HUSAM MUSA : Aksb Merbau Condong - Paip Beli Mahal, Membazir Pula?

 











Aksb Merbau Condong - Paip Beli Mahal, Membazir Pula?

Sehari suntuk saya di Mahkamah Tinggi KB hari ini.

Kenyataan se orang saksi Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd atau Kpk Sdn Bhd - En Ozmin - telah dibatalkan sepenuhnya oleh YA Hakim.

Beliau gagal hadhir. Atas cadangan peguam Plaintif sendiri. Dengan itu kenyataan En Ozmin dibatalkan oleh Mahkamah.

Kes bersambung esok InsyaAllah, dengan peguam saya menyambung silang pemeriksaan ke atas Pengurus Besar Kpk Sdn Bhd.

Kerana itu, untuk posting hari ini saya ambil sudut santai saja.

Masih tentang Loji Aksb Merbau Condong. Paipnya pecah. Peralatan elektrik telaganya rosak. Telaga jejarinya gagal. Jumlah air tak cukup kapasiti seperti pesanan asal. Kualiti airnya bermasalah. Jangka masa siap lebih dari jadual. Kos pembinaannya meningkat. Belanja pembaikian terus meningkat.

Hari ini - kita tinjau melalui foto-foto - bagaimana paip dan peralatan lain pembinaan yg masih boleh dipakai, dibiarkan bersepah sekitar Loji Merbau Condong.

Saya ucapkan terima kasih kepada staf Aksb yg memanjangkan foto-foto ini untuk ditatap oleh Rakyat Kelantan.

Masih elok kan?

Terbuang akhirnya?

Aksb pernah di tegur oleh Ketua Audit Negara atas kecuaiannya menjaga aset-asetnya pada tahun 2014 dulu.

Berulang lagi?

Staff Aksb ramai, tak sempat pun nak jaga aset dengan baik?

Sekian dulu.

Husam Musa

15 Syawwal 1443H

16 Mei 2022

#SaveKelantan