itu pula sangat lincah dan agresif, menampakkan lagi dirinya kelihatan tidak sopan.

“Farahdhiya cantik, tapi lagi cantik kalau pakai seluar panjang,” kata seorang netizen.

“Aurat muslimah kena jaga,” tegur seorang lagi peminatnya.

Betul orang kata, jangan menilai seseorang melalui pakaiannya. Tapi kalau diri sendiri mengundang kecaman, jangan marah pula.

Harap Farahdhiya lebih sensitif untuk berkongsi apa sahaja dalam Instagram okey.


INSTITUSI KEHAKIMAN WAJIB BEBAS CAMPURTANGAN POLITIK